Wednesday 29 October 2014

HARAPKAN "PEGAR", PEGAR MAKAN PADI

Harapkan pagar makan pagi..

Macam mane pagar nak makan padi?
selama ni x terpikir pulak...nampak kan dulu mase  belajar..main terima je Tanpa berpikir..

Sekarang baru tau sebenarnye bukan "pagar" tapi "pegar". Pegar ni sejenis burung...hehehe mungkin burung yg jaga padi kot dulu2...

Hehehe baru ni sel2 saraf bersambung kot...mungkin kesan amik omega guard ari2 rasenye.. Kalau tak sampai ke cucu cicit diajar benda yang salah...

OK mulai Sekarang kene ingat ye ...Pegar bukanya pagar...


Posted via Blogaway

Thursday 23 October 2014

ANAK-ANAK SIHAT DAN CERGAS TANPA PENYAKIT

Meal Shakes adalah minuman pagi untuk Dini dan Husna. setiap pagi sebelum pergi ke Taska atau rumah pengasuh lin akan pastikan mereka akan diberi minuman yang di campurkan dengan sesudu Mealshakes.




Tujuannya untuk memastikan mereka cergas, sihat dan aktif. Selain itu, ia juga sebagai benteng penguat dalam melawan penyakit. Biasalah kan kalau bercampur dengan rakan-rakan, risiko menjangkiti dan dijangkiti adalah besar sebenarnya. 

Meal Shakes juga membantu meningkatkans selera makan dan membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk kedua-dua puteri lin yang comel lagi manis..heheehe puji anak sendiri.

Selain tu, vitamin wajib untuk budak berdua ni adalah Chewable vitamin C. Vitamin C memang kene sembunyikan dari si Husna, pada dia Chewable Vita C ni gula-gula, Kekadang sekali makan sampai 2 atau 3 biji dai makan.. kunyah-kunyah ..telan






Lin percaya dan yakin dengan produk shaklee sebab lin juga pengunanya, bukan linseorang sahaja yang makan vitamin Shaklee tetapi anak-anak dan suami juga mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan.



Lin 

Pengedar Shaklee Skudai 

0132183181 




Wednesday 22 October 2014

RESEPI KEK BUAH SIMPLE ( sukatan cawan)

Niat dihati nak buat kek kurma balance bulan puasa itu hari, beli tengok, kurmanya dah tak elok pulak, tapi hati ni berkobar-kobar nak buat kek.. cari punyacari terjumpalah buah campur ( kering) ngan badan cincang.  Maka berlaku lah perubahan resepi ikut suka hari.. yang penting jadi dan sedap bila dimakan.. hehehe

bahan-bahannya 

bahan A : di ayak 
2 Cawan tepung gandum 
1 sudu kecil  bikabonat 
1 sudu kecil baking powder 

Bahan B : Di blend sehingga sebati 
4 biji telor ayam
3/4 cawan gula pasir 

Bahan C 
3/4 minyak masak 
2 sudu besar badam cincang ( Goreng tanpa minyak, sekejap je ye ) 
1 cawan buah campur 


langkah-langkahnya 


1. Ayak semua bahan A
2. Blend Bahan B
3. Campurkan Bahan A + Bahan B
4. Masukkan minyak masak 
5. Masukkan Badam dan buah campur

cara membakar : 

1. panaskan loyang dalam anggaran 4 @ 5 minit 
2. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar 
3. suhu 150, api bawah selama 20 minit 
4. suhu yang sama 150 juga, api atas bawah selama 20 - 25 minit. 
# kalau nak ada warna sikit, campurkan pewarna ye.. terpulanglah nak warna apa





SELAMAT MENCUBA.. KALAU DAH CUBA SHARE LAH KAT SINI YE ...



PERHATIAN : MAKANAN SEL ADALAH PROTEIN

Ramai kan sekarang orang makan collagen..  orang makan collagen untuk cantik..

untuk bina sel.. ramai yang ambil protien... kenapa protein ?

Protein adalah salah satu elemen penting untuk pembentukan sel.



Sempena promosi Oktober, BELI 6 PERCUMA 1. Apa lagi yang anda akan dapat kalau beli time promosi ni ye 

1. Keahlian percuma ( Jimat 65.00)
2. beli dengan harga ahli ( Jimat berganda-ganda,  harga ahli jauh lebih rendah dari harga jual tau)
3. Boleh dapat BONUS pada 15 November 2014 ( dapat duit lagi)
4. Boleh lah jual balik ESP ( dapat lagi untuk runcit)

Berganda-ganda untung kalau beli sekarang...  badan sihat, se3-sel cukup makan, 




ESP dihasilkan dari soya NON-GMO, Genetiknya tidak diubahsuai, tumbesarannya tidak dipaksa.. bila tumbesaran dan genetiknya tidak dipaksa atau diubahsuai, mutu penghasilan dari soya tersebut pastinya terbaik. 

oleh itu, milikilah sekarang Protein yang bermutu tinggi dari keluargan Shaklee.. 

da.. Selamat berESP ye kawan-kawan. 


