Thursday 7 August 2014

SUKAR HAMIL : CEGAH KEGEMUKAN

Seronok tengok orang membawa perut. lagi-lagi kalau yang bawak perut ada isi zuriat kita suami isteri. hati ni meronta2 ( ayat jiwang betul.. meronta2 tu) nak ada anak baru. Lin dah ada 2 orang puteri , yang sulung 4 tahun dan yang nombor 2 3 tahun. Dah elok benar ummi nya ngandung lagi. Tapi belum rezeki. Azam tahun ni memang nak ngandung, ni dah bulan 8 tanda-tanda ngandung cam lum ada je.

Nampak gayanya, usaha perlu dipergiatkan. Apa yang perlu diusahakan ye.. Jeng.. jeng .. jeng... Lin ni gemuk, dengan ketinggian hanya 152cm dan berat... eh.. malulah nak citer.. tapi untuk u all lin bagi tau, tapi rahsia tau..hehehhe.. sebelum puasa itu ari timbang 84 kg.. mak aiii.. memang comel montel badan nie.

Lin akui memang ada je orang yang memiliki berat berlebihan pun leh hamil, tapi lin rasa badan ni memang kene turunkan berat. Kalau lum ngandung pun berat dah 84 kg, time-time cukup bulan nanti entah cam ne. mahu sakit selalu kaki ni membawa berat yang berlebihan.

Antara langkah-langkah persediaan untuk hamil yang akan lin ambil adalah :_

1. Kurangkan berat badan .

Kurangkan berat badan sebelum anda merancang untuk mengandung. Sekiranya anda merancang untuk hamil dalam masa terdekat, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai berat badan ideal yang boleh dicapai melalui diet seimbang dan senaman.

2. Pemantauan pengambilan kalori

Pantau pengambilan kalori dan berat badan anda. Sekiranya sudah disahkan hamil, jangan pula anda berdiet untuk menguruskan badan pula dan tidak bermakna juga anda boleh menjamah menu kegemaran tidak sihat anda sebelum ini.

3. Bersenam

Konsistensasi dalam senaman adalah perlu meskipun dalam keadaan hamil. Rujuk pakar senaman dan doktor untuk mengetahui senaman yang sesuai untuk anda.

4. Gaya Hidup sihat

Amalkan gaya hidup sihat  Sentiasa beringat bahawa berat badan adalah satu perkara mustahak yang wajar diberi perhatian.

5. Berdoa

Teruskan berdoa dan meminta dari Allah agar dikurniakan cahayamata yang sihat dan comel.


Untuk menurunkan berat badan lin memilih untuk mengambil makanan tambahan dari produk shaklee untuk membantu proses Detox, Bakar Lemak dan Membina otot.

Semoga usaha lin berjaya. sekiranya anda juga sedang berusaha untuk hamil lagi.. mulakan langkah pertama kita hari ini.

Azalin
Pengedar shaklee Skudai, Tampoi dan Pulai 

SET MIGRAIN SHAKLEE






Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Doa untuk migrain dan sakit kepala 




Untuk memudahkan urusan anda, pembelian secara online boleh Click DI SINI 

Bagi yang hendak menerima barangan terus dari lin, Lin Pengedar Shaklee Skudai, Tampoi dan Pulai



ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com










Tuesday 5 August 2014

CIRI-CIRI DAN PERMASALAHAN KEPUTIHAN


Punca Keputihan

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Kehidupan wanita kerap berlaku perubahan hormon terutama ketika kitaran haid, mengandung, dan bersalin. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika kitaran haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.  Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Tetapi keputihan ini juga ada yang normal dan ada yang abnormal.


Melalui keputihan kita juga boleh mengetahui kemungkinan  penyakit yang kita hadapi. Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. 

Warna-warna keputihan


1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, ia adalah keputihan normal yangtidak perlu dirisaukan. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.

Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar keputihan telah  dijangkiti  sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

Sumber Internet: Jangkitan kulat Candida Albicans pada dinding vagina boleh menyebabkan masalah keputihan

3. Putih pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1. Kelabu

Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan

Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning

Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.



Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.


Dari  laman Dr Zubaidi, beliau menegaskan bahawa masalah keputihan yang dialami oleh isteri yang berpunca daripada kulat candida ini juga boleh menjangkiti suami jika tidak dirawat. Lelaki yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah juga lebih mudah dijangkiti selepas mengadakan hubungan intim. Hal ini boleh menyebabkan suami mengalami masalah seperti ruam dan bengkak pada kepala zakar, keluar lendiran berbau daripada saluran kencing, rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil atau ketika melakukan hubungan intim dan juga boleh menyebabkan kulit zakar menjadi berkerak.

