Thursday 25 September 2014

TESTIMONI MEALSHAKES

Kebanyakan ibu bapa yang membeli Mealshakes untuk memastikan anak-anak kekal sihat, kekal berselera dan  mendapat nutrisi yang mencukupi. dengan itu, lin nak kongsi antara testimoni ibu-ibu yang telah memberi anak-anak mereka Mealshakes . 



Testimoni selera makan
 


TESTIMONI PENINGKATAN KESIHATAN 




TESTIMONI SELERA MAKAN 


Itu kata-kata penguna Mealshakes. Anda bagaimana? Untuk maklumat lanjut click sini MEALSHAKES

Sekiranya anda ingin memiliknya secara pembelian online sila CLICK DISINI  . 
atau anda boleh menghubungi saya di 0132183181 

Wednesday 24 September 2014

HERBAL BLEND, KRIM SERBAGUNA SHAKLEE


Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Antara Kebaikan atau keistimewaan Herbal Blend  adalah :

1. Merawat ECZEMA

2. Gatal-gatal akibat gigitan serangga

3. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

4. Ubat luka atau melecur

5. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

6. Menghilangkan parut

7. Ruam pada bayi

8. Losyen harian

9. Batuk-batuk ringan



MULTI-PURPOSE CREAM
RM 27.50

Untuk pembelian secara online, sila CLICK DISINI

Segala kemusykilan atau pertanyaan anda boleh hubungi saya di 

Fb : Azalin Adeq 
Whatsapp : 0132183181

Tuesday 23 September 2014

PENGEDAR SHAKLEE SKUDAI

Assalamualaikum... APA khabar semua.. Sihat..harap2 semua sihat Dan gumbira selalu hendaknya. Eh Dan macam tulis Surat pula ye.

 Ni Lin nak bagitahu yang Lin pengedar sah shaklee. Lin sediakan perkhidmatan sebelum, semasa Dan selepas jualan.

Yang sebelum jualan tu, kalau nak Tanya, nak tahu atau berbincang dengan Lin produk APA yang sesuai dengan anda.

Semasa pembelian pula, macam biasa urusan jual beli, nak hantar ke mana Dan cara pengambilan serta cara pengambilan vitamin.

Selepas jualan pula, Lin sedia memberi perkhidmatan penghantaran terus kepada anda sekiranya tinggal di kawasan skudai Dan sekitarnya. Sekiranya selepas pernghantaran Dan hari selepas ITU, anda ada kemuskilan and a masih boleh menghubungi Lin, Lin sedia memberi perkhidmatan sebaiknya.

Anda boleh hubungi lin seperti dibawah

Whatsapp : 0132183181

Bagi yang berada di kawasan BANDAR TENGGARA DAN KULAI anda boleh hubungi Rakan niaga.

Nama : Nurul Atikah Mohd khalid 
Blog : jomsihatstore
Whatsapp : 0127390499

Untuk pembelian secara online, sila CLICK DISINI


Selamat membeli belah.

azalin

Monday 22 September 2014

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KEKAL SIHAT, CERGAS DAN CANTIK

Dah seminggu langit-langit ni kena ulser, seksa gak nak makan. minum air pun terasa sakit ini kan pulak nak makan benda yang panas dan pedas. 

Kita pikir positif ya, bila mulut kena ulser makan pun kurang, lemak pun tak bertambah...diet diet ..

Semalam pergi jumpe doktor, doktor bagi krim "Aftamed" oral gel. Alhamdulillah baru sapu 3 kali dah terasa perubahan positif.

Ini rupa gelnya.. untuk mereka yang kena ulser memang sesuai sangat lah pakai gel ni.. 



sambil tu doktor bagi nasihat " u kena ambil vitamin C hari-hari, jadikan ia makanan tambahan untuk badan u sihat dan susah dijangkiti penyakit.

Oklah doktor saya akan ambil vitamin hari-hari, sebelum ni saya makan vitamin lompat-lompat camna nak nampak kesan positifnya kan. 

Dalam shaklee untuk mengekalkan kesihatan "Set Kesihatan Optimum" boleh diambil secara harian dan setiap satunye boleh tahan sehingga 4 BULAN. 