Pengalaman : masa minum ESP dulu, susu lebih pekat dan sentiasa mencukupi untuk anak dan stok..


Lin 

Pengedar shaklee skudai 

0132183181 

Tuesday 21 October 2014

DONUT OH DONUT

Ini dia Entry TERTUNDA,..

Tertunda ya, cam ne x tertunda.. dari itu hari nak post entry ni tapi bertangguh2 je kerjanya.

Sikap menangguh kerja tak bagus tau, so jangan ikut ya..

Ini donut punya cerita

Tempat :

Ruang rehat atas 

Dini : ummi akak nak makan donut

Ummi : ala akak ummi malas lah, ummi nak siapkan jahit jubah ni

Dini  : ala akak nak donut ummi..

Ummi : (diam seribu bahasa.. sebab malas nak buat)

Bila tengok ummi nye tiada respon , si Dini turun bawah, p ke ayahnya

Dini : ayah akak nak donut

Ayah : Esok ayah beli, tapi lepas ayah balik kerja ye .

Dini : akak nak makan sekarang.

huhuhu.. hai lah anak.. rintihan kamu...

LAst2 tak tahan pula hati ni, lipat balik jubah.. simpan.. turun bawah dan  capai tepung dan terus membuat.. demi anak.. ummi akan berusaha sedaya yang mungkin demi memenuhi kemahuan mu wahai anak ku.. hehehehe

untuk pengetahuan,.. lin x pandai masak.. cube tengok adunan ni.. tengok je dah tau.. KERAS.. hahaha...



tapi ok lah untuk memenuhi kemahuan anak kan...

ada x sesiapa yang ada resepi donut gebu dan lembut bila di makan, share lah dengan lin ye .



SEMUANYA KERANA 5S

Assalamualaikum semua

lama sungguh rasenya tidak mencoretkan sesuatu kat sini. Entah tak tau lah kenapa mood nak menulis lari ke laut... apa kat kepala macam2 nak di tulis.. macam2 nak di kongsi.

nak tulis resepi lah..
nak tulis tentang buku lah

sudahnya semuanya terbengkalai.. hehehe..

sejujurnye rindu rasenya nak menaip kat sini.

last week badan ni memang rasa penat sangat. dah lah gaji awal, so semua kerja kene siapkan awal pastu minggu ni ade audit 5S.. banyak benda yang nak kena update. Sudahnya bila balik rumah, siapkan memasak, mengemas, badan dah lepak sangat.. itu yang kerjanya asyik tidur awal je,.. serius memang tak larat dan ditambah pulak mencuci longkang.. itu  lah padahnya orang jarang mencuci longkang, sesekali cuci.. satu badan lepak berhari-hari. Minggu ni pulak ada audit 5S, bertambah lepak lah badan ni.

Kalau nak diceritakan tentang 5S ni, kalau kita sentiasa amal, tak lah penat sangat bila time-time audit, ni semua sebab "TIDAK SELALU AMAL" lah bila time audit macam lipas kudung nak  siapkan semua.

tapi apa yang pasti 5S sememangnya bagus untuk diamalkan, sebab dulu masa lin bertugas kat UTMKL, masa tu kami baru mula nak "SISIH" . Masya Allah sebenarnya tertlalu banyak sampah yang kami simpan kat office ngan store. berlori lah rasanya sampah. Dan sejak amalkan 5S ruang lebih kemas , dokumen senang nak cari dan yang penting suasana dalam office ngan store teramatlah kemas.



So untuk memulakan 5S ni.. hati kene cekal gak, sebab kene cekal membuang benda-benda yang tidak berguna lagi. barang-barang atau kertas-kertas yang dah lama-lama atau kita tak guna pun sebenarnya, "buang" atau "sedekah je kat sesape".

hahaha.. bukan senang tau nak buang benda-benda yang kita rasa macam "bervalue" sangat tu..

Apa kata kita mulakan menyisih hari ni. Buang je atau bagi kat sesiapa yang memerlukan. Tak perlulah simpan atas alasan sayang. Kita mulakan hari ini, ruang yang paling sesuai untuk kita mulakan ...

jeng..

jeng..

jeng...

DAPUR.. 

SISIH -  semua benda yang tidak berguna 

SUSUN  - susun mengikut keutamaan dan kepentingan

SAPU -  bersihkan ruang dapur 

SERAGAM - ni kalau tak buat , x pe kot... 

SENTISA AMAL -  dah susah-susah membuang, mengemas.. kene lah amal selalu. jangan pulak hari ni je beriya2.. pastu esok selerak balik.. penat tau mengemas.. 


ok lah, Selamat ber5S ye  kawan-kawan. Mesti seronok kalau ruang dapur kita kemas nak bersih, mesti bertambah semangat nak memasak...

# kalau itu hari tak makan B complex ngan Ostematrix ada yg MC lepas cuci longkang.. serius  memang kurang lah rase sengal badan.



