Thursday 24 December 2015

ANAK MENJADI MANGSA EJEK SEBAB MEMILIKI GIGI YANG ROSAK


Eii awak rongak..

Eii gigi awak kotor hitam

Awak mulut awak busuk lah

Pernah tak anak-anak balik dari sekolah mengadu yang kawan-kawan ejek pasal gigi diaorang. Masalah kerosakan gigi diperingkat kanak-kanak boleh dikatakan ia adalah perkara biasa. Jom kita baca apa sebenarnya yang dikatakan kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak.

Kerosakan gigi kerap  berlaku pada usia kanak-kanak sebelum 6 tahun lagi. Ia dikenali sebagai keries awal atau gigi berlubang yang mungkin terjadi kepada 1 batang gigi atau lebih. Kerosakan ini merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi dengan kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.

Tapi Apa sebenarnya yang menjadi punca kepada kerosakan gigi. Ada beberapa sebab yang memungkin terjadinya kerosakan gigi.

1. Kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tinggi
2. Tidak / kurang berus gigi
3. Teknik pemberusan gigi dengan teknik yang salah
4. Menyusu botol yang mengandungi sukrosa
5. Trasmisi bakteris deri ibu kepada anak melalui air liur ( berkongsi sudu atau pemberian makanan dari mulut si ibu)
6. Sosia-ekonomi yang rendah
7. Pengambilan makanan yang tinggi gula

Ok itu antara punca kepada kerosakan gigi dan sekarang  apa perlu dilakukan untuk memelihara atau menjaga kebersihan gigi anak-anak.

1. Penggunakan uabt gigi berflorida ( kandungan fluoride yang lebih tinggi dari 1000ppm)
2. Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula yang tinggi
3. memberus gigi 2 kali sehari
4. Membersihkan gigi yang berada dibawah bibir bagi memastikan tiada plak tersembunyi di bahagian tersebut.
5. Keluarkan botol susu selepas habis proses menyusu.
6. Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan
7. Menggunakan ubat ‘bebas gula’  sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair
8. Minum air masak/berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula
9. Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
10. Memberi makanan tambahan bagi meningkatkan imunisasi badan menguatkan lagi gigi.


Terima kasih Cik google bagi pinjam gambar 


Oleh itu sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memeriksa tahap kesihatan anak-anak termasuklah kesihatan gigi. Pastikan mereka mkan makanan yang sihat dan membersihkan mulut selepas makan.


Anda masih mencari makanan tambahan untuk anak-anak?

Saya pengedar sah shaklee dan saya mempunyai beberapa jenis makanan tambahan khas untuk kanak-kanak yang terhasil dari bahan semulajadi, selamat dan berkesan.

Jangan lupa hubungi lin ya di 0132183181.

Wednesday 23 December 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Lama sungguh dah rasanya blog ni dibiarkan sepi tanpa cerita. Alhamdulillah sekarang lin dah melepasi tempoh "kemabukan". kesihatan badan pun dah kembali seperti biasa.Apa yang penting, Lin dah boleh menulis disini kembali.

Bila tengok tarikh terakhir lin update bulan September dulu, YA Allah lamanya lin mendiamkan diri. Rindu rasanya nak berkongsi cerita ngan semua. Maaf ya sebab kesihatan kurang mengizinkan.

 Sepanjang tempoh mabuk, banyak sebenarnya cerita-cerita penting yang perlu Lin kongsikan tetapi badan ni memang lemah betul. Bukan update blog je lin tinggalkan, aktiviti memasak pun terpaksa lin lupakan. Kepala ni terasa pening macam nak pitam bile dok kat dapur. Anak lelaki agaknya.

Kebetulan esok ( 24 Disember 2015) kita akan bercuti sempena Maulidur Rasul marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhamas SAW. Semoga peristiwa kelahiran dan perjuangan kekasih Allah mendekatkan lagi diri kita dengan yang Maha Esa.