Wednesday 17 December 2014

SELAMAT TINGGAL SELSEMA

Balik kampung .. oh oh balik kampung..
perjalanan juah tak ku rasa
kerna hati ku melonjak sama..

iye je balik kampung ... jauh sangat lah tu .. dok kat taman universiti, skudai uamah maknya kat Taman Tun Aminah je pun.. jarak ada lah dalam 15 km je.. semangat-semangat.

Last week cik Abang  yang balik kampung kat Parit Buntar Perak. Ikutkan hati memang nak balik, kesian anak-anak nak berjumpa tok ngan tok wan nya, tapi apa kan daya hujung-hujung tahun ni duit nak pakai banyak, lagi lah tahun depan si adik pun akan di hantar ke tadika berganda-ganda perbelanjaan nya.

Bila tidur umah mak ni tanpa cik abang, kami 6 beranak akan tidur dalam satu bilik.. jimat letrik lah katekan. lin 3 beranak, mak dan  2 adik perempuan lin akan tidur dalam satu bilik. Kalau kat umah mak ni, tidur pakai aircond, 3 hari tidur pakai aircond je lin dah kene semput, selsema.

Badan lin memang tak tahan kalau tidur beraircond ni.. sehari dua je dah terasa bisa.. ini tidur 3 hari memang sah-sah lah sesak nafas.

Hari itu hari terasa macam nak demam je badan, p kilinik ambil ubat dan MC. Ubatnya simpan .. MC di gunakan. tapi macam mana lin kawal masalah selsema dan semput ye.. ha ni nak citer.. lin sekarang memang percaya pada pengambilan vitamin, walaupun kadang kala kesannya lambat, ia tetap berpuas hati.

kebiasaannya lin makan Vitamib C hanya sebiji je sehari, tapi oleh sebab badan memerlukan lebih imunisasi sepanjang selsema lin makan  3 biji sehari. Alhamdulillah, tak sampai seminggu lin  dah tak selsema.

Vitamin C yang lin makan  dari produk shaklee, vitamin ni sangatlah istimewa sebab pelepasan vitamin nya berperingkat.. jadi badan kita menerima vitamin secra berterusan..

Lin memilih shaklee sebab ia produk yang halal, semulajadi dan selamat.. lagi satu kesannya dapat dilihat dan dirasai..

Vitamin C kesukaan ku : SUSTAINED RELEASE VITA - C 500MG


Tuesday 16 December 2014

KERANA DIKAU SUAMI KU


Wah tajuk x leh blah.. bunga-bunga gitu kan. itu kerana itu juga lah buku yang pernah di baca dulu, di buka semula. menilai dan mengkaji semula kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan. bukan untuk apa.. semua ni untuk kebahagiaan kita bersama.


Buku ini Lin beli semasa bertugas di Kuala Lumpur lagi. Bila tengok tajuknya macam best je kan. Tu yang beli. Biasalah dah jadi seorang isteri ni, kena lah ambil tahu tentang isi hati seorang suami. Dan lagi satu perkara, kita ni manusia biasa kekadang kita terlalu ego sehingga tidak memahami hati seorang yang bernama suami.



Buku ni ada 3 bahagian dan 30 bab. Setiap bab mencerita kan luahan hati yang kalang kala kita tidak pernah terfikir , yang kita tidak pernah ambil peduli.

Dalam 30 bab, lin cukup suka dengan bab "ISTERIKU, SEMBUNYIKANLAH KEPINTARAN DAN KELEBIHANMU”. Setiap lelaki punya egonya sendiri, walaupun kalang kala mereka kata berbbangga mempunyai isteri yang bijak, isteri yang pintar tetapi ada kalanya mereka merasa dipandang rendah. Itu lah ego seorang lelaki.Tak salah kita menyuarakan pendapat tetapi biarlah dengan kata-kata yang beradab agar tidak terguris perasaan dan tercabar keegoannya.

Bagi lin buku ni memang sangat terbaik untuk di baca oleh mereka yang telah berumahtangga ataupun yang masih bujang.


“SETIAP HARI ADALAH SATU PEMBELAJARAN YANG PENUH PENGAJARAN”

NAMA BUKU : FAHAMILAH PERASAAN KU, 30 LUAHAN PERASAAN SUAMI

PENULIS : HASAN MOHD ALI, Ph.D

 

Monday 15 December 2014

KENALI LAPISAN KULIT UNTUK TUJUAN PENJAGAAN KECANTIKAN.




