Monday 28 November 2016

MASA LAPANG SEPANJANG CUTI SEKOLAH LEBIH BERMANFAAT DENGAN SMART IQRA

Assalamualaikum sayang amacam kelas, ok.

tak ok, akak nangis tadi.

punya lah excited ummi tanya ingatkan jawapannya mengembirakan, rupanya " tak ok".

selidik punya selidik rupanya tadi masa kat kelas akak p toilet pastu ada orang tutup lampu toilet.

akak.. akak...

memandangkan Dini sekarang dah hujung2 umur 6 tahun dan tahap bacaan ngajinya masih rendah, dan kebetulan pulak masjid UTM Skudai ada buat " smart iqra" selamat 2 minggu dengan bayaran RM 180 terus daftarkan Dini.

Husna?..

husna lain kalilah, ni lepaskan dini dulu. Lagi pun husna lin ada hantar ngaji kat rumah jiran. bulan 10 ngan 11 dah cuti panjang, ni bulan 12 kene start ngaji balik. Masalah Si husna ni penakut tak bertempat. Cikgu ngajinya punya lah lembut, tapi dia boleh takut2 nak ngaji pulak.

Berbalik pada kelas Dini, Kelas " Smart Iqra" ni bukan takat ajar ngaji je tapi dia ajar juga budak-budak solat Dhuha. Satu pendedahan yang baik untuk anak-anak kita.

Harapnya lepas kelas "Smart Iqra" ni tahap bacaan dini meningkat dan dini boleh membaca dengan lebih baik.  Dini boleh menunaikan solat Dhuha dan berlatih untuk solat fardu. 

Oleh sebab Dini tahun depan darjah 1, jadi lin  kena pastikan dia boleh membaca, menulis dan mengira dengan lebih baik. Sekarang budak-budak darjah 1 dah kena pandai membaca tak macam zaman kits, darjah 1 baru  nak kenal huruf.

Mungkin orang lain bawa anak-anak pergi holiday atau jalan-jalan. Kami tak boleh jalan-jalan atau keluar kemana-mana sebab anak lin yang paling kecil baru keluar wad dan pihak hospital tidak galak kami membawanya keluar ke mana-mana.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms30
#pengedarshakleeskudai

Sunday 27 November 2016

NAJIS YANG TERKUMPUL DI USUS PUNCA KEPADA PELBAGAI PENYAKIT

Benda yang tak nampak kekadang kita memang tak percaya kecuali jika ada kajian yang mengesahkannya.

Disebabkan terlalu banyak bakteria.. toksik sebab tu lah apa yang kita makan walaupun bagus, kita tak nampak kesannya.

ini fakta yang menyeramkan dan kita semua perlu ambil peduli.

FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN
** 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]

** 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]

** 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain

** Menurut pakar perubatan di Amerika Syarikat, antara 22 000 pesakit yang telah dibedah siasat didapati tiada seorang pun yang mempunyai usus yang sihat!

** Kajian mendapati toksin daripada najis yang melebihi 3 hari disuntik ke dalam tubuh tikus, tikus tersebut akan mati serta merta!!!!

Lebih bahaya, najis yang terlonggok tersebut akan menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria berbahaya yang dapat menyebabkan kanser!!

* Selalunya kita dapat lihat secara fizikal, najis terlonggok akan banyak pada orang yang berperut buncit

Jadi bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini selain dari menjaga pola pemakanan?. YA!! anda perlukan suplemen untuk membersih usus kita, dengan cara ini, kita boleh mengelak dari terkena penyakit kolon atau kanser usus.

APA YANG HERBLAX BOLEH BUAT?
<3 Bersihkan Najis yang tersekat / bersih kan usus
<3 Meransang pengecutan otot usus
<3 Mengempiskan perut
<3 Meningkatkan pengaliran darah
<3 Mengurangkan bau badan/jerawat
<3 Memberi kepejalan pada perut

HARGA HANYA RM52.50 (STOK SELAMA 3-4 BULAN)

Azalin
Pengedar Shaklee Skudai
0132183181

Friday 25 November 2016

LINDUNGI DIRI DARI SERANGAN BAKTERIA DENGAN NUTRIFERON

Sejak masuk wad sampai sekarang.. supplement yang lin makan hari-hari adalah Nutriferon ngan vitamin C. Kiranya sekarang nutriferon ngan vitamin C  dikirakan supplement wajib lin. Ialah dok kat hospital kan ada macam -macam bakteria ngan virus, lin sebagai penjaga anak pun kena cari pelindung dari dijangkiti. Alhamdulillah sepanjang kat sana lin sihat dan tak dijangkiti apa-apa.

ni lin antara Kebaikan Nutriferon yang semua orang perlu tau.