Tuesday 14 October 2014

MANFAAT VITAMIN B2 ( RIBOFLAVIN)


Vitamin B2 atau Riboflavin merupakan jenis vitamin yang memiliki sifat mudah larut dalam air yang juga sama seperti vitamin lain untuk memelihara kesihatan tubuh manusia. Vitamin B2 atau Riboflavin adalah nutrisi berkomponen  yang mudah diserap oleh tubuh. Umumnya, vitamin B2 memegang peranan yang sepadan dengan jenis vitamin B lainnya, iaitu membantu metabolisme tenaga , metabolisme lemak, karbohidrat dan protein. Selain itu, riboflavin juga banyak berperanan dalam pembentukan sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan metabolisme pelepasan tenaga dari karbohidrat.





Fungsi Vitamin B2 Bagi Kesihatan Tubuh

Berikut ini adalah fungsi vitamin B2 bagi kesihatan tubuh Anda:

1. Meningkatkan metabolisme

Riboflavin membantu proses metabolisme dalam membentuk tenaga yang diperlukan  oleh tubuh

2. Membantu penghasilan sel darah merah

Riboflavin juga membantu pembentukan sel darah merah yang dapat mengoptimalkan peredaran oksigen ke seluruh jaringan tubuh sehingga jumlah sel darah merah yang cukup ini boleh menjamin fungsi organ di seluruh tubuh.

3. Menjaga sistem pencernaan tetap sihat

Salah satu tanda akibat kekurangan riboflavin adalah gangguan pencernaan. Disinilah vitamin B2 berperan dalam melindungi membrane mukosa usus.

4. Menyembuhkan luka

Vitamin B2 membantu memulihkan bekas luka dan menyamarkannya kerana vitamin B  ini memiliki kemampuan untuk memperbaiki jaringan tubuh yang rosak .

5. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Mereka yang mengambilan Vitamin B yang mencukupi secara automatiknye telah membuat antibodi semakin kuat dalam melawan penyakit...


Oleh itu, mereka yang kerap sakit, kurang darah atau lemah tidak bertenaga.. elok sangatlah mengambil vitamin B. dan pastikan juga keperluan vitamin B yang diterima untuk sehari mencukupu.

Pengedar shaklee skudai 

azalin 

0132183181 


Sunday 12 October 2014

10 MANFAAT VITAMIN B1 ( THIAMINE )

assalamualaikum, ahri ni lin nak share tentang 10 manfaat vitamin B. Lin harap pengkongsian lin ni membuat kan kita semua benar-benar faham apa kebaikan dan kenapa kita perlu ambil makanan yang ada mengandungi vitamin B1





1. MEMBERI TENAGA 

 - Vitamin B berperanan menukarkan glukosa atau gula kepada tenaga. Vitamin ini berfungsi sebagai co-enzyim yang membantu proses pengubahan glukosa kepada tenaga untuk fungsi organ khususnya JANTUNG, PARU-PARU, OTAK DAN GINJAL.

2. MEMBANTU FUNGSI KARDIOVASKULAR DAN PEMBULUH DARAH 

- Vitamin B1 bertanggungjawab terhadap keupayaan  acetylcholine, salah satu neurotransmitter yang menyalurkan pesan ke otot dan syaraf.

AMARAN : Kekurangan vitamin B1 dapat menyebabkan berkurangnya neurotransmitter dan menyebabkan denyut jantung tidak teratur dan menyebabkan kegagalan fungsi jantung

3. MENJAGA KESIHATAN MATA 

- Pengambilan Vitamin B bersama dengan omega 3 dan omega 6 boleh membantu menjaga kesihatan mata dan mengelakkan pertumbuhan Katarak.

4. MENINGKATAN FUNGSI OTAK 
- Vitamin b boleh membantu ,eningkatan memori, ia juga berperanan dalam mengurangkan stress dan menguatan saraf.

5. MELINDUNGI SARAF

- Saraf  dilindungi lapisan pelindung yang dinamakan lapisan myelin. Kekurangan vitamin B1 dapat melemahkan lapisan myelin saraf.  Pengambilan vitamin B1 yang mencukupi membantu pengembangan lapisan myelin saraf dan membantu fungsi saraf .

6.. MEMBANTU PENCERNAAN

-Vitamin B1 membantu tubuh mengeluarkan hydrochloric acid yang penting untuk membantu pencernaan makanan.


7. MEMBANTU PERKEMBANGAN SEL DARAH MERAH 

- Vitamin B1 turut berperanan dalam penghasilan sel darah merah yang sangat vital bagi tubuh.

8. MENINGKATKAN SELERA MAKAN 

- Vitamin B1 dapat meningkatkan selera makan bagi menjamin kecukupan nutrisi tubuh.

9. MELINDUNGI MEMBRAN MUCOSA

- Membran mucosa melindungi tubuh kita dari mikroorganisma asing yang menyebabkan infeksi. Membran mukosa melindungi bahagian dalam hidung, paru-paru, dan kelopak mata.
Vitamin B1 membantu pembentukan sel-sel baru membran mukosa.

AMARAN : Kekurangan  vitamin B1 akan menyebabkan membran mucosa kering dan pecah.

