Tuesday 23 June 2015

KITARAN DAN ALIRAN HAID KEMBALI TERATUR DAN LANCAR SELEPAS PENGAMBILAN GLA

Berkobar-kobarnya rasa hati ni nak share macam mana lancarnya haid bulan ni. Lin segan nak citer secara terbuka tetapi demi kebaikan kita bersama lin share lah juga . Lin harap kawan-kawan semua pun boleh merasai apa yang lin rasa.

Dulu masa belum berkahwin period lin memang jenis tak tetap. kekadang 2 bulan sekali, 3 bulan sekali dan kekadang datang tiap-tiap bulan. tapi tak pernah pulak sekali period sampai 15 hari . Tetapi pada bulan Mei 2015 lin start period pada 21 Mei sampai 4 Jun, period lin 15 hari. Dah lah tu datang nya sikit-sikit. kekadang lin rasa membazir pad sebab sikit sangat selalunya tak macam tu pun.

melancarkan period, tidak berketul, tidak senggugut


Lepas tu pada bulan 6  lin datang period lagi pada 21 Jun dan start dari 21 Jun tu lin makan GLA setiap hari 2 biji. Sebiji pagi dan sebiji malam Alhamdulillah period lancar sesangat. Darah keluar tak berketul-ketul macam selalu dan banyak. Lin suka sangat sebab lin tahu bila darah yang keluar tak berketul-ketul, tak sakit dan banyak di awal period itu tandanya period lin lancar.

Lin bersyukur sangat, kalau tahu lin dah makan GLA masa bulan 5 tu takda lah sampai 15 hari. Serius lin risau sangat sebab lin pernah ada sejarah Cyst masa zaman period tak tetap sebelum kahwin.

Kalau nak tahu GLA memang penting dan bagus untuk setiap wanita sebab GLA tidak dapat dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Untuk tahu lebih lanjut tentang GLA boleh baca entri lin yang sebelum ini.

APA ITU GLA DAN KEBAIKAN GLA KEPADA SETIAP WANITA




Bagi kawan-kawan yang mengalami masalah seperti yang lin alami dan ingin merasai perasaan gembira seperti lin bolehkan mencuba GLA yang sememangnya sesuai untuk kita wanita.

Lin adalah pengedar shaklee bagi kawasan Skudai, Pulai, Taman Universiti  dan UTM . Sekiranya anda berada di dalam kawasan ini lin boleh membuat penghantaran terus kepada anda .Tapi sekiranya anda berada di luar kawasan lin akan membuat penghantaran melalui pos laju.

Azalin
Pengedar Shaklee Skudai
id : 915516
Tel : 0132183181 
Fb : azalin adeq 




UBAT SAKIT SENDI : MELEGAKAN SAKIT SENDI, LENGUH-LENGUH KAKI DAN SENDI BERGESEL

Assalamualikum dan salam sejahtera..

hari ini lin nak kongsi pengalaman lin sendiri selepas guna Set Kesihatan Sendi Shaklee. Masa tu lin memang ada masalah sendi berbunyi dan jari tangan lin kebas-kebas dan susah sangat nak genggam terutama pada waktu pagi .

Kawan lin Maisarah dia yang suggestkan lin ambil AJHT, kata dia AJHT ni bagus untuk membantu hasilkan cecair dalam sendi.  masa tu lin pun teragak-agak juga nak beli sebab betul ke AJHT tu bagus biasalah orang nak jual benda tak bagus pun dia kata bagus kan .

Tapi bila pikir balik kaki ni sakit sangat, tawakal je lah , Masa tu lin beli 1 botol AJHT, Omega Guard dan Ostematrik. dah alang-alang nak mencuba kita cuba terus set lengkap baru boleh nampak kesannya .

hari pertama makan tak rasa apa-apa pun sama je, sampai cukup seminggu baru lah lin rasa perubahannya. Bila masa sembahyang lutut lebih mudah nak dibengkokkan dan pergelangan kaki dah tak berbunyi. Alhamdulillah betul lah Set Kesihatan Sendi shaklee ni bagus. Berkesan sangat-sangat untuk hilangkan sendi berbunyi dan lemah.

Bayangkan dulu lin kalau jalan sikit je kaki dah lenguh, bila duduk bersila je kaki sakit, itu belum lagi cerita time sembahyang. kalau duduk antara 2 sujud tu Ya Allah sakitnya. duduk pun tak sempurna sebab lin rasa macam sendi lutut tu bergesel .

Alhamdulillah sangat-sangat Allah bukakan hati lin cuba set ni dan yang menakjubkan nye sampai sekarang lin dah tak de masalah sakit lulut ke , lutut berbunyi ke atau lemah kaki. Apa yang lin still  makan sampai sekarang hanya Ostematrik dan Omega Guard je.

