Melalui pengalaman lin sendiri, Lin pernah mengalami masalah semut-semut atau kebas-kebas jari pada usia pertengahan 20-an. Tetapi dia hilang tanpa apa-apa rawatan sehinggalah lin melahirkan anda ke 2. Selepas melahirkan anak ke 2 masalah kebas-kebas jari menjadi terlalu teruk sehingga lin tidak boleh menulis dengan lancar, tersedar di tengah malam dan sukar untuk melakukan urusan rumahtangga dengan sempurna.
Bayangkan dengan anak 2 orang yang masih kecil, Lin tidak mampu untuk memegang sudu untuk menyuap mereka makan. Boleh dikatakan setiap malam Lin pasti akan tersedar sebab seluruh tangan kanan lin ngilu dan sakit yang teramat sangat. Untuk permulaan lin pergi mengurut, buat rawatan ais sehinggalah lin nekad ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Di Hospital Kuala Lumpur lin telah dirujuk ke Pakar Ortopedik kerana lin sudah tidak boleh mengenggam tangan, tidak boleh memegang barang, kesakitan sehingga tidak boleh tidur malam. Pihak hospital telah membuat pemeriksaan melalui ujian darah dan x-ray. Melalui ujian tersebut Lin disahkan bebas dari masalah ARTRITIS DAN RHEUMATOID ARTHRITIS .
Alhamdulillah, tetapi lin perlu jalani rawatan secara fisioterapi secaa berkala. Lin jalanan Fisioterapi selama hampir 1 tahun setengah. Pihak hospital ada membekalkan ubat panadol sebagai ubat tahan sakit dan ubat saraf ( nama ubatnya lin dah lupa). Ubat saraf tersebut perlu di makan setiap hari.
Pada peringkat awal lin hanya makan ubat hospital sehingga tiba-tiba lin mulai risau kesihatan diri jika makan ubat dalam jangka masa panjang. Kebetulan ada kawan mencadangkan kalsium dan b complex shaklee. Selepas diterangkan satu persatu, lin gantikan ubat hospital dengan vitamin dari shaklee.
Alhamdulillah berkat konsistan hadiri fisioterapi dan pengambilan vitamin setiap hari, kebas-kebas jari atau semut-semut semakin berkurangan dari hari ke hari. Dan hari ini lin mampu untuk menjahit, menulis dan menguruskan rumahtangga tanpa halangan.
Pengambilan B Complex bagus untuk mengurangkan ketegangan urat atau saraf, mengurangkan stress, membantu membina sel darah merah, mencantikan kulit dan banyak lagi. Kalsium yang lin makan adalah Ostematrik yang mengandungi bukan hanya kalsium tetapi juga vitamin D dan magnesium yang membantu meningkatkan penyerapan dan menghalang mendapan di ginjal.
Seandaikan anda mengalami masalah seperti yang lin alami, Lin nasihatkan anda bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan ambillah vitamin B dan kalsium ( ostematrik) sebagai makanan tambahan untuk menguatkan semula saraf dan meningkatkan kesihatan diri.
Untuk membeli vitamin B dan Ostematrik yang macam lin makan, anda boleh menghubung lin di 013-2183181 atau nak beli online pun boleh. Kalau nak beli online anda kene click ikon kat bawah ni ye .
No comments:
Post a Comment