Dalam "Set Kesihatan Optimum" ada 3 produk iaitu B COMPLEX, VITAMIN C dan VITALEA COMPLEX .



B-complex 

Dia tukarkan makanan kepada tenaga. 
Mengurangkan simptom kemurungan (depression) dan tekanan (stress). 
Meningkatkan fungsi otak. 
Galakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat. 
Mengurangkan stress pada saraf
Menyaambung dan mengerakan saraf


Chewable Vita-C Plus 

Sebagai anti-oksidan semulajadi.
Kekalkan intergriti sel. 
Menolong kurangkan simptom alergi. P
Menguatkan gigi, gusi, tulang dan saluran darah. 


 Vita-Lea Iron Formula

Menyokong sistem pembiakan. 
Pertumbuhan dan penggantian sel. 
Meningkatkan kecerdasan mental dan imun dari jangkitan.
Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan. S

Ok dah cukup.. iya ke dah cukup, macam mana dengan sel-sel dalam badan kita. Tak kan kita nak biarkan sel-sel tanpa nutrisi yang mencukupi kan. Untuk pembentukan dan penyembuhan sel, pengambilan protien amat diperlukan. oleh itu, ESP lah jawapannya

TAMBAHAN

ESP 

Pembentukan sel
Penyembuhan sel 
Awet muda.
Baik untuk prostat.
Pembekal tenaga.
Membaiki pigmentasi dan memori. 

Pengambilan vitamin lengkap ini akan memberi kesan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan. 

Sekiranya anda ingin membuat pembelian secara online, sila tekan SET KESIHATAN OPTIMUM

Dan sekiranya anda ingin memiliki set ini melalui saya, anda boleh menghubungi saya menerusi alamat atau talian seperti dibawah 


ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : ummiazalin@gmail.com

Sunday 21 September 2014

PEMECAH LEMAK DALAM BADAN YANG SELAMAT DAN BERKESAN

Kebanyakan pengguna produk shaklee tahu kegunaan lecithin untuk memecah lemak. ssuai untuk mereka yang hendak menguruskan badan . Tetapi yang sebenarnyanye Lecithin bukan hanya berfungsi sebagai pemecah lemak sahaja.



Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan


Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA

1.Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
3.Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
4.Membantu kawal paras triglycerides.
5.Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
6.Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.

Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.

Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Secara keseluruhannya, Lecithin teramat-amat baik untuk jantung, Otak dena pengawalan lemak. Ia umpama bonus bagi pengunanya yang mana pengambilannya juga boleh membantu untuk pelindungan jantung, otak dan sel.

Ingin memiliki Lecithin?

Anda boleh membuat perbelian secara online DISINI


atau hubungi melalui talian seperti dibawah

ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 018-7765447
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : ummiazalin@gmail.com

Friday 19 September 2014

PENGEDAR SHAKLEE SKUDAI : ADAKAH MEAL SHAKES BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK

Lin ada terbaca kat satu blog, dia kata Meal Shakes bahaya untuk kanak-kanak dan tinggi dengan gula. Untuk entry ni lin nak share beberapa persoalan tentang Meal Shakes. Semoga apa yang lin share ni boleh meyakinkan anda semua bahawa ia tidak membahayakan dan selamat untuk minuman kanak-kanak setahun ke atas.

SOAL JAWAB MEAL SHAKES SHAKLEE 

Apa itu Meal Shakes

MEAL SHAKES SHAKLEE merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Ia berperisa vanilla  SERTA boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau minuman lain.

Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
Sumber pekat kalsium
Index glisemik rendah

Kandungan Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes diperbuat dari apa?

Meal Shakes diperbuat dari bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protien yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, LACTOFERRIN, bacteriolysin dan sebagainya.

Apakah rasa dan warna Meal Shakes?

Minuman Meal Shakes berperisa French Vanilla dan ia berwarna putih krim. Tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

Adakah Meal Shakes mengandungi gula?

Ya. Meal Shakes mengandungi gula dan ia dalam bentuk fruktosa yakni karbohidrat semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran. Gula dalam Meal Shakes diekstrak dari jagung.

Adakah Meal Shakes mengandungi Maltodextrin?