Bagi anda yang ada masalah sendi berbunyi , lenguh-lenguh kaki, sendi bergesel  Lin memang suggest sangat anda ambil AJHT + Omega Guard dan Ostematrik. Pengambilan secara konsistan sangat-sangat membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih cergas, lebih sempurna.


Untuk anda yang berada di sekitar skudai, Anda boleh membuat temujadi dengan lin kerana lin tinggal di sekitar Skudai. dan bagi yang jauh jangan risau kita masih boleh berhubungi menerusi FB ataupun whasapp.

INGIN MENAMBAH PENDAPATAN, MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI MENCIPTA KEJAYAAN DENGAN KEJAYAAN 

Azalin 
Pengedar  shaklee Skudai
id : 915516
fb:azalin adeq
whatsapp : 0132183181 


Wednesday 10 June 2015

MASALAH SEMBELIT KETIKA MENGANDUNG ATAU BERPANTANG HILANG DENGAN MUDAH

Assalamualaikum pernah tak korang rasa sembelit masa mengandung. Ada orang dulu dia tak de masalah sembelit pun tapi bila mengandung je dia terus kena sembelit. Nak makan ubat takut memudaratkan si kecil dalam perut tapi nak di biarkan adui dah tak sanggup rasanya nak menanggungnya.

Sebenarnya banyak petua yang selamat untuk hilangkan sembelit ni. Antaranya 

1. banyakkan minum air kosong
2. makan buah buahan yang berserat tinggi
3. bertenang ketika  membuang, jangan takut sebab kalau kita asyik pikir takut, pikir sakit najis tu nak keluar pun malu-malu kucing tau.
4. minum air yang masam macam jus limau,
5. makan makanan tinggi magnesium 

Magnesium?
Kenapa magnesium?
ha sebenarnya  magnesium boleh melembutkan najis. Tahu tak makanan apa yang tinggi dengan kandungan magnesium? Ok makanan yang tinggi kandungan magnesium adalah seperti 

1. telur
2. Badam 
3. Apricot 
4. Bayam 
5. Brocoli
6. Ikan
7. Bijirin




Oleh sebab itulah kita kalau time mengandung atau dalam berpantang kena banyak ambil makanan yang mengandungi Magnesium. Kalau nak lebih mudah , korang boleh je ambil makanan tambahan yang mengandungi magnesium contohnya Ostematrik dari keluarga Shaklee. 

Dalam ostematrik Shaklee ia mengandungi Magnesium untuk memaksimumkan penyerapan ke dalam tulang. Tetapi secara tidak langsung ia juga membantu melembutkan najis dengan membantu penyerapan air ke dalam usus, Membantu otot usus menjadi lebih relaks dan lancar serta membantu proses pristalsis dan memudahkan najis dikeluarkan. 

Senangkan anda boleh dapat banyak kelebihan dari pengambilan Ostematrik ini antaranya ia membantu anda menerima kalsium yang mencukupi, melancarkan pembuangan, mengurangkan masalah kejang kaki, 

Ok kalau korang nak beli ostematrik ini boleh hubungi lin seperti talian di bawah dan bagi yang tinggal di area skudai Lin boleh membuat penghantaran terus kepada anda kerana Lin adala pengedar Shaklee Skudai. 

Jangan lupa hubungi ya

Azalin 
Pengedar Shaklee Skudai 
Id : 915516
Email : ummiazalin@gmail.com
Fb : Azalin adeq 


Sunday 7 June 2015

TIP : MEMILIKI WAJAH BERSERI-SERI SEPANJANG KEHAMILAN

Amboi  tajuk , kenapa kalau semasa mengandung muka jadi kusam ke. Ada orang kata kalau kita mengandung anak perempuan muka maknya tak berseri sebab anak dalam kandungan dah ambil seri maknya. Kalau mengandung anak lelaki pula, tengok maknya mesti berseri-seri.

Tapi tak tahulahbetul ke tak sebab lin belum pernah ada anak lelaki. Tak boleh nak dibuat perbandingan, rasanya masa mengandung dulu berseri je. Hehehe perasan pula.

Wajah berseri sebenarnya ada kaitan dengan gaya hidup kita, cara kita  menangani masalah dan cara kita menjaga kebersihan. Masalah rasa letih, tidak bermaya dan perubahan hormon boleh menyebabkan wajah yang sebenarnya berseri terlindung.



Oleh sebab itu, klinik kesihatan atau hospital akan membekalkan wanita hamil dengan pelbagai vitamin antaranya B Complex, vitamin C dan Iron ( Pil Tambah Darah). Apa sebab kita dibekalkan dengan pelbagai vitamin, ia untuk kesihatan ibu dan anak. Keadaan ibu yang sihat akan menaikan seri wajah serta dapat melahirkan anak yang sihat.