Masih ingat lagi tak cerita tentang lapisan kulit. Serius cakap saya memang dah lupe. Tapi sejak bershaklee ni, buku-buku yang berkaitan sains dibuka balik, sebab nak jadi pengedar yang berilmu.

Jom kite kenali lapisan kulit, agar kita sama-sama faham dan tahu sebelum kita ambil apa-apa vitamin .

Kulit terbahagi kepada 3 lapisan 

LAPISAN EPIDERMIS

Lapisan ini dalah lapisan yang berada atas dan boleh dilihat secara. Lapisan ini mempunyai banyak sel mati tetapi dilapisan ini proses pembahagian sel cepat berlaku dan membawa sel mati ke atas dan digantikan dengan sel baru dan sihat. Proses pengantian ini mengambil masa 28 hari. Di lapisan epidermis sebenarnya mempunyai 5 lapisan iaitu stratum korneum , lusidum, granulosum, spinosium dan basal.
Di lapisan stratum korneum terdapat Faktor Pelembab Tabii (NMFs) iaitu badan yang menarik air. Sekiranya badan ini kurang daripada 10% , kulit akan menjadi kering dan merekah.

Fungsi Epidermis adalah : 

Lapian pertahanan
Mengaturkandungan sel
Menghasilkan vitamin D dan sitokin
Penyambung kepada dermis
Perwarnaan kulit

LAPISAN DERMIS

Lapisan dermis adalah lapisan tengah yang mengandungi sel-sel konektif iaitu serat kolagen, elastin dan reticulum. Lapisan ini berperanan memberi ketegangan dan mengekalkan kulit dalam bentuk asal apabila berlakunya regangan . Pengurangan kolagen dan elastin menyebabkan kedutan , lipatan dan kejatuhan kulit.
Perubahan kulit akan berlaku apabila usia seseorang itu bertambah. Ketika usia seseorang itu bertambah, lapisan epidermis akan menjadi nipis yang menyebabkan kulit mudah mengalami kecederaan. 

LAPISAN SUBKUTIS 

Lapisan Subkutis adalah lapisan yang berada di lapisan bawah yang mempunyai banyak lemak. Di lapisan ini ia berfungsi menyerap kejutan dan melindungi struktruk dalam kulit daripada kehilangan haba.kelenjar sebum yang terdapat di lapisan subkutis akan mengahsilkan minyak yang menjadi pelincir bagi kulit untuk mengekalkan kandungan air dan membekalkan tenaga.  Kelenjar ekrin pula mengahsilkan peluh bagi menyejukkan badan. Kapilari pula mengangkat nutrient ke lapisan dermis dan epidermis serta mengeluarka dan membuang bahan buangan  dari kulit.  Apabila usia seseorang itu meningkat, keupayaan lapisan subkutis akan berkurangan  dan kedutan akan  mula berlaku.

# apabila lapisan Dermis kurang berperanan , serat kolagen akan berkurangan.  

Antara Vitamin yang boleh membantu anda untuk memiliki kulit yang lembut, cantik dan sihat adalah :-



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a39878ae282a18ea051ad89e7875a272



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9d0231d43ebb66349e1bd614cba89796







untuk pembelian secara online , anda boleh click ke gambar produk atau membuat tempahan melalui email ummiazalin@gamil.com atau whatsapp di nombor 0132183181  


Sunday 14 December 2014

KENAPA PENJAGAAN KULIT ITU PENTING



Kulit?.. semua diantara kita mempunyai kulit. Melalui kulit kita boleh mengenali identity seseorang. Ada yang berkulit putih, sawa matang, kekuningan, hitam atau kemerahan. Melalui warna kulit kita boleh mejangka seseorang itu berasal dari mana. 


Tapi sekarang dah banyak perkahwinan campur.. agak-agak senang tak meneka identity sesorang ye…
Kulit adalah ORGAN TERBESAR  yang ada pada diri seseorang dan ia mempunyai peranannya sendiri. Di Antara peranan kulit adalah:-

1. Ia berperanan menjadi perisai atau pelindung kepada badan seseorang daripada jangkitan, kuman, cuaca, pencemaran, sinaran matahari dan melindungi organ dalaman daripada kecederaan.
2. Mengekalkan imbangan air dan garam dalam badan
3. Mengawal suhu badan
4. Deria rasa
5. Menghalang badan dari kekurangan air
6. Menyimpan tenaga daripada lemak
7. Menghasilkan vitamin D.

