Wednesday 21 January 2015

PENGAMBILAN VITAMIN MEMBANTU ELAK HIDUNG TERSUMBAT

Masalah hidung tersumbat ketika selsema boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa.  Masalah hidung tersumbat dikalangan bayi atau kanak-kanak lebih membimbangkan kerana mereka tidak tau cara untuk mengeluarkan cecair hingus dan boleh mendatangkan risiko dan jangkitan kepada saluran telinga.

Pernah tak ada terbaca atau dengar ibu bapa terpaksa menyedut hingus dari hidung anak-anak melalui mulut. Lin pernah menyedut sendiri  hingus anak-anak. Isu geli pada lin tiada sebab nyawa anak-anak  jauh lebih besar dari itu . Lin dah cuba pelbagai cara masa tu untuk keluarkan hingus dini, tapi gagal. dah tiada pilihan lain, lin tolak tepi isu geli.. slupprr.. lin sedut terus hingus tu, Alhamdullilah keluar. tapi jangan lah telan pula, buang cepat-cepat sebab dalam hingus tu ada kuman  tak pasal-pasal kita pula yang sakit nanti.

Masalah selsema yang berlarutan boleh mendatangkan kesan kepada rongga telinga. Ini kerana saluran telinga dan hidung saling berhubungan. Pernah anak lin yang sulung mengalami telinga bernanah. Mulanya lin tidak terfikir pun yang ia ada kaitan dengan masalah selsema. Bila si dini kerap menangis dan lin lihat ada cecair kuning mengalir dari telinga, kami suami isteri terus membawa Dini ke klinik dari situlah baru lin tau yang kesan dari demam berpanjangan, batuk berlarutan dan selsema boleh mendatangkan kesan kepada kestabilan cecair dalam telinga dan lebih berat lagi ia boleh menyebabkan telinga bernanah dan boleh mendatangkan risiko gegendang berlubang dan pekak. .

Bagi mengawal jangkitan selsema rawatan dan aspek kebersihan perlu diambil berat. selain itu pengambilan vitamin C penting untuk meningkatkan imunisasi dalam melawan penyakit. Terdapat pelbagai jenis vitamin C di dalam pasaran tetapi lin lebih suka Vitamin C Shaklee. Vitamin C shaklee ada 2 jenis, satu untuk orang dewasa dan satu untuk kanak-kanak.

Untuk orang dewasa Lin suggestkan ambil Vitamin C bersama-sama dengan  set kesihatan optimum. Ia mampu memberi kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh. Dalam Set Kesihatan Optimum terdapat 3 produk aitu B complex , Vitamin C dan Vitalea.

Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah baca di SET KESIHATAN OPTIMUM.



Bagi kanak-kanak pula lin cadangkan pengambilan Meal Shakes dan Vitamin C Chewable. Kedua-dua vitamin ini memang lin bagai secara berterusan kepada Dini dan Husna. Alhamdulillah sejak konsistan dengan 2 VITAMIN SI MANJA     anak-anak lin jarang-jarang selsema, batuk atau demam. 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui atau memiliki  vitamin untuk kita orang dewasa yang mengandungi B Complex, Vitamin C dan Vitalea atau Vitamin Khas untuk kanak-kanak yang mengandungi Meal Shakes dan Vitamin,  Anda boleh hubungi Lin di talian 0132183181.

Kalau nak jumpa pun boleh, tapi bagi mereka yang berada di kawasan Skudai, Tampoi dan Pulai Johor Bahru.

Ibu Sihat, Anak Sihat

Saturday 17 January 2015

MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI SECARA KONSISTEN DAN SELAMAT


Penyakit tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada sesiapa saya tidak kira sama ada ia masih muda atau telah berada di usia dewasa.


Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Bacaan biasa bagi  Systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu darah tinggi primer dan darah tinggi sekunder. Penyakit darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia.
Penyakit darah tinggi sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.

Punca-punca penyakit darah tinggi

Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi.

Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Selain pengambilan ubat-ubatan, pengawalan melalui  petua orang dulu-dulu, penjagaan pemakanan, pengambilan makanan tambahan juga mampu membantu anda dalam pengawalan tekanan darah tinggi. SET KAWALAN DARAH TINGGI  ini mengandungi beberapa  produk. Antara produknya adalah : -

Garlic - Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

 Omega Guard - minyak ikan yang mengandungi asid lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

 Alfalfa Complex - untuk membuang toksin dalam badan serta merendahkan tekanan darah

 Lecithin - membakar lemak dalam badan serta membakar lemak di sekeliling pembuluh darah agar darah beredar dengan lebih lancer.