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
2. Melawan  kanser & tumor
3. Melindungi dari influenza
4. Meringankan stress & kelesuan
5. Melambatkan Penuaan
6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
7. Mempertingkatkan Menopaus
8. Mempertingkatkan PMS

tinggal beberapa hari promosi nutriferon ni nak berakhir.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms26
#pengedarshakleeskudai

Saturday 19 November 2016

MIGRAIN ADALAH SALAH SATU TANDA BADAN BANYAK TOKSIN

Dah beberapa hari kami check in wad Sri Kencana Hospital Temenggong Sri Maharaja.

Boyfriend kecik masuk wad. Kalau masuk wad ni Husben mesti belikan bahan bacaan, sekurang-kurangnya boleh lah buat hilang boring.

Kali ni husben belikan majalah 'iSIHAT'.  husbennya tahu yang wifenye kan jual makanan kesihatan, jadi majalah kesihatan juga yang dibelinya. Majalan iSIHAT keluaran November ni banyak info yang berguna. Sapa yang belum beli p Beli, sure tak menyesal.

Dalam banyak-banyak isu, lin suka dengan Tajuk " 3 TAHAP pengumpulan toksin dalam badan"

Tahap 1:  kita mula merasai simptom-simptom mudah penat Dan letih

Tahap 2 : Badan mula berbau, sembelit, demam, tapak tangan berpeluh Dan kerap buang

Tahap 3 : mula datangnya penyakit migrain, kanser, diabetes dan beberapa penyakit lain.

Ada 2 proses Detoksifikasi 1 luaran dan 1 lagi dalam.

untuk luaran, pi cari rumput dan jalan diatas rumput tanpa memakai apa-apa alas kaki. Maksudnya berjalab tanpa memakai selipar. Proses ini dinamakab 'earthing'. Proses INI membantu tubuh mengurangkan kesab pengumpulan statik elektrik kesan dari pengunaan HP dan computer.

Proses dalaman adalah berpuasa. Dengan berpuasa sebenarnya kita dapat mendetok toksin yang terkumpul dalam badan tapi malangnya ketika berpuasa badan mendetok toksin tetapi corak pemakanan ketika berbuka merosakan segala detok disiang hari.

selamat mendetok. Nak detok dengan shak..Lee pun boleh.

**doakan putera lin " Abdul Jabbar " kembali sihat seperti sedia kala.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms9
#0132183181

SETIAP DUGAAN ALLAH ADA HIKMAH NYA

Tahun 2016 adalah tahun yang banyak kemanisan. Banyak memori2 indah dan banyak pengalaman baru.

ni kalau nak dicerita keseluruhan maunya 7 hari 7 malam tak habis. hehehehe.

ni antara memori manis sepanjang tahun ni.

Mei..
bulan 5 setiap tahun akan jadi bulan penting bagi keluarga Zadil hayat & azalin. bulan 5 adalah bulan kelahiran putera kami Abdul Jabbar. Lin tak sangka yang Allah memberi lin pengalaman baru dalam proses kelahiran. 2 anak terdahulu lin bersalin normal tapi yang ni lin bersalin operate walaupun air ketuban dah keluar dan jalan dah buka. Demi menyelamatkan nyawa si kecil yang semakin lemah jantungnya, maka lin perlu dibedah. Masa permulaan lin sukar gak nak terima kenyataan yang perut ni ade kesan belahan yang besar tapi bila dipikir balik pasti ade hikmah nya kan. kot-kot doktor terbuangkan sekali lemak2 yang dah bertingkat2 tu. ( ni namanya ayat memujuk diri)

julai
masa ni dalam pantang lagi, wah desas desus macam naik gred jawatan. masa ni lin mulalah sibuk whatsapp member2, betul ke.. betul ke. Diploma yang lin ada layak ke naik ni. Alhamdulillah layak. walaupun ade pihak unhappy dengan kenaikan gred kami, kami peduli apa janji kami yang naik ni happy je. Betul tak kawan-kawan. Dia jeles kan kite naik gred tak perlu interview. hahaha...

