Pengalaman anak sembelit 7 tahun lalu buat lin faham perasaan mak-mak yang anak ada masalah sembelit. Semasa lin bawa anak yang ketiga appointment doktor, sempat gak berborak ngam mak-mak kat situ. Adalah beberapa ibu yang datang sebab anak ada masalah sembelit.
APA PUNCA ANAK SEMBELIT?
1. PERUBAHAN SISTEM TUBUH BADAN
Perubahan tubuh dari bayi ke kanak-kanak juga mengubah sistem tubuh badan . Perubahan corak aktiviti juga merubah proses sistem pembuangan kanak-kanak. Perubahan ini mendorong kepada risiko sembelit, cirit birit.
Peralihan tubuh badan daripada bayi kepada kanak-kanak menyebabkan mereka mudah. mengalami penyakit seperti sembelit, cirit-birit, demam dan pelbagai lagi penyakit lain. Semuanya bergantung pada tahap ketahanan masing-masing.
2. ‘TOILET TRAINING’
Ada mak-mak yang terlalu awal mengajar anak membuang di tandas. Ketidaksediaan anak-anak akan membuatkan mereka menahan diri dari ke tandas. Ini akan menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan.
Mak-mak kena pastikan proses "toilet tranning" dilakukan dalam keadaan yang menyeronokan bukan satu paksaan.
3. KURANG MAKAN MAKANAN BERSERAT
Makanan yang kurang serat, manis , makanan proses lambat dihadam oleh sistem penghadaman kita.
Kenalkan kepada anak-anak kita buah-buahan dan sayuran dalam setiap menu harian mereka.
4. KURANG MINUM AIR
Kurang minum air kosong, air kosong penting untuk membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan. Cipta suasana menyeronokan anak-anak dengan beri mereka cawan yang cantik dan yang mereka sukai. Galakan mereka minum lebih kerap walaupun sedikit -sedikit.
5. LEKA BERMAIN
Leka bermain juga membuatkan anak-anak menangguh untuk ke tandas. Ingatkan anak-anak untuk ke atas. Terangkan kesan jika mereka menahan dari dari ke tandas.
6. PERTUKARAN RUTIN
Pertama kali ke sekolah atau ke pusat jagaan akan merubah rutin pembuangan anak-anak. Perasaan takut dan malu buatkan mereka sanggup menahan diri dari ke tandas. Terangkan kepada anak-anak yang mereka perlu maklumkan jika ingin ke tandas dan cikgu akan menjadi penganti sepanjang disekolah atau pusat jagaan.
7. BANYAK DUDUK DAN TIDAK BERSENAM
Bersenam atau kerapkan bergerak juga membantu proses pergerakan usus. Pastikan anak-anak anda banyak bergerak dan bermain. Sentuhan ditapak kaki akan merangsang sistem pembuangan kita.
Bagi bayi dan anak kecil, boleh gerakkan kaki dan beri urutan supaya mereka dapat membuang najis dengan selesa. Rajinkan diri bawa anak bermain di luar. Elakkan daripada memberi menonton televisyen terlalu lama atau bermain dengan gajet sehingga kurang aktif secara fizikalnya.
8. PENGGUNAAN UBAT-UBATAN
Periksa senarai kandungan ubat anak-anak. Ubat yang mengandungi zat besi memungkinkan najis menjadi lebih keras . Maklumkan kepada doktor sekiranya anak-anak anda mengambil apa-apa ubat.
9. SAKIT
Kanak-kanak yang berada dalam keadaan kurang sihat, demam pasti kurang makan dan minum air. Perubahan ini akan membuatkan mereka sembelit. Usaha untuk mereka makan dan minum secukupnya walaupun sedikit-sedikit.
Hari ini mungkin mereka hanya sembelit tetapi bila berlarutan ia mungkin membuka ruang kepada masalah buasir.
Ini testimoni kanak-kanak yang dahulunya sembeli hilang selepas diberi mealshakes secara konsisten.
Testimoni 1
Testimoni 2
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi lin ye.
Azalin
018-7765447
No comments:
Post a Comment