10. MENGURANGI KESAN PENUAAN

Vitamin B1 merupakan antioksidan yang memiliki kemampuan melawan kesan penuaan kerana kerosakan sel.

Lin mengambilan vitamin B dalam bentuk makanan tambahan bagi menampung keperluan Vitamin B dalam kehidupan harian. Oleh kerana Vitamin B bersifat larut air, ia mudah larut dan hilang ketika proses memasak.

Lin memilih vitamin B keluaran shaklee sebagai pilihan.  sekiranya anda ingin memiliki Vitamin B Complex boleh hubungi lin atau membuat pembelian secara online DI SINI. 

AZALIN
PENGEDAR SHAKLEE SKUDAI 
013- 218 3181 

Saturday 11 October 2014

KENAPA SAYA JOIN SHAKLEE

Assalamualaikum..

Lin percaya mereka yang tengok je blog lin pasti dah boleh jangka lin adalah Pengedar Shaklee. Ya lin pengedar Shaklee sah semenjak tahun 2013 lagi .

Mulanya lin join Shaklee ni sebab lin nak murah je. Sebab lin memang makan beberapa produk antaranya B Complex, Ostematrix dan anak-anak lin bagi Meal Shakes dan Vitamin C 100mg.

Apa yang buat lin  suka sangat dan sampai sekarang masih dengan Shaklee kerana sistemnya TIDAK  meragukan. Ok lin senaraikan beberapa sebab apa untungnya menjadi ahli Shaklee .



BELI DENGAN HARGA AHLI 

Semu pengedar Shaklee berhak untuk memberi dengan harga ahli dan boleh terlibat sama dengan promosi yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat .

BONUS.

Bagi ahli, kita layak untuk menerima bonus dengan peratusan tertentu, nilai UV tertentu . Pembayaran Bonus akan dibayar pada bulan hadapanya. Semakin tinggi jumlah UV kita semakin tinggi peratusan bonus yang akan diterima.

CAR BONUS 

Car bonus hanya akan diterima untuk mereka yang telah naik sekurang-kurangnya ke Level Supervisor. Pihak Shaklee tidak memberikan kereta tetapi kita akan menerima Car Bonus dalam bentuk wang ringgit. Yang mana wang itu kita boleh membuat apa sahaja , tidak semestinya untuk membeli kereta dan buat bayaran ansuran rumah pun boleh tau.

SISTEM PEMBELIAN SECARA ONLINE

Shaklee telah memudahkan ahlinya untuk membeli cara online. Pengedar boleh membeli apa sahaja dan caj penghantarannya hanya  RM 10.00. Lagi banyak beli kos penghantarannya tetap sama  10 ringgit. Sekiranya pembelian melebihi  RM 600.00 kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak Shaklee .


Azalin 

915516

Pengedar Shaklee Skudai 

Friday 10 October 2014

TESTIMONI VIVIX


Vivix adalah diantara salah satu produk Shaklee yang menjadi pilihan mereka yang suka makanan tambahan dalam bentuk cecair.

Kebaikan Vivix yang bermula dari pembaikan DNA atau sel yang paling kecil dalam tubuh manusia. Kebanyakan penguna vivix adalah mereka yang ingin kelihatan cantik, ingin sihat dan mereka yang telah mengidap penyakit.

Ini di Antara beberapa testimoni mereka yang telah mengunakan VIVIX.  Untuk mengetahui tentang Vivix Boleh BAca Disini 

1. Mata hampir buta disebabkan kencing manis yang tinggi.



2. Perokok tegar mula merasai pahit apabila merokok.


3. Mempunyai beberapa penyakit yang kerap dialami oleh rakyat malaysia, dan walaupun makan makanan manis, paras gula masih terkawal.



Sebenarnya ramai lagi yang dah berjaya dan kembali sihat selepas konsistan ambil VIVIX. Nanti lain kali lin share lagi ,

Ummiazalin@blogspot.com 

0132183181

Pengedar Shaklee Skudai 

Wednesday 8 October 2014

VITAMIN YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK SEMBELIT.

Sembelit boleh berlaku kepada siapa pun jua. Bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa ataupun mereka yang telah tua. Kanak-kanak adalah golongan yang lebih mudah mengalami sembelit kerana ketika kanak-kanak corak permakanan dan gaya hidup baru hendak dibentuk. Kesukaran kanak-kanak menerima sayuran dan minum air dalam kuantiti yag mencukupi amat sukar. 

Oleh itu,  lin nak berkongsi bagai mana caranya untuk kita mengelakan kanak-kanak mengalami masalah sembelit. 

1. Didik anak minum air putih dengan kerap setiap hari. 

2. ajar anak untuk minum jus. Seeloknya jus yang kita buat sendiri bukannya yang telah dibotolkan

3. Beri buah-buahan berbeza kepada anak sebagai hidangan
   
4. Beri kanak-kanak buah-buahan sebagai kudapan

5. Banyakkan memberi anak-anak makanan tinggi serat. 

6. Didik anak cintai sayur( ibu perlu kreatif dalam membuat hidangan untuk anak-anak

7. Bayi yang minum susu formula perlu disulam dengan air putih. Air yang
    telah bercampur susu formula hanya cukup untuk menguraikan susu formula
    sahaja tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan cecair pada tubuhnya.