Apa fungsi Vitamin C dalam tempoh kehamilan. Vitamin C  membantu memaksimumkan penyerapan Asid Folic dan Zat besi. Penyerapan Asid folic yang lemah boleh menyebabkan risiko Spina Bifina (sumbing sum sum tulang bayi). Sila rujuk Kesan kekurangan Asid Folic

Kesan kekurangan Vitamin C boleh  menyebabkan anemia, pra-eklampsia dan kelahiran kurang berat.  Nampakkan betapa pentingnya vitamin C ketika hamil. Selain itu pengambilan vitamin C secara konsistan boleh meningkatkan imunisasi dan menghasilkan kalogen secara semulajad, Selain itu Vitamin C boleh mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yang menjadi punca kepada jeragat.

Kenapa anda perlu makan vitamin C Shaklee? Sebab Vitamin C Shaklee dihasilkan dari teknologi yang mana pelepasannya secara berperingkat dan ia mengandungi Bioflavonoids. Nak tahu apa itu Bioflavonoids, anda boleh click entry lin sebelum ini iaitu Vitamin C

Shaklee menyediakan perkhidmatan pembelian secara online untuk semua pelanggan Shaklee. Anda hanya click ikon dibawah dan membuat pembelianset kehamilan  secara online.



Bagi yang tinggal disekitar Skudai lin menyediakan perkhidmatan penghantaran terus  kepada anda dan yang tinggal di luar skudai penghantaran secara pos laju disediakan.


Azalin
Id : 915518
Pengedar Shaklee Skudai
Whatsapp : 0132183181
Email : ummiazalin@gmail.com

Saturday 6 June 2015

MENGUATKAN TULANG BAYI DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN D


Pernah tak kita dengar perbualan kawan-kawan yang  mempunyai anak bercerita di usia berapa anak-anak mereka  pandai merangkak, pandai berjalan dan pandai bercakap. Ada yang cakap usia perkembangan kanak-kanak ada kaitan dengan perkembangan ibu ayah ketika kecil
Masa anak lin yang sulung “dini” mula berjalan pada usia 1 tahun 5 bulan. Lin mula berjalan pada usia 11 bulan dan suami pada usia 1 tahun 2 bulan. Oh patutlah Dini lambat jalan sebab ayahnya dulu berjalan pun pada usia 1 tahun lebih.

Perkembangan setiap bayi adalah berbeza tetapi kecukupan nutrisi ketika dalam kandungan dan selepas kelahiran juga memainkan peranannya tersendiri. Ketika dalam tempoh kehamilan ibu yang kerap menghadapi masalah kejang urat kaki, kerapuhan gigi dan sakit pinggul menandakan ibu kekurangan kalsium. Kalsium yang selamat diambil adalah yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk memaksimumkan penyerapan dan mengelakkan mendapan di dalam ginjal.
Tapi tahukah anda Vitamin D bukan hanya berperanan untuk memaksimumkan penyerapan tapi ia juga menghasilkan tulang bayi cukup mineral dan tumbuh dengan sihat, Di bulan-bulan yang dingin meningkatkan risiko ibu hamil mengalami kekurangan vitamin D dan pengambilan Vitamin D tambahan amatlah diperlukan.




Lin mencadangkan setiap ibu hamil mengambil Kalsium dan Vitamin D tambahan sepanjang kehamilan. Antara vitamin yang lengkap dengan kalsium dan Vitamin D adalah Ostematrik. Ostematrik Shaklee boleh mengurangkan kekejangan otot, melancarkan pembuangan, menstabilkan tekanan darah dan mengelakan penyakit osteoporosis.

Shaklee menyediakan Set Kehamilan lengkap yang boleh dan selamat diambil sehingga selepas kelahiran. Set lengkap kehamilan bukan hanya memberi kesihatan kepada ibu tetapi juga memberi kesan yang baik untuk perkembangan otak, saraf, tulang dan sistem  dalam badan bayi.
Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Set kehamilan ini,  anda boleh menghubungi Lin di talian 0132183181




Azalin 
Pengedar Shaklee Skudai
Id :915516
Whatsapp : 0132183181
Email : ummiazalin@gamil.com

KEKURANGAN VITAMIN B PUNCA BAYI CACAT DARI DALAM KANDUNGAN


Siapa kata vitamin tidak penting ketika hamil. Tahukah anda kesan kekurangan vitamin boleh menjadi punca kecacatan kepada bayi. Setiap ibu hamil perlu mengambil vitamin yang bersesuaian  dan mengikut dos yang dibenarkan , ini kerana pengambilan beberapa jenis vitamin dengan dos yang tinggi juga boleh mendatangkan kesan negative kepada ibu dan bayi.

VITAMIN B COMPLEK DAN ASID FOLIC

B Complex dan asic folic adalah antara vitamin yang selamat diambil semasa hamil, sebelum hamil atau selepas kelahiran. Vitamin B adalah vitamin larut air yang mana badan hanya mengambil kuantiti yang diperlukan sahaja dan selebihnya akan keluar melalui cecair kita.