Oleh itu, suami haruslah memainkan peranan juga dalam hal ini dan membantu isteri merawat masalah ini untuk kebaikan mereka bersama.


Pembelian secara on line boleh Click DISINI

Bagi yang ingin penehanatran terus ketangan anda, lin Pengedar Shaklee Skudai, Tampoi dan Pulai .



ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com

BAHAYA KEPUTIHAN KETIKA HAMIL




Keputihan kerap terjadi kepada kaum wanita . keputihan tidak mengira samaada kita remaja, bujang, atau telah berumahtangga. Keputihan juga boleh terjadi kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Walaupun keputihan itu dikatakan perkara BIASA tetapi ia boleh jadi luar biasa jika tidak ditanggani dari peringkat awal.

Sebenarnya keputihan mudah terjadi kepada  wanita yang sedang hamil kerana berlaku perubahan hormon semasa kehamilan  yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga  adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan  ketika seseorang wanita itu sedang hamil  boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri  ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai  abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan  perkara –perkara yang tidak diingini.




Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan yang bakal dibawa terhadap bayi

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro oranisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis  atau jangkitan kulat kandida  adalah penyebab keputihan terbanyak  yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan  kehamilan ibu dan keselamatan  janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :




Jenis-jenis keputihan. 

1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.


Banyakkan sebenarnya jenis dan risiko keputihan terutama kepada ibu yang hamil. Oleh sebab itu, kita wanita kena sentiasa peka dan mengambil sikap ambil tahu serta  sentiasa mengambil berat kepada kesihatan tubuh badan kita.  Keputihan yang kita anggap perkara biasa boleh mendatangkan risiko yang besar kepada diri kita dan anak yang kita kandungi.


ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com




Monday 4 August 2014

Hadiah terbaik untuk hari ibu

Ibu adalah insan teristimewa dihati setiap insan yang bernama anak. Bagiku ibu adalah seorang insan berhati waja dan sentiasa menjadi penguat semangat untuk kami anak-anaknya.

Mak telah membesarkan kami 5 beradik sendirian semenjak ayah meninggalkan kami ketika adik bongsuku berusia 14 tahun. Bermula dari itu, mak menghadapi semua dugaan, cabaran dan pelbagai kerenah anak-anak sendirian tanpa bantuan  daripada sesiapa.

Sekarang mak telah berusia akhir 50an. Alhamdulillah, kesihatan mak masih lagi baik, masih lagi kuat dan masih ceria bahagia disamping kami anak-anak, menantu dan cucu.



Mak jururawat terbaik ku

Masih ku ingat lagi macam mana mak menjaga ku ketika  berpantang anak sulung. Mak menjaga ku seakan-akan anaknya ini seorang anak kecil yang memerlukan perhatian sepanjang masa. Mak menjaga dari semua aspek ,  setiap makan ku, kebersihan ku, kesihatan ku, perawatan ku dijaga dengan sempurna malah mak sanggup bersengkang mata semata-masa untuk membantuku  menjaga anak sulungku.  Mak juga tidak membenarkan lin membuat apa-apa kerja termasuklah mengangkat sebiji  pinggan yang telah digunakan. Hebat sungguh kasih sayang mak sehingga lin tidak merasai keperitan ketika berpantang malahan pengalaman berpantang begitu indah. Kasih mak terlalu agung bagi ku

Mak cergas kerana sendi mak sihat

Gaya hidup mak dari zaman kanak-kanak hingga sekarang yg aktif membuatkan mak memiliki sendi yang kuat dan sihat.

Jarang-jarang sekali mendengar mak merungut sakit kaki. Itulah kelebihan mak.. walaupun usia semakin meningkat kesihatan masih dipelihara. Malahan kekadangan lin rasa mak lagi kuat dan sihat dari lin yang jauh lebih muda dari mak.

Hadiah buat ibu

Setiap anak ingin melihat ibu bapa kita sihat sepanjang masa. Tetapi kekadang kita diuji dengan masalah ibubapa kita. Selain menerima rawatan dari pakar perubatan pengambilan makanan tambahan sebenarnya juga membantu dalam meningkatkan kesihatan insan yang kita sayangi. Mungkin ada yang teragak-agak hendak memberi makanan tambahan apa yang paling bagus untuk ibu bapa. Perasaan takut kalau tidak serasi dan memudaratkan pasti bermain difikiran. Pemilihan supplement yang halal, semulajadi dan selamat amat membantu.

Set kesihatan Sendi Shaklee



Untuk membuat pembelian secara online : CLICK HERE



ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq
Pm : Azalin Adeq
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com