8. Berikan pemakanan seimbang pada anak. Makanan yang tinggi karbohidrat
     dan tinggi lemak lambat diuraikan oleh usus. Jadi galakkan anak aktif berlari,
     bersenam, menari, melompat dan sebagainya.

BAGAIMANA MEAL SHAKE MEMBANTU MASALAH SEMBELIT?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=81817c512e916bf2a24bf8007693c021Mealshakes adalah vitamin yang dicipta sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas. Atas sebab itu, ia amat sesuai untuk golongan kanak-kanak 

Kandungan SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee adalah jenis yang larut di dalam air dan ia membantu dalam proses pencucian usus secara lembut. Serat akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan dan mengeluarkannya melalui proses pembuangan.

SERAT akan membantu najis menyerap air supaya najis menjadi lebih lembut dan mudah dikeluarkan (kira tak SEMBELIT).  

Di sinilah pentingnya anak kita  MINUM  BANYAK AIR.

Akhirnya, SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan lebih mudah

Lin adalah penegdar shaklee kawasan skudai, sekiranya ini memiliki mealshakes atau lain-lain produk shaklee anda boleh hubungi talian dibawah

0132183181
azalin 

atau sekiranya anda ingin membeli dengan mengunakan kad debit atau kad kredit anda boleh membuat pembelian secara online. Untuk pembelian secara online mohon Click Disini 

CARA UNTUK MEMPERBANYAKAN SUSU IBU

Susu banyak melimpah ruah, susu sikit, susu cepat kering, susu cair itu antara keluh resah ibu-ibu yang menyusu terutama ibu yang pertama kali melahirkan dan kerisauan itu bertambah risau bila stok untuk anak-anak semakin kurang.



Kat sini lin nak share sikit perkongsian yang boleh digunakan untuk memperbanyakkan susu ibu.

1. Breastpump

Pemilihan Breastpump mestilah yang berkualiti, Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Pam yang tidak berkualiti akan mendatangkan rasa sakit ketika proses pengepaman. Pemilihan pump yang mudah dibawah juga perlu diambil kira kerana pump yang mudah dibawah memudahkan para ibu membawa kemana sahaja dan boleh digunakan dimana-mana.

#Lin dulu guna Spectra 3. bunyinya senyap, proses pengepamannya mudah tetapi motor mesinnya besar dan berat.

2. Ketetapan waktu mengepam

Tetapkan waktu mengepam dan berapa kali sehari. Waktu dan kekerapan mengepam boleh meningkatkan lagi kuantiti susu ibu. Ini kerana apabila kita mengepam pada masa yang sama, ia umpana telah memberi signal kepada badan untuk menghasilkan dan mengeluarkan susu.


3. Buat jadual kekerapan pengepaman menyamai kekerapan bayi menyusu.

Jumlah kekerapan mengepam mestilah hampir sama atau sama dengan kekerapan bayi menyusu. Oleh kerana keupayaan breastpump tidak mungkin sama dengan kehebatan bayi menyusu, kekerapan pengepaman yang lebih kerap membantu meningkatkan kuantiti susu.

4. Pengambilan Vitamin 

Selain itu, pengambilan vitamin yang sesuai juga boleh membantu dalam memperbanyakkan susu. Apabila badan ibu sihat, cergas dan sentiasa bertenaga tiada masalah untuk bangun ditengah malam untuk pam bagi mengosongkan breast . Apabila ibu cergas, tiada istilah tertekan, stress.  Bukan dengan hanya mengambil vitamin sahaja, susu boleh melimpah ruah, tetapi kesihatan ibu, kekerapan mengepam/menyusu, ketetapan masa dan mengosongkan breast akan memberi signal kepada badan untuk lebih menghasilkan susu.

Vitamin yang sesuai untuk ibu yang menyusu adalah seperti berikut :-

ESP : Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat

Alfalfa :  merangsang pengahasilkan susu

Ostematrix : menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein

B Complex : meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan

Vitalea : membantu membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk badan kekal sihat dan cergas

Vitamin C : Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang set penyusuan, boleh baca kat sini SET PENYUSUAN 

Untuk pembelian, boleh hubungi kami di

Azalin 

0132183181

Pengedar Shaklee Skudai 






Monday 6 October 2014

SET KECANTIKAN SHAKLEE : CANTIK DARI DALAM DAN LUAR

Cantik ni subjektif sebenarnya. Ada orang kata yang putih tu cantik, ada yang kata hitam manis tu lagi cantik. Tak kisah lah apa pun yang penting kita semua nak kulit yang sihat dan berseri-seri.
Dalam produk Shaklee sebenarnya banyak yang boleh diambil untuk cantik. Kita perlu pilih je yang mana kita nak. Hari nil in nak share 3 prosuk yang boleh diambil untuk tujuan mencantikkan kulit dan menyihatkan tubuh badan sekaligus.

