Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts

Tuesday, 23 June 2015

KITARAN DAN ALIRAN HAID KEMBALI TERATUR DAN LANCAR SELEPAS PENGAMBILAN GLA

Berkobar-kobarnya rasa hati ni nak share macam mana lancarnya haid bulan ni. Lin segan nak citer secara terbuka tetapi demi kebaikan kita bersama lin share lah juga . Lin harap kawan-kawan semua pun boleh merasai apa yang lin rasa.

Dulu masa belum berkahwin period lin memang jenis tak tetap. kekadang 2 bulan sekali, 3 bulan sekali dan kekadang datang tiap-tiap bulan. tapi tak pernah pulak sekali period sampai 15 hari . Tetapi pada bulan Mei 2015 lin start period pada 21 Mei sampai 4 Jun, period lin 15 hari. Dah lah tu datang nya sikit-sikit. kekadang lin rasa membazir pad sebab sikit sangat selalunya tak macam tu pun.

melancarkan period, tidak berketul, tidak senggugut


Lepas tu pada bulan 6  lin datang period lagi pada 21 Jun dan start dari 21 Jun tu lin makan GLA setiap hari 2 biji. Sebiji pagi dan sebiji malam Alhamdulillah period lancar sesangat. Darah keluar tak berketul-ketul macam selalu dan banyak. Lin suka sangat sebab lin tahu bila darah yang keluar tak berketul-ketul, tak sakit dan banyak di awal period itu tandanya period lin lancar.

Lin bersyukur sangat, kalau tahu lin dah makan GLA masa bulan 5 tu takda lah sampai 15 hari. Serius lin risau sangat sebab lin pernah ada sejarah Cyst masa zaman period tak tetap sebelum kahwin.

Kalau nak tahu GLA memang penting dan bagus untuk setiap wanita sebab GLA tidak dapat dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Untuk tahu lebih lanjut tentang GLA boleh baca entri lin yang sebelum ini.

APA ITU GLA DAN KEBAIKAN GLA KEPADA SETIAP WANITA




Bagi kawan-kawan yang mengalami masalah seperti yang lin alami dan ingin merasai perasaan gembira seperti lin bolehkan mencuba GLA yang sememangnya sesuai untuk kita wanita.

Lin adalah pengedar shaklee bagi kawasan Skudai, Pulai, Taman Universiti  dan UTM . Sekiranya anda berada di dalam kawasan ini lin boleh membuat penghantaran terus kepada anda .Tapi sekiranya anda berada di luar kawasan lin akan membuat penghantaran melalui pos laju.

Azalin
Pengedar Shaklee Skudai
id : 915516
Tel : 0132183181 
Fb : azalin adeq 




Tuesday, 2 June 2015

LELAKI MANDUL KESAN DARI KECACATAN SPERMA

Keinginan memiliki cahayamata bukanlah tanda kegagahan atau kebanggaan. Tetapi memiliki cahayamata adalah satu nikmat dan anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa. Masalah ketidaksuburan bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja tetapi ia juga boleh terjadi kepada golongan lelaki.

Ada beberapa nutrisi yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Antara nutrisi yang perlu diambil atau baik untuk meningkatkan kesuburan adalah :- 



VITAMIN E

 Vitamin E penting dalam sistem produktif lelaki dan juga wanita. Manfaat dari vitamin E mampu meningkatkan produktif sel sperma dan mencegah kerosakan DNA sperma. Antara punca kepada kerosan DNA Sperma adalah serangan radikal bebas. Pengambilan 400UI setiap hari mampu meningkatkan kadar  antioksida dalam menghalang radikal bebas merosakan sperma. Selain itu Vitamin E dapat meningkatkan kiraan sperma serta menghasilkan sperma yang sihat dan kuat. 

VITAMIN B

Dalam meningkatkan kesuburan vitamin B penting untuk lelaki dan wanita. B6 penting untuk meningkatkan kesubran wanita manakala B12 penting dalam menambah kualiti sperma lelaki. Selain itu asid folic pula penting semasa proses penyantuman sperma dan ovum. 

VITAMIN C

Vitamin C juga sesuai untuk lelaki dan wanita dalam kesuburan. Vitamin C penting dalam kesuburan wanita adalah untuk memberikan keseimbangan hormon, memperkuatkan imunisasi dan meningkatkan kesuburan serta membantu penyerapan zat besi. Bagi golongan lelaki pula Vitamin C penting dalam mencegah pengumpulan sperma dan meningkatkan kiraan sperma. 

Zinc

Zinc begitu penting pengambilannya dalam diet harian lelaki kerana zinc membantu menjaga fungsi organ seksual lelaki . Kesan kekurangan zinc akan menurunkan hormon testosterone. 