Ogos..
bulan kemerdekaan..apa yang syoknye bulan merdeka ni. bulan ogos adalah dimana bulan yang tak kan lin lupakan. Bulan ogos 2016 lin naik rank Dari SID kepada supervisor. Alhamdulillah merasa bonus 4 angka. Allah Maha kaya dan Dia juga Maha Penyayang. Terima kasih ummi @maisarah md saupi , terima kasih @nurul atikah mohd khalid dan terima kasih semua. Kalian semua begitu berharga buat lin. Luv u so much. Muuaahh muuahh.

dan yang terakhir..

November..
bulan yang penuh dugaan, bulan dimana putera yang lin lahirkan Mei lalu, sekarang berada dihospital. Apa pulak moment bestnya anak masuk wad. Sebenarnya melihat sikecil dicucuk jarum sana sini, masuk air, masuk darah,oksigen 24 jam bukanlah 1 memori indah tapi yang indahnya bila Allah ajar lin agar melihat disudut Lain. sekarang Allah sedang mendidik lin untuk bersyukur, untuk sentiasa sabar, untuk terus berdoa, untuk terus positif. Dalam kepahitan melihat insan kecil yang kita lahirkan sakit, Allah berikan kita kemanisannya. Sepanjang di hospital hari2 lin mengaji. Mengaji tak semestinya di sejadah. lin mengaji ketika menyusukan anak, lin bacakan ayat2 suci Al Quran ditelinga anak ketika tidur. Dan masa Doktor kata keadaan Jabbar semakin teruk ketika di hospital Kulai, masa tu dunia terasa gelap, sesak nafas, air mata berjujuran.. ketika tu lin terfikir Ya Allah aku terima ujianmu dan berikan aku kekuatan dalam melaluinya. Lin istifar.. istifar.. dan terus istifar. Alhamdulillah hati semakin tenang... Dan hari ini adalah hari ke 14 Abdul Jabbar di wad, dia dah tak perlu masuk air, tak perlukan bantuan oksigen, tak perlu tambah darah, tak demam, nadi dah normal cume sekarang dia masih perlukan nebulizer setiap 4 jam dan antibiotic setiap 6 jam. Sekarang selera makan dia pun semakin terbuka, sehari 4 kali makan. Insya Allah 2 @ 3 hari lagi kami akan pulang ke rumah.

terima kasih abang, terima kasih mak, terima kasih anak-anak, terima kasih adik2 beradik Ku, terima kasih kawan2, jiran2, saudara mara Dan terima kasih semua atas DOA dan sokongan.

2016 adalah tahun yang lin takkan lupakan sampai bila-bila. tahun yang menyimpan 1001 memori pahit dan manis.

ok dah abis.. eleh kata tadi 7 hari 7 malam tak habis, ni tak sampai 5 minit dah abis ceritanya.

** gambar ketika Abdul Jabbar masuk darah**

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms21
#pengedarshakleeskudai
#0132183181

Wednesday 16 November 2016

CARA MUDAH DAN CEPAT HILANGKAN MASALAH SEMEBLIT ATAU SUSAH BERAK

Yang.. abang berak keluar darah lah..

arr.. tu mesti kurang minum air kan. Buasir abang keluar balik ke. Abang kalau buat kerja suka mencangkung, macam mana tak kena buasir.

pot pet pot pet bininya membebel.

Ni abang makan tak ostematrik.

Abang bukan tak nak makan, tapi kalau abang makan taik abang bau busuk.

la.. bagus lah tu maknanya najis yang dah tersimpan lama pun keluar juga. Abang.. abang.

tu kes husben lin, dia suka kalau buat kerja mencangkung, makan pedas lepas tu malas nak makan vitamin. Sentiasa kena ingatkan.