Antaranya VITAMIN E, VITAMIN C dan B COMPLEX

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
Menjaga kelembapan kulit
Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

Sebagai pelembap
Mencegah pigmentasi
Melambatkan tanda penuaan
Mengubati jerawat
Penggunaan berterusan Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri

Selain daripada 3 produk ini, produk lain yang baik untuk kecantikan adalah VIVIX, ESP, GLA COMPLEX.

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi lin di :-




ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com




Sunday 5 October 2014

KANAK-KANAK TIADA SELERA MAKAN

Assalamualaikum..

Menjadi seorang ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Setiap  peringkat usia anak-anak pasti akan ada pelbagai dugaan dan cabarannya. Dalam kesibukan masa kadang-kadang kita terlupa akan keperluan nurtisi yang mencukupi untuk anak-anak untuk tumbesaran yang sihat.

Masalah corak permakanan dan jenis permakanan yang mereka terima memainkan peranan yang penting dalam tumbesaran tubuh badan, organ dan fungsi otak.

Lin memiliki 2 orang cahaya mata perempuan yang mana ketika lahir berat mereka hanya 2.07 dan 2.20 kilo sahaja.  Sekarang berat si kakak yang berusia 4 tahun 15kg dan si adik pula 11kg dan berusia 3 tahun.

Ketika mereka berusia dalam lingkurang 2 tahun ++ mereka memang kerap kene semput, demam, batuk selsema. Boleh dikatakan setiap minggu pasti kene Nebelizur. Bukan itu sahaja, lin perasan yang anak-anak lin mempunyai kulit yang kering sehingga kulit kepala mereka seakan-akan ade kelemumur. Kulit kaki merekah.

Pada peringkat awal, lin hanya memberi mereka Mealshakes secara selang seli. Tujuannya untuk melihat keserasian. Ialah sebagai seorang ibu lin perlu berhati-hati dalam pemberian apa jua vitamin. Dan sekarang lin dah start bagi mereka secara harian. Sehari hanya sesudu. Selera makan mereka bertambah, tiada lagi nebelizur, demam, selsema dan mereka sangatlah aktif dan pintar. dan lebih mengembirakan tiada lagi kulit merekah, gatal-gatal kat kepala pun dah berkurangan dan yang paling lin suka, kuku semakin berkilat.




Sebagai seorang ibu lin sangat-sangat yakin dan berpuashati dengan keberkesanan mealshakes. Lagipun satu canister boleh tahan hampir 3 bulan. Itu untuk 2 orang kalau seorang mau tahan selama setengah tahu.

Nasihat lin, ibu-ibu jangan ambil mudah jika anak-anak kurang selera makan. Walaupun mereka aktif tapi sebenarnya mereka kekurangan nutrisi . dan diusia kanak-kanaklah perkembangan tubuh badan , saraf, organ otak dan sistem tubuh sedang berkembang pesat.

Terpulang pada ibu-ibu ingin memberi makanan tambahan apa pun, tapi pastikan ia selamat, semulajadi dan halal.

#Mealshakes adalah makanan tambahan, PAstikan anak-anak anda dihidangkan dengan makanan lengkap.

Untuk ibu-ibu yang anaknya menghadapi masalah asma, kurang selera makan, kerap demam, sembelit, boleh mencuba dengan mealshakes .


Ummi kepada NUR DINI MIRZA dan NUR AUNI HUSNA

Azalin

Pengedar Shaklee Skudai, Tampoi, Pulai dan UTM SKudai

0132183181



Saturday 4 October 2014

PENGAMBILAN VITAMIN YANG MENCUKUPI MEMBANTU PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN


Semua orang tahu, tempoh kehamilan adalah tempoh yang mana penjagaan diri ibu dan anak amat dititik berat. Ia dari peringkat wal kehamilan sehingga diperingkat akhir untuk melahirkan . Perkembangan bayi dalam kandungan akan sentiasa dipantau tumbesaran.
Kebiasaannya ibu akan dibekalkan oleh beberapa vitamin, sebagai tambahan bagi memastikan kedua-duanya sihat.  Itu istimewanya menjadi wanita hamil. Kita umpama satu permata perharga yang sentiasa dijaga dan dikasihi.


Didalam Shaklee ada beberapa produk yang amat-amat sesuai diambil ketika hamil. Khasiat bukan hanya kepada si ibu tetapi ianya juga untuk kepentingan si manja.


B COMPLEX 

B Compleks Shaklee lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik amat  penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.

VITAMIN C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

VITALEA 

Vita-Lea adalah multivitamin yang kaya dengan  iron (zat besi). Bagi ibu-ibu  yang  ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia amat sesuai mengambil Vita-lea. Bagi ibu-ibu yang tiada masalah  haemoglobin penambilan sebiji sehari telah mencukupi tetapi yang haemoglobin rendah, ibu-ibu akan disarankan mengambil 2 biji sehari.