Oleh itu pilihkan makanan yang sihat untuk jaminan kehidupan yang lebih baik.



Terima kasih kerana membaca dan berita gembira untuk mereka yang berada dalam kawasan skudai, Setiap pembelian Lin boleh buat penghantaran terus kepada anda kerana Lin Pengedar Sah Shaklee kwasan Skudai, Pulai dan UTM .

Bagi yang berada luar Skudai jangan bersedih kerana Lin sedia membantu dan memberi layanan yang sama cuma produk yang diberi akan dihantar mengunakan pos laju. 

Azalin 
id  915516
no. telefon : 0132183181
ummiazalin@gmail.com

Sunday, 14 September 2014

SUKAR HAMIL : 10 PUNCA KEGEMUKAN

Assalamualaikum.. ramai juga antara para ibu atau kita golongan wanita mengahdapi masalah kegemukan. walaupun kekadang kita telah berusaha untuk menurunkan berat badan.. tapi sentiasa tiada berjaya. Jom kita sama-sama lihat dan kaji kenapa terlalu sukar untuk kita mendapat berat badan yang ideal.

10 PUNCA KEGEMUKAN

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori yang kita terima dari permakanan perlu dikeluarkan melalui aktiviti harian.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Untuk memastikan nilai kalori yang diambil seimbang dengan aktiviti yang akan dilakukan,  perancangan atau penelitian pengambilan kalori perlu dilakukan sebelum pengambilan makanan.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!


3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. “Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada” Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan
terganggu,benar bukan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).

Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Thursday, 7 August 2014

SUKAR HAMIL : CEGAH KEGEMUKAN

Seronok tengok orang membawa perut. lagi-lagi kalau yang bawak perut ada isi zuriat kita suami isteri. hati ni meronta2 ( ayat jiwang betul.. meronta2 tu) nak ada anak baru. Lin dah ada 2 orang puteri , yang sulung 4 tahun dan yang nombor 2 3 tahun. Dah elok benar ummi nya ngandung lagi. Tapi belum rezeki. Azam tahun ni memang nak ngandung, ni dah bulan 8 tanda-tanda ngandung cam lum ada je.

Nampak gayanya, usaha perlu dipergiatkan. Apa yang perlu diusahakan ye.. Jeng.. jeng .. jeng... Lin ni gemuk, dengan ketinggian hanya 152cm dan berat... eh.. malulah nak citer.. tapi untuk u all lin bagi tau, tapi rahsia tau..hehehhe.. sebelum puasa itu ari timbang 84 kg.. mak aiii.. memang comel montel badan nie.

Lin akui memang ada je orang yang memiliki berat berlebihan pun leh hamil, tapi lin rasa badan ni memang kene turunkan berat. Kalau lum ngandung pun berat dah 84 kg, time-time cukup bulan nanti entah cam ne. mahu sakit selalu kaki ni membawa berat yang berlebihan.

Antara langkah-langkah persediaan untuk hamil yang akan lin ambil adalah :_

1. Kurangkan berat badan .

Kurangkan berat badan sebelum anda merancang untuk mengandung. Sekiranya anda merancang untuk hamil dalam masa terdekat, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai berat badan ideal yang boleh dicapai melalui diet seimbang dan senaman.

2. Pemantauan pengambilan kalori

Pantau pengambilan kalori dan berat badan anda. Sekiranya sudah disahkan hamil, jangan pula anda berdiet untuk menguruskan badan pula dan tidak bermakna juga anda boleh menjamah menu kegemaran tidak sihat anda sebelum ini.

3. Bersenam

Konsistensasi dalam senaman adalah perlu meskipun dalam keadaan hamil. Rujuk pakar senaman dan doktor untuk mengetahui senaman yang sesuai untuk anda.

4. Gaya Hidup sihat

Amalkan gaya hidup sihat  Sentiasa beringat bahawa berat badan adalah satu perkara mustahak yang wajar diberi perhatian.

5. Berdoa

Teruskan berdoa dan meminta dari Allah agar dikurniakan cahayamata yang sihat dan comel.


Untuk menurunkan berat badan lin memilih untuk mengambil makanan tambahan dari produk shaklee untuk membantu proses Detox, Bakar Lemak dan Membina otot.

Semoga usaha lin berjaya. sekiranya anda juga sedang berusaha untuk hamil lagi.. mulakan langkah pertama kita hari ini.

