Tuesday 9 December 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Siapa kat sini minat membaca. Lin boleh dikatakan seorang yang sebenarnya yang  kalau baca buku ni jarang habis..baca separuh jalan je. Tapi ada gak lah buku yang lin memang paksa untuk habis baca malahan ada yang sampai beberapa kali baca.

Ini buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI  hasil tulisan FATHURI SALEHUDDIN.  Buku ni dihadiahkan oleh salah seorang upline Shaklee. Itu salah satu kehebatan geng Shaklee, tak pernah lokek dengan ilmu .

Secara ringkas nya , buku mencerita kepercayaan, keyakinan kite kepada yang Maha Esa. Apa yang kita rasanya mustahil, tetapi apa bila kita lakukan sesuatu ikhlas semata-mata kerana Allah, yang mustahil pada kita, tidak mustahil pada Allah.

Selain itu, kupasan berkaitan tip-tip untuk diberi limpahan rezeki, tip untuk Berjaya, tenang, bahagia semua dikupas dengan menarik dan mudah difahami.

Selain itu, kebiasaan kita akan melihat “rezeki” tu “wang, kekayaan, kemewahan, pangkat”. Tapi pernah tak kita terfikir, udara itu juga rezeki, kesihatan juga rezeki. Apabila kita tahu apa itu rezeki, kita juga akan belajar untuk bersyukur. Alhamdulillah, hari ini aku masih mampu bernafas, aku masih mampu melihat, masih mampu makan, minum.. itu juga rezeki.

Dengan kupasan yang menarik, ringkas dan diselang seli dengan cerita-cerita dari pengalaman penulis, ia memudahkan lagi untuk kita memahami dan merasai getaran dalam memahami betapa mudahnya untuk kita menjemput rezeki.

Saya sangat-sangat syorkan anda semua memiliki nya..  KAlau kat semenanjung harganya baru RM 18.00.



Nama buku : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Penulis : FATHURI SALEHUDDIN 

No comments:

Post a Comment