Sekranya anda ingin memiliki Set Kawalan Darah Tinggi ini , anda boleh menghubungi Lin melalui SMS / Whatsapp di talian 018-7765447. Untuk menikmati harga yang lebih rendah anda boleh memilih menjadi Ahli sah Shaklee dengan harga RM 75.00.  Istimewa bagi mereka yang berada di sekitar Skudai, Pulai dan Tampoi lin boleh membuat penghantaran terus kepada anda selepas pembayaran. 


Friday 9 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat tahun baru.. Assalamualaikum.. Apa khabar pembaca " vitamin sana sini". Diam tak diam kita masuk tahun baru.. Maaf ya sebab ni dah seminggu berlalu baru lin wishkan selamat tahun baru. Mood nak menulis tak tau lah p kemana.



Apa Azam kawan-kawan..semoga Azam tahun lepas semua dapat dicapai dengan jayanya. Bercerita tentang Azam,

Lin suka pasang Azam pada 8 Januari  azam Jan ... kenapa 8 JAnuari ?? Sebab tarikh tu, ia terlalu istimewa..itu tarikh kelahiran Lin. Tapi untuk tahun ni Lin nak buat perubahan.. Azam dah dipasang pada malam tahun baru... Sebenarnya Azam tu tak semestinye kena pasang pada awal tahun pun.... Azam boleh dibuat pada bila-bila masa sebenarnya. DOA Lin untuk semua kawan-kawan semoga semua Azam Dan impian kita dapat dicapai dengan sebaiknya.. Selamat tahun baru Selamat Azam baru.

Azam lin tahun ni

Lin nak menutup aurat dan berpakaian yang sopan mengikut syariat islam.

Lin nak menurunkan berat badan dari 81 kg kepada 60  kg, target pada bulan Jun 2015 badan dah slim lah.

dan yang terakhir

Lin nak bersama-sama dengan ahli baru atau lama mencipta lebih kejayaan dalam perniagaan shaklee.

Lin sayang anda semua .


INI BETUL KE MIMPI

Macam tak percaya pun ada,
 terperanjat pun ada
Percaya tak percaya pun ada..

Hebat sungguh promosi bulan ni. Biasanya 2 promosi je , ni sampai 3 barang dan 2 jenis promosi biar betul..

tarik nafas.. lepas..
tarik lagi ..dan lepas..
memang rezeki untuk kita semua,
Promosi awal tahun untuk kesihatan berpanjangan.





VIVIX

BELI 6 PERCUMA 1


ALFALA (LARGA )

BELI 6 PERCUMA 1

ALFALFA ( SMALL)

BELI 6 PERCUMA 1

Pembelian VIVIX  6 percuma 1 anda layak menerima keahlian percuma .






VIVIX

BELI 2 dengan diskaun 5%


ALFALA (LARGA )

BELI 2 dengan diskaun 5%

ALFALFA ( SMALL)

BELI 2 dengan diskaun 5%

Pembelian VIVIX 2 anda layak menerima keahlian percuma .

ATAU
BELI 2 DENGAN DISKAUN 5%



Bukan itu sahaja, Shaklee juga telah memperkenalkan produk yang telah lama tiada dipasaran atas sebab penambahbaikan produk . dan kini produk tersebut telah kembali.





VITALEA CHEWABLE
BELI 3 PERCUMA 1




#Setiap pembelian dengan kak lin anda layak menerima tunjuk ajar dan aturan pemakanan , selain itu setiap persoalan dan pertanyaan akan di layan dalam kadar segara. 

#bagi yang berada di sekitar Skudai, Johor, kak lin boleh membuat penghantaran terus kepada anda .

Azalin
Pengedar shaklee Skudai
0132183181

Wednesday 7 January 2015

LIPAS PUNYA PASAL

 Lin memang tak suka kalau buka je almari pinggan mangkuk dan terbau lipas.. Tolonglah baunya, tak sanggup rasanya nak dihidu.
 
Semalam keluarkan semua pinggan mangkuk, cuci dan lap semula almari tu. dan semalam dah buat keputusa, semua pinggan mangkuk tu akan di pindahkan ke rak pinggan lain. 
 
Almari yang dibersihkan semalam akan jadi tempat simpan bekas-bekas plastik. Bekas-bekas plastik ni bertutup, dan ia jarang-jarang digunakan.
 
Nak tau tak kenapa lin memang tak suka dengan lipas ni, Meh baca cerita kat bawah ni.


 
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.
 
Cuba anda bayangkan kalau cacing ni beranak penak dalam perut anak-anak anda.. geli tau.. Kalu anda rasa rumah anda ada banyak lipas, boleh cuba beberapa petua ni, dalam masa yang sama kebersihan perlu dijaga. 
 
  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Kebersihan dan kesihatan keluarga dan diri adalah tanggungjawab kita bersama.