Azalin
Pengedar shaklee Skudai, Tampoi dan Pulai 

Friday, 18 July 2014

MENINGKATKAN KEHAMILAN DENGAN MAKANAN TAMBAHAN

Telah menjadi kebiasaan orang disekeliling kita tertlalu mengambil berat tentang kehidupan kita. Apabila kita belum berumahtangga  ramai yang akan bertanya " bila nak kahwin". Begitu juga apabila kita telah berumahtangga, ramai juga yang akan bertanya " dah ada ke", "merancang ke" "bila nak tambah". Macam-macam soalan akan wujud untuk mengambarkan bila kita nak ada cahayamata. 

Selain berdoa, kita juga perlu berusaha untuk merealisasikan impian dan kemahuan kita untuk memiliki cahaya mata. Antara usaha yang boleh dilakukan menjaga permakanan dan mengambilan makanan tambahan yang boleh meningkatkan kesuburan dan potensi untuk hamil. 

Pengambilan makanan tambahan yang mengandungi GLA boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita. Antara makanan tambahan yang boleh meningkatan kesuburan dan menstabillkan hormon adalah GLA COMPLEX SHAKLEE 





❋ APA ITU GLA COMPLEX SHAKLEE  ❋❋

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gamma Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.

 Apa pula prostaglandin? 

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. 

Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.


❋ BAHAN UTAMA GLA COMPLEX ❋


Bunga Borage 
GLA Complex Shaklee mengandungi minyak borage,  minyak bunga matahari, vitamin E dan Omega 6.

GLA diperolehi daripada minyak yang diekstrak dari biji  bunga borage adalah 2 kali lebih tinggi dan pekat jika dibandingkan GLA yang terdapat didalam EPO. 

Kandungan GLA yang tinggi terbukti lebih baik untuk menghadapi pelbagai masalah berkaitan PMS, Arthritis, Ekzema, kesuburan, kestabilan hormon.

Kandungan Vitamin E pula  membantu untuk melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi dengan memelihara intergriti sel 

Omega 6 pula digunakan untuk membentukkan prostaglanding.  Prostaglanding merupakan hormon yang mengawalatur proses badan secara  normal .  

❋ APA ITU EPO ❋

EPO 

EPO adalah singkatan daripada Evening Primrose Oil . EPO diperolehi dari ekstrak biji bunga Evening Primrose. Ia kaya dengan gamma-linolenic acid ( gamolenic acid atau singkatannya GLA) iaitu sejenis lemak perlu ( essentiap fatty acid). GLA diperlukan oleh tubuh kite untuk proses pertumbuhan dan pengembangan serta perlu diperolehi daripada pemakanan seharian.  Selain itu GLA boleh menyembuhkan dan amat berkesan dalam mengatasi masalah wanita. seperti PMS, Kesuburan, Kestabilan Hormon.

GLA yang ada didalam EPO adalah dalam sekitar 7% - 10%. 
GLA yang ada dalam Borage 2 kali kepekatan dari EPO

Saya pengedar shaklee skudai, bagi anda yang berada dikawasan sekitar saya boleh hantar terus kepada anda. Bagi yang jauh, perkhidmatan pos akan digunakan


Cara pesanan : Anda boleh menghubungi saya seperti dibawah atau membuat pesanan pembelian secara online. Selamat membeli belah.





ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
Email : Ummiazalin@gmail.com



Friday, 16 May 2014

MENINGKATKAN KESUBURAN DAN KESIHATAN SUAMI ISTERI


Anda mesti pernah dengar orang Tanya soalan –soalan macam ni kan..

Ketika bujang …
Bila nak Kahwin?
Bila dah kahwin pula …
Bila nak ada  anak?
Tak Ngandung lagi ke..?
Merancang ke?
Ko ni tak nak tambah anak lagi ke?

Macam-macam soalan orang akan tanya kan bila kita berkahwin dan masih belum dikurniakan cahayamata. Biasalah orang sekeliling kita ni kekadang “terlebih prihatin”. Tapi saya percaya mereka yang berkahwin mesti nak cahayamata dari keturunan kita sendiri kan… itu pentingnya usaha…



SET KESUBURAN SHAKLEE  Antara salah satu usaha atau ikhtiarnya.. 

KENAPA MESTI SET SHAKLEE…

Bagi si isteri

  1. Mengimbangan hormon wanita
  2. Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif yang mana amat penting untuk pembentukan janin dalam kandungan
  3. Menambah hormone estrogen wanita
  4. Aktiviti dibilik tidur yang lebih hangat dan mesra..:)

Bagi si suami

  1. Meningkatan kiraan sprema
  2. Meningkatkan kualiti sprema dan menghalang sprema dari bergumpal
  3. Memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatan nafsu seks
  4. Memanjangkan jangka hayat sperma.