Kalau semua nak tahu sepanjang lin dalam pantang anak no 3, sekali pun lin tak kena sembelit  sebab lin makan ostematrix hari-hari.

memang berbeza rasa masa pantang anak sulung ngan kedua. sakit sembelit sampai berpeluh-peluh dalam toilet. Memang mengerikan kalau diingatkan balik.

kawan-kawan kat luar sana kalau senang kena sembelit atau jenis susah berak lin suggest amalkan ostematrix sebelum tidur. nanti esok bila sedar tetiba je perut rasa sakit dan rasa nak membuang tu pun datang. Ostematrix ni tak membuatkan kita cirit birit sebab dia berfungsi sebagai pelembut najis. Jadi bila sampai masa nak membuang barulah rasa sakit perut tu datang.

Macam mana nak dapatkan ostematrik ni, senang je. Whatsapp no. lin dan kita deal urusan jual beli. Nanti lin ajarkan juga cara pemakanan.

azalin
pengedar shaklee skudai
0132183181

LIN PENGEDAR SHAKLEE SKUDAI YANG DIPERCAYAI

Rezeki kita ni milik Allah. Bila sampai masa Allah nak bagi, Dia bagi je.

Last week masa kat wad, tengok-tengok whatsapp ada orang tanya twin pack vivix + set bersalin. Ya Allah macam tak percaya.

Nebes rasa sebab tak pernah Customer tanya set besar macam tu. Masa tu dengan keadaan Abdul yang betul-betul kurang sihat, rasa macam nak tolak je tapi bila pikir balik eh kenapa nak tolak rezeki Dari Allah.

Alhamdulillah customer Kali ni very good. Orangnya sangat-sangat memahami keadaan lin yang kat wad. Deal punya deal dia confirm nak vivix 2 botol dengan set berpantang.

Masa ni dalam kepala pikir " nampak gayanya cik abang lah kena p beli ni. Abang pun kata dia boleh p branch untuk daftarkan ahli dengan belikan barang. bukan tu je abang pun rela hantarkan barang terus ke customer.

Masa hantar barang, husben kenal dengan husben customer. Alahai keciknya dunia. pusing2 last kita kenal rupanya.

Tahniah ye " Puan Pidah" selamat berpantang dan kembali aktif seperti biasa.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms17
#0132183181

Monday 14 November 2016

TERUS MENCARI ILMU MENJADIKAN LIN PENGEDAR SHAKLEE SKUDAI YANG BOLEH DIPERCAYAI

Menuntutlah ilmu hingga ke negeri China.

macam tu lah hidup kita. Ilmu bukan setakat belajar di sekolah, belajar di universiti. Di mana-mana pun belajar.

Macam kami pengedar shaklee, kami sentiasa belajar dan tak pernah berhenti belajar.

mula-mula join 1 benda pun kami tak tahu, tapi bila kami sedia diajar, upline kami sedia mengajar.

Macam lin adalah wanita yang bekerja dan mempunyai rumahtangga. Nak selalu keluar rumah  ke kelas kekadang ada beberapa rintangan.
( Alasan je tu, orang lain boleh je bawak anak2.. hehehe).   Upline2 kami nak tengok kami berjaya, jadi mereka buatkan group whatsapp, group fb agar kami boleh menerima ilmu sepanjang masa.

Tapi kita tak boleh lah hidup selesa disuap. Kita perlu juga berusaha mencari ilmu. Sekarang maklumat dihujung jari tapi kena pastikan kesahihnya dulu lah ye. Selain tu jangan lokek membeli buku.

ini salah satu buku yang lin beli, banyak info berguna dalam ni. kekadang lin beli gak majalah-majalah yang berfaedah. dengan membaca kan boleh menambah ilmu.

Matlamat lin, lin bukan just nak naik rank je tapi nak menjadi insan yang berilmu.

#pengedarshakleeskudai
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms16
#0132183181

Saturday 12 November 2016

DIKAU PENGUAT SEMANGAT LIN

Assalamualikum..
Alhamdulillah nurse check suhu Abdul Jabbar pagi ni 37 je. Senang hati mak Nak.

Walaupun Lin kat hospital jaga anak sakit, bisnes tetap berjalan.

Alhamdulillah lin mendapat sokongan penuh dari keluarga.

mak selalu cakap " buat bisnes jangan sampai lupa Allah, sembahyang.. sembahyang. Allah yang bagi kita rezeki, tak kira sikit ke banyak.

Kalau lin down atau dapat bonus sikit, husben selalu cakap. Bersyukur, moga yang sikit tu berkat. Kita kena yakpin dengan apa yang kita buat. Bukan tu je, nak buat target pun biasenye lin dok bincang dengan husben.