OSTEMATRIX

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D, boron, zink, mangan dan tembaga. Pengambilan kalsium perlu diambil serentak dengan vitamin adalah untuk meningkatan kadar penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

ESP

Pengambilan protein penting utnuk pertumbuhan sel badan. Sel-sel terbentuk dari protein. Pengambilan  ESP akan memberi ibu lebih tenaga dan kekal cergas dan aktif. Ia juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit

OMEGA GUARD

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

#Omegaguard tidak sesuai di ambil pada usia kandungan 7 bulan keatas.

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi lin ya

azalin

pengedar shaklee skudai

0132183181

Friday 3 October 2014

MAKANAN BANYAKKAN SUSU IBU

Bila sebut pasal susu ibu teringin zaman-zaman menyusukan anak. Bila susu drop je, macam-macam dibuat, dimakan.. segala petua kalau boleh nak digunakan. Antaranya campuran Halba atau Fenugreek. Bancuh air tak kiralah air apa, biasanya lin buat air milo dan campurkan dengan sedikit halba. Memang bertambah susu.. seronok rasa masa tu. Yeh.. susu dah banyak.. tapi tak lama lepas tu ia berkurangan balik, kenapa ?..




Fenugreek @ Halba


Untuk menghasilkan susu badan yang banyak, ibu perlu memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang dan mencukupi terutama air. Selain daripada itu , penghasilan susu berkait rapat dengan demand dan supply. permikiran positif dan cara lekapan bayi dan tawakal kepada Allah.

Kepentingan kesihatan ibu juga perlu dititikberatkan. Ibu yang sihat, berfikiran positif boleh membantu penghasilkan susu ibu. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan boleh membantu untuk ibu kekal sihat dan cergas. Pengambilan secara konsistan dan teratur memberi lebih ruang untuk ibu sihat dan menghasilkan susu yang banyak.

Vitamin yang sesuai untuk ibu yang menyusu adalah Alfalfa, ESP, OStematrix, BComplex, Vitalea dan Vitamin C. Setiap satu produk ini memainkan peranannya sendiri untuk membantu ibu sihat dan mampu menghasilkan susu yang menglimpah ruah. Untuk keterangan lanjut tentang produk ini anda boleh Baca disini .


Petua untuk banyakkan susu ibu
1. Minum cukup air
2. Pastikan lekapan bayi betul
3. Cukup rehat
4. Tetapkan masa pam dan buat secara konsistan serta  kerap
5. Berfikiran positif
6. Banyakkan zikir Ya Matin ketika proses pengepaman atau penyusuan

mungkin ada banyak lagi petua yang boleh digunakan untuk menambah susu ibu dan yang penting ibu jangan stress dan berfikiran negatif.

Selamat berfikiran positif dan teruskan mengepam.

Azalin 
Pengedar shaklee Skudai, Tampoi, UTM Skudai dan Pulai
0132183181






PRODUK KESUKAAN SAYA : B COMPLEX, OSTEMATRIX, MEALSHAKES, VITAMIN C, HERBAL BLEND

Semenjak mengenali Shaklee boleh dikatakan lebih sepuluh produk yang pernah saya makan, tujuan untuk merasai kebaikannya dan melihat hasil keberkesanan produk. Shaklee bukan hanya ada produk vitamin sahaja tetapi ia juga ada produk untuk kecantikan dan kegunaan rumah.

Vitamin untuk Lin


Lin sukakan B Complex dan Ostematrix sebab ia sangat-sangat membantu kesihatan saraf dan tulang.  Bukan setakat itu, ia juga memberi kestabilan emosi, kelancaran proses pembuangan, mengurangkan masalah ketidakselesaan sendi. Senang kata 2 produk ni memang wajib ada.




untuk pembelian secara online click disini 

Vitamin untuk Kanak-kanak

Anak-anak lin, lin memang pastikan mereka mengambil Mealshakes dan vitamin C. 2 produk ni membuatkan antibody mereka lebih kuat jika dibandingkan sebelum ini.  Walaupun mereka bergaul dengan kawan-kawan ditaska dan rumah pengasuh, mereka sangat-sangat jarang dijangkiti selsema ataupun batuk. Dan yang lebih istimewanya, ia mmbuatkan mereka lebih berselera, cergas, pintar dan senang untuk mengingati sesuatu.




untuk pembelian online Click disini 

Produk  seisi keluarga.


Bab yang ni tak boleh dipanggil vitamin seisi keluarga sebab ia bukannya vitamin tapi ia adalah produk kegunaan harian dan krim serbaguna. Lin paling suka “Dish wash” dan “Basic H”. kalau disuruh pilih..lin pilih Dish wash kot sebab lin gunakan Dish wash untuk mencuci botol susu anak-anak. Ia semulajadi, senang dibilas dan menyakinkan…

Lagi satu krim ajaib “Herbal Blend” .. ini memang kena sentiasa ada kat rumah. Kalau anak-anak batuk lin akan sapukan krim Herbal Blend ni kat dada mereka, Alhamdulillah semenjak gunakannya anak-anak kalau batuk cepat baik dan tidur mereka lebih lena.
Sejara keseluruhannya produk Shaklee memang serasi dengan lin dan keluarga dan lin pasti ia juga akan serasi dengan anda sebab ia semulajadi, halal dan selamat.

