Thursday 30 January 2014

Teh Herba - Alfalfa Shaklee


Teh Herba Alfalfa Shaklee

Mesti ramai tertanya-tanya, 
tak pahit ke minum teh herba Alfalfa Shaklee nie. 
Eh macam mana nak buat ngek,, 
Apa kebaikan minum teh alfalfa nie... 

Resepi Teh Herba Alfalfa 


Bahan-bahannya : 
1. Air Teh ( seeloknya panaslah ye)
2. 2 atau 4 biji alfalfa ( patah-patahnkan atau dihancurkan)
3. sesudu madu atau ikut kesukaan. ( kalau nak ganti ngan gula pun boleh.. 

Cara bancuhan .
1. Masukkan alfalfa shaklee yang telah dipatah atau dihancurkan kedalam air teh & kacau 
2. Masukkan  madu atau gula. 
3. Dah boleh minum... 

Nota : saya suka minum suam2.. sebab ia lebih menyegarkan. 

Selamat mencuba... 




Nak tau keterangan lanjut, hubungi saya : 


Rakan Shaklee Anda

Email : ummiazalin@yahoo.com
whatsapp : 013-218 3181

Monday 20 January 2014

Caratomax Shaklee - Sumber vitamin A terbaik



Apa itu Caratomax?

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.
Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.



Manfaat Utama caratomax :
 1.       Lebih selamat daripada Vitamin A:
Pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toxicity. Walaubagaimana pun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekusor vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

2.       Mempertingkatkan penglihatan :
Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata.

3.       Meredakan penyakit kulit :
Pengambilan yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psioriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan akne.

4.       Melawan kanser dan oksidasi:
Pengambilan  kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

5.       Menghalang Infeksi:
Melalui cara merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit berkait sistem respiratori
Menggalakkan perkembangan normal dan sihat

Tanda-tanda kekurangan:
- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.





Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:
Beta Karotena Sama dengan 102  bahagian   Pisang
Lycopena sama dengan 714 bahagian Aprikot
Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285  bahagian  pink grapefruit
Alpha karoten sama dengan 89 bahagian  Raspberi
Astaxabthin sama dengan sepotong ikan salman 





AWAS!!!
Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).
Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.


Nak tau keterangan lanjut, hubungi saya : 


Rakan Shaklee Anda

Email : ummiazalin@yahoo.com
whatsapp : 013-218 3181

Sunday 12 January 2014

Ekzema

Ekzema.. dulu saya tidak tahu dan tidka pernah mengambil tahu apa-apa tentang ekzema sehingga saya melahirkan cahaya pertama.. dari pemeriksaan doktor anak saya mengalami ekzema kerana saya mengidap asma. apabila si ibu ada sejarah asma , x kiranya serius atau tidak anak-anak berkemungkinan boleh mengalami ekzema.. 


Mungkin sebelum saya mengenal shaklee.. semua rawatan untuk mengurangkan kegatalan ekzema hanya mengunakan ubat klinik.. tetapi selepas mengenali shaklee .. saya berubah sepenuhnya kepada shaklee..

sebelum mengambil apa-apa rawatan atau makanan tambahan kita perlu tahu  ekzema agar apa yang kite buat tidak menambah kesakitan atau kegatalan yang dialami.

Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik (ekzema bentuk yang paling biasa). 

Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang  dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari perkataan Greek iaitu ekzein yang bermaksud "mendidih" dan perkataan Ek yang bermaksud "keluar". Manakala ekzema  dalam perkataan Yunani bermakna mendidih.

Ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.


Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik adalah gejala penyakit kronik yang hadir disepanjang masa. Biasanya ia akan berlaku dan berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Sepanjang tempoh tersebut akan berlaku keadaan pelupasan dan perluapan yang  mungkin teruk dan memerlukan rawatan intensif.

Antara simptom utama penyakit ini adalah seperti berikut:

1. Keadaan kulit akan pecah atau merekah
2. Kawasan kulit tertentu mungkin akan menjadi koyak
3. Kebiasaanya kulit dirasai sangat kering
4. Rasa gatal biasanya lebih teruk di waktu malam
5. Menggaru akan menyebabkan kulit seperti menebal.
6. Beberapa kawasan terlibat menjadi radang atau merah.
7. Kawasan kawasan radang kulit biasanya akan melepuh dan terkandung cecair.
8. Kulit mungkin akan bertompok merah atau berwarna coklat kelabu.

9. Sebahagian kulit mungkin akan kelihatan tompok tomok lebam kecil.

Di dalam shaklee, 3 produk yang boleh digunakan bagi mengawal ekzema adalah :-

Set Ekzema Shaklee 

Set Ekzema Shaklee

Meal Shakes : Berperisa Vanilla yang sangat lazat. Multivitamin yang turut membantu meningkatkan imunisasi sistem anak-anak.

Basic H : Boleh dijadikan mandian buih untuk anak-anak. Mereka pasti suka. Terdapat banyak lagi kegunaan Basic H untuk kegunaan harian anda. Pelbagai kegunaan basic H di sini.

Herbal Blend Cream : super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.


Berminat?

Nak tau keterangan lanjut, hubungi saya : 


Rakan Shaklee Anda

Email : ummiazalin@gmail.com
whatsapp : 013-218 3181



Meal Shakes - Vitamin lengkap untuk si manja

Kenapa saya cakap meal shakes vitamin lengkap.. sebab ia mengandungi semua vitamin yang diperlukan untuk pertumbuhan tubuh badan si manja . kita semua kena faham ia bukan pengganti makanan tp ia adalah makanan tambahan yang diambil bagi melengkapi keperluan harian kita. 

Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee




  • Membekalkan 24 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit sebab ia meningkatkan imunisasi tubuh si manja 
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak 
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Antara nutrisi yang ada dalam Meal shakes shaklee 






Berminat?

Nak tau keterangan lanjut, hubungi saya : 


Rakan Shaklee Anda

Email : ummiazalin@yahoo.com
whatsapp : 013-218 3181


Monday 6 January 2014

Set Ibu Menyusu

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud TIADA sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman ( air kosong)  pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi. 

Oleh kerana susu ibu TERAMAT penting bagi bayi yang baru dilahirkan.. SET PENYUSUAN SHAKLEE mendapat sambutan yang amat menggalakan. 

SET PENYUSUAN 3M 




ESP Soy Protein Isolate Powder 


Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan - Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat - Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri

Alfafa Complex 


Juga bertindak sebagai "milk-booster" - melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang - Menghilangkan kelesuan dan tekanan - Membantu masalah penghadaman dan pencernaan - Melegakan sembelit - Menyingkirkan lemak dan kolesterol - Membuang angin dalam badan -Membantu masalah keputihan

Vitalea (Multivitamin) 


Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia/kurang darah

B-Complex 


Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga - Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu - Penting untuk kecantikan juga kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam.

Sustained Release Vita C 


Bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan - Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit - Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

Ostematrix (Kalsium) 


Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. - Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. - Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga - Membantu Mengelakkan dari sembelit


Berminat?

Nak tau keterangan lanjut : 

Rakan Shaklee Anda

Azalin Adzhar
ID : 915516
Fb : https://www.facebook.com/azalin.adeq
Pm : https://www.facebook.com/messages/azalinadeq
Page : https://www.facebook.com/ummilinyitashop
whataspp : 013-218 3181