Oleh sebab kulit merupakan organ terbesar, ramai yang sanggup berhabisan beribu ringgit untuk memastikan kulit yang menyaluti tubuh badan berada dalam keadaan sihat

#vitamin yang bersesuaian untuk memelihara kesihatan kulit adalah Vitamin C dan Vitamin E

Tuesday 9 December 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Siapa kat sini minat membaca. Lin boleh dikatakan seorang yang sebenarnya yang  kalau baca buku ni jarang habis..baca separuh jalan je. Tapi ada gak lah buku yang lin memang paksa untuk habis baca malahan ada yang sampai beberapa kali baca.

Ini buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI  hasil tulisan FATHURI SALEHUDDIN.  Buku ni dihadiahkan oleh salah seorang upline Shaklee. Itu salah satu kehebatan geng Shaklee, tak pernah lokek dengan ilmu .

Secara ringkas nya , buku mencerita kepercayaan, keyakinan kite kepada yang Maha Esa. Apa yang kita rasanya mustahil, tetapi apa bila kita lakukan sesuatu ikhlas semata-mata kerana Allah, yang mustahil pada kita, tidak mustahil pada Allah.

Selain itu, kupasan berkaitan tip-tip untuk diberi limpahan rezeki, tip untuk Berjaya, tenang, bahagia semua dikupas dengan menarik dan mudah difahami.

Selain itu, kebiasaan kita akan melihat “rezeki” tu “wang, kekayaan, kemewahan, pangkat”. Tapi pernah tak kita terfikir, udara itu juga rezeki, kesihatan juga rezeki. Apabila kita tahu apa itu rezeki, kita juga akan belajar untuk bersyukur. Alhamdulillah, hari ini aku masih mampu bernafas, aku masih mampu melihat, masih mampu makan, minum.. itu juga rezeki.

Dengan kupasan yang menarik, ringkas dan diselang seli dengan cerita-cerita dari pengalaman penulis, ia memudahkan lagi untuk kita memahami dan merasai getaran dalam memahami betapa mudahnya untuk kita menjemput rezeki.

Saya sangat-sangat syorkan anda semua memiliki nya..  KAlau kat semenanjung harganya baru RM 18.00.



Nama buku : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Penulis : FATHURI SALEHUDDIN 

Monday 8 December 2014

TESTIMONI OMEGA GUARD

Bulan lepas kan promosi omega, so bulan ni akan ade macam-macam testimoni dari penggunanya

benda kalau baik ni memang cepat je leh merasai kesan positif nya. dan yang bestnya Omegaguard ni elok tau untuk kanak-kanak


1) Meningkatan imunisasi


 2) Mengurangkan batuk berkahak


3) Selsema dan berkahak 

ini sebahagian dari testimoni penggu Omega Guard, lain kali lin share lagi kebaikan dan kelebihan omega guard ya.

untuk memilikinya, anda boleh menghubungi lin di 0132183181, Kalau nak bertemu dan berbincang pun boleh untuk mereka yang berada di kawasan Skudai. masanya nanti kita bincang bersama

Untuk yang lebih suka membeli secara aonline, boleh click kat gambar bawah ye  .. nanti anda akan ke sistem online shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c81779aa7f1a0eafd914ba5aea36416c


Terima kasih ..


KEPERLUAN VITAMIN C




Vitamin C adalah Vitamin yang biasa kita guna dan ambil dalam diet seharian. Vitamin C boleh diperolehi dari sumber buah-buahan, sayuaran, minuman dan dari pengambilan makanan tambahan. Kalangkala apabila kita demam atau sakit,  doctor akan bagi kita vitamin C untuk meningkatkan imunisasi badan kita dalam lmelawan penyakit.

Vitamin C adalah vitamin antioksida larut air yang berperanan menghalang radikal bebas.  Vitamin C membantu tubuh dalam menghalang jangkitan kuman, demam, selsema, influenza. 

Selain itu, Vitamin C merangsang penghasilan kolagen untuk kulit sihat dan memperbaiki kolestrol.
Pengambilan  Vitamin C dengan selenium (ada dalam vitamin E Shaklee) dalam menghalang glikasi protein dan menghasilkan akhir glikasi iaitu AGEs.

Sumber vitamin C :
Buah buahan sepeti limau, anggur, strawberi. Buah beri biru, tomato dan sayuran mentah. Mudah musnah apabila di masak dan kandungannya berkurangan apabila disimpan.

Kesan kekurangan :
Pendarahan gusi, bengkak sendi, sakit anemia, pertahanan badan berkurangan dalam melawan penyakit, luka lambat baik, senang mendapat lebam-lebam

Dos: 1000mg – 2000mg  sehari