Ya. Meal Shakes mengandungi Maltodextrin dan ia juga dibuat secara semulajadi dari jagung. Ia berfungsi sebagai pengikat vitamin dan nutrien dalam Meal Shakes

Adakah gula dan Maltodextrin dalam Meal Shakes ni membahayakan?

Tidak.

Berapa jumlah kalori untuk setiap hidangan Meal Shakes?

Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan sebelum dicampur dengan minuman lain.

Apakah kebaikan dan manfaat Meal Shakes?

Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain.
Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium.
Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B, zat besi yang lengkap dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberi kulit/wajah yang lebih cantik.
Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dari perut dan usus.
Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.

Siapa yang disarankan mengambil Meal Shakes?

Kanak-kanak yang sedang membesar (1 tahun ke atas mengikut sukatan yang ditetapkan)
Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit, mudah demam, ekzema, asma
Kanak-kanak atau orang dewasa yang tiada selera makan
Pelajar sekolah
Ibu hamil
Ibu menyusu
Mereka yang ingin menaikkan berat badan
Mereka yang ingin kulit cantik berseri
Mereka yang tidak boleh menelan pil (warga tua/orang sakit yang makan & minum melalui tiub)
Mereka yang inginkan makanan segera yang berkhasiat
Mereka yang sering keletihan dan kurang bermaya.

Berapakah harga Meal Shakes?

RM113.75 per canister dengan berat 544gm



Bagaimana untuk mendapatkannya?

Anda boleh menghubungi Lin seperti dibawah.

ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : ummiazalin@gmail.com

Thursday 18 September 2014

PUNCA DAN TANDA-TANDA KENCING KOTOR

Pernah tak alami masalah kencing kotor. Kencing kotor ni lin alami masa mengandung.. kalau terkurang minum air masak atau terlebih minum nescafe mesti kene kencing kotor.. Pada lin kencing kotor ni bila time nak membuang air kecil terasa sakit, itulah tanda-tanda lin kene kencing kotor.

Itu tanggapan lin tentang kencing kotor. Jom kia sesama memahami apa sebenarnya kencing kotor.
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

1. Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

2. Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.

3. Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Tanda dan Gejala

1.  Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.

2.  Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

3.  Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

4.  Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

5.  Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

6.  Demam dan seram sejuk.

Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.


Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar.

Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

 Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pencegahan

1. Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

2. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

3. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas,

4. Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

5.Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

6. Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan Napkin .

7. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

8. Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

9. Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

10.  Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.

11.  Kurangkan minuman manis dan berkafein.

KEBERSIHAN BUKAN HANYA LUARAN TETAPI DARI DALAMAN DAN KELIHATAN DILUAR.

Anda ingin mencuba produk shaklee, anda boleh hubungi saya :

Azalin Adzhar
013218318
Pengedar shaklee Skudai 

Wednesday 17 September 2014

PENGEDAR SHAKLEE SKUDAI : PROMOSI MEALSHAKES BELI 3 PERCUMA 1

Promosi tergempar untuk September 2014. Biasanya Shaklee buat promosi Beli 6 Percuma 1, tapi untuk bulan ni lain sikit.. Bulan ni promosi MEAL SHAKES  Beli 3 percuma 1.

Tak da lah nak beli banyak sangat kan,  Mesti ramai tertanya-tanya beli banyak-banyak nak buat apa. Banyak yang boleh dibuat.

1. Untuk anak-anak yang sedang membesar
2. Untuk sarapan kita dan anak-anak
3. Untuk mak ayah kita yang dah tak lalu makan atau dah tak larat nak telan pil.

Selamat berMEAL SHAKES...



Bagi yang berada di kawasan SKUDAI, lin leh hantar terus kepada anda.


PROMOSI INI SAH SEHINGGA 31 OKTOBER 2014



ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : ummiazalin@gmail.com

URIN ( Air Kencing) BERWARNA KUNING SELEPAS MAKAN B COMPLEX

Anda pernah makan B Complex Shaklee atau bercadang-cadang untuk mengunakannya. Selepas pengambilan B Complex anda akan mendapati perubahan pada urin ( air kencing) yang kebiasaannya berwarna kuning pucat bertukar kepada kuning terang.