Untuk pembelian secara online click disini 

seandainya anda berminat untuk menjadi sebahagian diantara kami pengedar shaklee atau ingin membuat pembelian melalui saya, anda boleh hubungi nombor seperti dibawah

Azalin
pengedar Shaklee Skudai, Tampoi, Pulai, UTM Skudai
0132183181

Wednesday 1 October 2014

KENCING TAK LAWAS

Kencing tak lawas atau dalam bahasa qhajarisnya URINARY INCONTINENCE (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.

Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan STRESS INCONTINENCE.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil URGE INCONTINENCE atau OVERACTIVE BLADDER.



Ada beberapa penyebab UI contohnya seperti:

1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan MULTIPLE SCLEROSIS
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik

Masalah kencing tidak sahaja Mengganggu aktiviti harian dan Ibadan kita.






JATUH CINTA LAGI

Boleh dikatakan setiap diantara kita pernah jatuh cinta. Cinta ni tidak semestinya hanya sesama manusia je kan. Ada yang jenis mudah jatuh cinta pada perfume, barang-barang, kereta dan macam-macam lah.

Hari ni lin nak cerita tentang cinta lin dengan kesihatan diri dan apa produk yang membuatkan lin benar-benar jatuh cinta dengannya .

Di usia lin pertengahan 20an, lin dah hadapi masalah semut-semut jari. masa tu lin buat tak kisah je pada lin mungkin sejuk atau pegang sesuatu terlalu lama. dan rasa semut-semut tu kekadang ok kekadang tidak. 

Selepas lahirkan anak sulung pada tahun 2010, lin perasan yang sakit semut-semut tu semakin menjadi-jadi sampaikan  lin boleh terbangun dari tidur kerana menahan kesakitannya. Ia bukan setakat semut-semutnya malahan lin sukar untuk mengenggam tangan. seksa sangat rasa masa tu. Kekadang lin sampai menangis malam-malam sebab sakit sangat, rasa ngilu, bisa-bisa.

Bila tengok keadaan semakin teruk lin terus refer ngan Hospital Kuala Lumpur, masa tu lin kerja di Kuala Lumpur sekarang dah dok Johor. Dari ujian darah, X Ray semuanya ok cuma doktor cakap lin dah menghadapi masalah penuaan diusia muda..  Mana doktor tak cakap macam tu, usia baru awal 30 an tapi dah start sakit tulang dan saraf. Selain dari rawatan moden dan tradisional, lin juga mengambil makanan tambahan sebagai penambah nutrisi yang mungkin tidak cukup dalam badan. Dari penerangan doktor lin perlu mengambil vitamin B dan kalsium secara mencukupi.  Agak lama juga lin makan vitamin B yang dibekalkan oleh Hospital Kuala Lumpur, tapi sejak mengenali Shaklee lin terus mengambil VITAMIN B dan kalsium shaklee  iaitu OSTEMATRIX sebagai pengganti vitamin hospital. Alasannya kerana vitamin Shaklee semulajadi dan selamat untuk badan kita.

B Complex dan Ostematrix lin ambil secara harian dan yang menakjubkannya pelbagai manfaat lin dapat antaranya lin sekarang jarang demam, selsema, sakit kepala dan badan rasa lebih aktif. Pengambilan B Complex juga dapat mengawal emosi kita tau, lagi lin ada 2 orang anak yang sedang meningkat naik.. aktifnya hanya Allah je tau. Lin rasa lebih tenang dan relax... kalau kita ibu ni asyik marah-marah, asyik tertekan nanti proses tumbesaran anak pun boleh kearah yang negatif. KIta semua nak anak yang kita lahir membesar dalam suasana tenang, aman dan damai kan.  

Ostematrik juga membantu proses pembuang, So tiada alasan sembelit ye sejak ambil ostematrik ni.
lenguh-lenguh kaki, kelesuan dan tidur pun lena. 

Lin memang benar-benar jatuh cinta dengan B Complex dan Ostematrix. Dah lah khasiatnya pelbagai, harganya mampu dimiliki dan tahan lama sebab sebotol B Complex ada 120, sehari makan 1 biji je, maka leh tahan 4 bulan . Ostematrix pun sama, ada 120 biji sehari boleh ambil 2 - 4 biji sehari.. boleh lah tahan dalam 1 - 2 bulan. 

Ini dia rupa Cinta Hati lin.. Hidup ni kosong tanpanya.. hehehe jiwang sekali sekala.. tapi lin memang suka sangat dengan B Complex dan Ostematrik. 




Sekiranya anda ingin memiliki cinta hati lin ni juga, anda boleh hubungi lin seperti dibawah atau membuat pembelian secara online DISINI

Lin sayang sama kau 
0132183181
Pengedar Shaklee Skudai, Tampoi, Pulai, UTM Skudai