Macam sekarang anak lin kurang sihat, Abdul Jabbar disahkan ada anemia yang mana dia mudah dijangkiti penyakit. Lin planning nak ambil cuti separuh gaji bagi membolehkan lin jaga Abdul Jabbar sepenuhnya. Bayangkan macam mana keadaan ekonomi  lin sekiranya lin sentiasa down. lin perlu kuat semangat Dan terus berusaha demi keperluan kami sekeluarga.

Terima kasih mak, terima kasi abang, terima kasih keluarga Ku sebab sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk lin terus  maju ke hadapan.

**shaklee tetap dihati**

#pengedarshakleeskudai
#pengedarshakleeutm
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms13

Thursday 10 November 2016

TIPS MUDAH HILANGKAN BAYI KEMBUNG PERUT

mak2 kalau anak kembung biasenya buat macam mana.

sebenarnya banyak cara kita boleh buat untuk kurangkan atau elak anak dari kembung perut. Kembung-kembung perut ni biase baby mudah kena.

ni beberapa cara yang kita boleh buat kalau anak kembung.

1. urut betis anak ( arah urutan untuk kaki kanan dan kaki kiri berlainan)
- contoh kaki kanan ke at as, kaki kiri ke bawah

2. urutan mendayung di perut baby.

3. menjunjung.
- sapukan perut anak dengan minyak, letakkan perut atas anak di ubun-ubun kita dan lurutkan ke bawah. buatkan beberapa Kali.

4. mak2 kenalah Jaga makan, jangan bedal semua benda

5. mak2  makan apa2 supplement yang boleh mengeluarkan angin, pastu silalah susukan anak anda.

antara supplement yang bersesuaian
- alfalfa
- garlic
- peppermint

ini apa yang lin buat, kalau kawan-kawan ade tips lain share lah, mana tau tips kawan-kawan boleh membantu kawan yang Lain

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms12
#0132183181

Sunday 6 November 2016

MEMASAK HOBI TERBARU KAMI

Dah berapa kali Husna request suruh buat kuih lukis-lukis.

"adik nak lukis bunga"

Nak tau tak kuih lukis-lukis tu apa?

cheese tart.

lin ni orangnya pemalas tapi sejak ade budak-budak ni lin usahakan untuk rajin-rajinkan diri. Kirenya mcm tanahkan hobi baru.

Biasanya lin masak apa yang budak-budak suke je, sebab bila kita masak budak-budak makan. Perasaan "best" tu luar biasa. Lagi2 budak berdua ni pandai memuji.

lin biasanya kalau buat donut atau cheese tart memang ajak sekali dini husna buat. Kalau buat dengan mereka berdua umah memang berselerak, tapi takpelah janji budak berdua tu happy. mana tau dah beso nanti leh jadi chef.

Bila kita ni ibu, buat sesuatu kalau boleh ajar anak-anak buat sama. bila buat sama-sama kita akan belajar bersabar, buat ngan anak-anak faham je lah kan. kekadang macam nak roboh umah.

perkara yang lebih berharga, kita rasa sangat bahagia bila dapat buat insan yang kita sayang gembira. Walaupun buat kerja ngan anak-anak ni penat tapi penyudahnya sangat manis.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms8
#pengedarshakleeskudai

Saturday 5 November 2016

SABUN TERBAIK MEMBERIKAN KITA KEPUASAN YANG TAK BERBELAH BAGI



Belajar dari pengalaman lalu..
dulu tak kuasa nak pikir tapi sekarang memang rajin memikir dan memilih. Kalau boleh semua nak yang terbaik.
dulu tak kisah nak pakai apa janji nampak bersih tapi pengalaman dini semput.. ekzema.. gatal-gatal buat lin pikir lebih serius bab anak-anak nie.
lagi buat lin makin suke tahap super duper bila apa yang lin guna memudahkan kerja, jimat, bersih lagi selamat.
Lin sekarang memang jatuh cinta dengan fresh laundry. Pakai sabun tu je kesan minyak hilang, tak perlu nak rendam seharian ke, nak pakai peluntur ke. letak Sabun sikit pastu gonyoh lembut2..
taraa.. tiada lagi kesan minyak.
Azalin
#makanak3
#pengedarshakleeskudai
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#0132183181
#oms5