Showing posts with label Set Darah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Set Darah Tinggi. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

UBAT STROK YANG MERUBAH KEHIDUPAN DARI TERLANTAR KEPADA KEMBALI BERJALAN

Risiko masalah strok boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis, masalah tekanan darah tinggi, sakit jantung dan mereka yang mempunyai masalah tinggi kolestrol.

Pengidap penyakit-penyakit ini cenderung untuk menghadapi masalah strok. dan kebanyakan yang menghadapi masalah strok adalah mereka yang berada diusia lanjut.

Terdapat 2 jenis utama strok

1. Stroke iskemik

Stroke iskemik terjadi bila pembuluh darah yang menghantar darah ke otak tersumbat. Jenis stroke ini yang paling umum (hampir 90% stroke adalah iskemik).


2. Stroke hemoragik.

Stroke hemoragik disebabkan oleh pembuluh darah yang bocor atau pecah di dalam atau di sekitar otak sehingga menghentikan pengaliran darah ke jaringan otak yang dituju. Selain itu, darah mengalir keluar dan memampatkan jaringan otak sekitarnya sehingga mengganggu atau mematikan fungsinya.


Bagi membantu pesakit strok menghadapi masalah ini, pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital perlu diambil secara konsistan dan mengikut dos yang disaran. Selain itu, pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu pesakit strok untuk lebih sihat, lebih kuat dan menangani masalah tersebut.

Vivix adalah diantara salah satu minuman tambahan yang sesuai di ambil oleh mereka yang menghadapi masalah strok. Vivix  berperanan dalam memelihara, membaikpulih sel-sel dalam badan untuk kembali aktif, sihat dan berhubung antara satu sama lain.

Dari pengalaman penguna Vivix shaklee yang mengahdapi masalah strok sehingga tidak boleh berjalan dan bercakap, beliau telah kembali boleh berjalan walaupun bertongkat selepas lebih kurang 1 minggu pegambilan vivix.



Berita baik kepada anda . yang ingin memiliki Vivix Shaklee ini anda sangat-sangat bertuah kerana sepanjang Mei 2015 pihak shaklee anda menganjurkan promosi BELI 2 VIVIX  dengan DISKAUN 5%, Percuma keahlian dan layak menerima 1 botol multivitamin bernilai RM  88.75 .


Untuk memudahkan semua bakal pelanggan yang berada di sekitar Skudai, Pulai, UTM anda boleh membuat temujanji dengan Lin kerana Lin adalah Pengedar Shaklee Skudai, Pulai dan UTM .

Yang berada luar  dari sekitar skudai, anda masih boleh memiliki produk ini dengan menghubungi lin seperti talian di bawah.

Email : ummiazalin@gmail.com
whatsapp : 0132183181 
fb : Azalin adeq 


Saturday, 17 January 2015

MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI SECARA KONSISTEN DAN SELAMAT


Penyakit tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada sesiapa saya tidak kira sama ada ia masih muda atau telah berada di usia dewasa.


Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Bacaan biasa bagi  Systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu darah tinggi primer dan darah tinggi sekunder. Penyakit darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia.
Penyakit darah tinggi sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.

Punca-punca penyakit darah tinggi

Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi.

Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Selain pengambilan ubat-ubatan, pengawalan melalui  petua orang dulu-dulu, penjagaan pemakanan, pengambilan makanan tambahan juga mampu membantu anda dalam pengawalan tekanan darah tinggi. SET KAWALAN DARAH TINGGI  ini mengandungi beberapa  produk. Antara produknya adalah : -

Garlic - Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

 Omega Guard - minyak ikan yang mengandungi asid lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

 Alfalfa Complex - untuk membuang toksin dalam badan serta merendahkan tekanan darah

 Lecithin - membakar lemak dalam badan serta membakar lemak di sekeliling pembuluh darah agar darah beredar dengan lebih lancer.

Sekranya anda ingin memiliki Set Kawalan Darah Tinggi ini , anda boleh menghubungi Lin melalui SMS / Whatsapp di talian 018-7765447. Untuk menikmati harga yang lebih rendah anda boleh memilih menjadi Ahli sah Shaklee dengan harga RM 75.00.  Istimewa bagi mereka yang berada di sekitar Skudai, Pulai dan Tampoi lin boleh membuat penghantaran terus kepada anda selepas pembayaran. 


Thursday, 26 December 2013

Enaknya fastfood





Corak kehidupan dan kewujudan restoran makanan segera yang tumbuh bak cendawan lepas hujan mengundang risiko kepada pertumbuhan dan kesihatan. Iklan, susunan kedai dan corak atau rupa makanan yang dihidangkan menarik kemahuan untuk kita menikmati keenakan makanan yang disajikan.

Kekerapan mengambil makanan segera mngundang pelbagai penyakit yang membahayakan mendatangkan risiko akan datang.

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

OBESITI

 Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

KETAHANAN BADAN MENJADI LEMAH

Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia. Dalam makanan segera akan ditambah bahan pengawet bagi melambatkan proses kerosakan makanan.

PENINGKATAN KOLESTROL & KALORI

Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan.Pengunaan minyak untuk mengoreng berkali-kali dan cara pemprosesan makanan yang tidak teliti mengundang pertambahan kolestrol dalam badan . Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.

DIABETES

 Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

KANSER

Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.