Bab nak suruh berus gigi memang susah tapi kalau suruh main
air sabun tersangat lah senang kan. Cik
lin anak ada yang berusia 6 dan 7 tahun pun selalu bising sebab mereka berdua
tak nak memberus gigi.
Ok ni cik lin nak share beberapa tips mudah yang kita boleh
gunakan untuk memujuk anak memberus gigi.
1, JOM SHOPPING BERUS
GIGI
Kita mak ayah kenalah spend kan sedikit kewangan untuk bawa
anak keluar untuk membeli berus gigi. Biarkan
mereka memilih sendiri berus gigi yang macam mana mereka hendakkan. Dah
namanya budak kan pasti mereka akan rasa seronok bila dapat membeli apa yang
mereka inginkan
2. MEMBERUS GIGI BERSAMA-SAMA
Biasa kan kita dengar pengajaran melalui tauladan. Masa nil
ah kita nak ajar mereka cara memberus yang betul. Kita sama-sama mereka
memberus gigi, kita tunjukkan cara pegang dan macam mana caranya untuk memberus
gigi dibahagian dalam.
3. BELI PERMAINAN YANG BERSESUAIAN UNTUK AKTIVITI MEMBERUS
GIGI.
Belikan peralatan permainan seperti doktor-doktor atau anak
patung yang sesuai untuk mereka praktikkan kepada permainan tersebut
4. CIPTA SUASANA MEMBERUS GIGI YANG MENYERONOKKAN
Apa kata kalau kita bagi mereka memberus gigi kita dan kita
memberus gigi mereka , dari situ kita telah mencipta 1 suasana
mengembirakan untuk kanak-kanak
5. BUKTI YANG IA BERSIH
Cuba kita ambil makanan seperti coklat dan beri mereka
makan. Ambil cermin dan biarkan mereka tengok berapa kotornya gigi mereka ,
Ajak mereka memberus gigi dan lihat kembali keadaan gigi selepas diberus.
Bersihkan.
6. JUMPA DOKTOR
Sekiranya semua perkara di atas telah dilakukan, bawa mereka
berjumpa doktor dan biarkan doktor yang terangkan kepentingan memberus gigi.
Biasaalah kanak-kanak kekadang lebih mudah percaya kata doktor dari kata kita
ibu bapanya.
Jaga permakanan anak kita, jaga kebersihan mereka untuk
kesihatan yang berpanjangan. Amalkan pengambilan yang berkhasiat dan boleh
ditambahkan dengan pengambilan supplement yang rendah kandungan gula.
TERCARI-CARI PENDAPATAN TAMBAHAN, MARI BERSAMA-SAMA CIK LIN
DALAM MEMBINA EMPAYAR SENDIRI DENGAN MODAL SERENDAH RM79.00 SAHAJA.
Cik lin
018-776 5447
#pengedarshakleeskudai
#pengedarshakleeutm
No comments:
Post a Comment