Perubahan warna ini kerana B-Complex Shaklee mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuklah Vitamin B2 yang juga dikenali sebagai Riboflavin. Riboflavin inilah bahan yang berwarna kuning, dan sebagaimana Vitamin B yang lain ianya larut air dan memerlukan pengambilan setiap hari. Bahan yang mengandungi riboflavin harus dilindungi daripada cahaya matahari kerana ianya sensitif terhadap cahaya. Contohnya, susu di dalam gelas atau botol lutsinar akan kehilangan banyak Vitamin B2 jika terdedah terlalu lama terhadap cahaya. Riboflavin menghasilkan dua jenis koenzim penting iaitu flavin dinucleotide dan flavin mononucleotide, yang secara bersama berperanan menukarkan protein, lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan oleh tubuh. Riboflavin sangat penting untuk kulit dan rambut yang sihat.

Riboflavin ialah vitamin yang selamat dan tiada kes keracunan disebabkan oleh riboflavin pernah dilaporkan. Oleh itu, warna kekuningan dalam urin (air kencing) tidak berbahaya.



B-Complex
120 tablet
Harga runcit Semenanjung Malaysia ialah RM53

Amat bagus untuk kita mengetahui jenis-jenis dan punca perubahan warna air kencing. 

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya air kencing kita berwarna kuning cerah ia tidak perlu dirisaui tetapi sekiranya anda mendapati warna air kencing berubah kepada warna-warna di atas, anda perlu mengetahui punca-punca dan jalan penyelesaiannya.

Untuk pembelian secara onlina, SILA CLICK DI SINI " B Complex "


ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : ummiazalin@gmail.com







Monday 15 September 2014

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN VITAMIN B

Assalamualaikum...

Hari ni, lin nak cirita sikit tentang Vitamin B. Lin tau ramai gak yang takut-takut nak ambil Vitamin B dalam senarai vitamin tambahan harian kan. Sebab ramai yang takut selera makan semakin berkobar-kobar kan. Takut berat badan bertambah.

Dan hari ni, Lin nak kita semua tau betapa Vitamin B  adalah vitamin yang amat diperlukan badan. Vitamin B ni sejenis vitamin B larut air, oleh sebab dia jenis larut air ia tidak akan tersimpan secara lebihan dalam badan.

Oleh itu, jangan lah ragu-ragu atau rasa takut untuk ambil vitamin B dalam senarai vitamin tambahan harian kita.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEKS

 1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan  berfikir.
 2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
 3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
 4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
 5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
 6. Mencegah stress.
 7. Menguatkan antibodi tubuh.
 8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
 9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
 10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
 11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

 1. Merangsang pertumbuhan.
 2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
 3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah)


MANFAAT UTAMA B-COMPLEX

<3 Tukar makanan kepada tenaga
<3 melawan tekanan
<3 Membantu tumbesaran
<3 Perbaiki masalah rambut beruban dan gugur
<3 Baik untuk mata, kurangan stress pd mata, katarak & tingkatkan kualiti penglihatan
<3 Mencegah Anemia
<3 Meredakan senggugut
<3 Mencegah perlcche - kerekahan mulut, jangkitan lidah, nafas berbau
<3 Detoksifikasi dan meredahan alahan

Dengan harga hanya RM 53.75 anda boleh memiliki terus dengan penghantaran terus bagi mereka yang berada di sekitar skudai dan bagi yang jauh, lin akan mengunakan perkhidmatan poslaju.


ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com




Sunday 14 September 2014

SUKAR HAMIL : 10 PUNCA KEGEMUKAN

Assalamualaikum.. ramai juga antara para ibu atau kita golongan wanita mengahdapi masalah kegemukan. walaupun kekadang kita telah berusaha untuk menurunkan berat badan.. tapi sentiasa tiada berjaya. Jom kita sama-sama lihat dan kaji kenapa terlalu sukar untuk kita mendapat berat badan yang ideal.

10 PUNCA KEGEMUKAN

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori yang kita terima dari permakanan perlu dikeluarkan melalui aktiviti harian.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Untuk memastikan nilai kalori yang diambil seimbang dengan aktiviti yang akan dilakukan,  perancangan atau penelitian pengambilan kalori perlu dilakukan sebelum pengambilan makanan.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!


3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. “Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada” Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan
terganggu,benar bukan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).

Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.