Untuk penyerapan yang berkesan semua vitamin B dan asid folic perlu diambil secara serentak. Vitamin B mengandung B1, B2,B3,B5,B6,B7,B9 dan B12. Vitamin B9 adalah asid folic yang sesuai diambil dari sebelum kehamilan. Setiap  B memainkan peranannya sendiri seperti B9 atau asic folic ia berperanan dalam pertumbuhan perkembangan bayi dalam kandungan. Kesan kekurangan Vitamin B9 atau asid folic boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. Antara risiko yang boleh terjadi adalah Neural Tube Defect (NTDS) atau Spina Bifida . 



Spina Bifida adalah sumbing tulang belakang yang mana terjadi dari kesan kekurangan asid folic ketika dalam kandungan ibu. Kekurangan  asid folic menyebabkan  tulang sumsum bayi tidak dapat terbentuk dengan sempurna dan kecacatan ini boleh kekal sehingga bayi dilahirkan.
Oleh sebab tu pengambilan vitamin B yang lengkap penting untuk menjamin kelahiran yang sempurna.



Vitamin B yang lengkap dengan asid folic boleh didapati dari keluaran produk Shaklee, Vitamin B Shaklee lengkap dengan asid folic dan ia tidak berbau. Vitamin b Complex Shaklee juga bagus untuk pertambahan sel darah merah, mengurangkan stress dan membentuk sistem saraf bayi .
Bagi anda yang berada dikawasan Skudai atau sekitarnya Lin boleh membuat penghantaran terus kepada anda kerana Lin adalah Pengedar Shaklee Skudai, Pulai dan UTM. Bagi anda yang berada di luar Skudai Lin pasti akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan akan membantu anda dalam cara pengambilan.

Untuk memudahkan urusan anda boleh menghubungi Lin di talian seperti dibawah

Azalin
Pengedar Shaklee Skudai
Id : 915516
Whatsapp : 0132183181
Email : ummiazalin@gmail.com
Fb : azalin adeq .

Tuesday 2 June 2015

LELAKI MANDUL KESAN DARI KECACATAN SPERMA

Keinginan memiliki cahayamata bukanlah tanda kegagahan atau kebanggaan. Tetapi memiliki cahayamata adalah satu nikmat dan anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa. Masalah ketidaksuburan bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja tetapi ia juga boleh terjadi kepada golongan lelaki.

Ada beberapa nutrisi yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Antara nutrisi yang perlu diambil atau baik untuk meningkatkan kesuburan adalah :- 



VITAMIN E

 Vitamin E penting dalam sistem produktif lelaki dan juga wanita. Manfaat dari vitamin E mampu meningkatkan produktif sel sperma dan mencegah kerosakan DNA sperma. Antara punca kepada kerosan DNA Sperma adalah serangan radikal bebas. Pengambilan 400UI setiap hari mampu meningkatkan kadar  antioksida dalam menghalang radikal bebas merosakan sperma. Selain itu Vitamin E dapat meningkatkan kiraan sperma serta menghasilkan sperma yang sihat dan kuat. 

VITAMIN B

Dalam meningkatkan kesuburan vitamin B penting untuk lelaki dan wanita. B6 penting untuk meningkatkan kesubran wanita manakala B12 penting dalam menambah kualiti sperma lelaki. Selain itu asid folic pula penting semasa proses penyantuman sperma dan ovum. 

VITAMIN C

Vitamin C juga sesuai untuk lelaki dan wanita dalam kesuburan. Vitamin C penting dalam kesuburan wanita adalah untuk memberikan keseimbangan hormon, memperkuatkan imunisasi dan meningkatkan kesuburan serta membantu penyerapan zat besi. Bagi golongan lelaki pula Vitamin C penting dalam mencegah pengumpulan sperma dan meningkatkan kiraan sperma. 

Zinc

Zinc begitu penting pengambilannya dalam diet harian lelaki kerana zinc membantu menjaga fungsi organ seksual lelaki . Kesan kekurangan zinc akan menurunkan hormon testosterone. 

Oleh itu pilihkan makanan yang sihat untuk jaminan kehidupan yang lebih baik.



Terima kasih kerana membaca dan berita gembira untuk mereka yang berada dalam kawasan skudai, Setiap pembelian Lin boleh buat penghantaran terus kepada anda kerana Lin Pengedar Sah Shaklee kwasan Skudai, Pulai dan UTM .

Bagi yang berada luar Skudai jangan bersedih kerana Lin sedia membantu dan memberi layanan yang sama cuma produk yang diberi akan dihantar mengunakan pos laju. 

Azalin 
id  915516
no. telefon : 0132183181
ummiazalin@gmail.com