SET KESUBURAN SHAKLEE



VITA LEA

Multi vitamin yang lengkap bagi mengimbangi nutrisi yang diperlukan tubuh badan. Dengan gaya hidup yang serba pastas, kadang kala kita tidak langsung menikmatan makanan yang penting untuk badan kita.  Sekiranya badan kita menerima nutrisi yang mencukupi, sudah pasti setiap fungsi badan akan berfungsi dengan baik dan sempurna .

B COMPLEX

BAGI ISTERI : B complex Shaklee lengkap dengan Asid folic, Pengambilan Asid folic amat penting bagi mereka yang merancang untuk hamil dan perlu diambil ketika hamil bagi mengelakan bayi dalam kandungan mengalami risiko spina bifida. Pengambilan B complex juga dapat membentuk sel darah merah dan mengawal stress.

BAGI SUAMI : B Complex berfungsi menukarkan protein, karbohidrat kepada tenaga. Ia juga berfungsi sebagai anti stress.  Dengan ini akan boleh menikmatan nikmat masa bersama dengan lebih berkualiti

VITAMIN C

Ia bersifat antioksida dan dapat mengahpuskan radikal bebas dan berupaya menghalang sperma daripada bergumpal. Selain itu Vitamin C juga membantu melembutkan salur darah, mengembang dan membantu kelancaran peredaran darah.

ALFALFA

Alfalfa seumpama “kacip Fatimah” bagi kaum wanita. Selain daripada itu ia juga boleh mengawal masalah-masalah di kawasan zon “miss V” seperti keputihan, kegatalan , kulat.

VITAMIN E

Vitamin E akan membantu meningkatkan kualiti sprema dam  meningkatkan jumlah sperma.selain itu, ia juga meningkatkan reproduktif bagi suami. Ini akan meningkatkan lagi semangan atau keinginan untuk bersama.

GLA COMPLEX

GLA Complex   membantu dalam menstabilkan kitaran haid. Apabila kitaran tetap ini memudahkan kiraan tarikh subur. Selain itu ia juga berfungsi menstabilkan hormone, mengurangkan sakit ketika haid & pengambilan GLA Complex  akan menghasilkan “cecair kesuburan” yang akan membantu sperma untuk mudah sampai ke destinasinya..

ZINK COMPLEX

Zink Complex berfungsi meningkatkan kualiti , kepekatan  dan kekuatan sperma. Ia juga bertindak merangsang pembentukan hormone testosterone .

Kombinasi set istimewa ini memang khas untuk mereka yang berhajat untuk memiliki cahayamata. Walauapapun yang kita usahakan kita jangan sesekali lupa untuk berdoa dan tawakal.

Semoga segala usaha dan doa anda untuk memiliki cahayamata dimakbulkan Allah.


INGIN PENDAPATAN TAMBAHAN ... 

SHAKLEE PILIHAN YANG TEPAT 

Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Email : Ummiazalin@gmail.com
whatsapp : 013-218 3181

Saturday, 7 December 2013

MULTIVITAMIN - VITALEA SHAKLEE

VITALEA SHAKLEE
VITA-LEA  adalah vitamin pertama yang didunia yang mana dahulunya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral dah disingkatkan kepada “vita-min”.

Setiap butir tabletnya mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. VITA-LEA juga disaluti spirulina yang dihasilkan dengan kaedah “Explo-tab”.

Melalui Ujian Klinikal, VITA-LEA yang diambil secari harian selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %..

CENTER FOR SCIENCE dari Amareka Syarikat telah memilik VITA-LEA Shaklee sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  pada tahun 2000.


FUNGSI VITA-LEA SHAKLEE

1.       MENINGKATKAN TENAGA SEGERA

-          Pemberi tenaga, kecergasan tubuh badan dna kekuatan mental serta membantu  sistem daya ingatan.

2.       PELENGKAP NUTRISI

-          Memenuhi nutrisi harian terutamanya kepada mereka yang vegetarian dan anemia.

3.       KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF

-          Penting dalam pertumbuhan kanak-kanak & remaja

4.       METABOLISMA

-           Membantu dalam stimulasi metabolism & melambatkan penuaan.

5.       MELINDUNGI ORGAN

-          Melindungi fungsi buah pinggang , hati dan jantung

6.       ELEMAN PENTING UNTUK SEL TUBUH

-          Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru,membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone serta menjaga kesihatan tirod

Nutrisi yang ada dalam VITALEA

Thursday, 5 December 2013

Energizing Soy Protein - Vanilla



APA ITU ENERGIZING SOY PROTIEN (ESP)
Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi. Ia diproses dengan suhu rendah yang mengandungi Non GMO ( non-genetically modified Organism) yang tidak akan mendatangkan kesan negative kepada buah pinggang jika diambil mengikut kadar yang disarankan. ESP mengandungi 9 asid amino yang TIDAk dapat dihasilkan oleh badan manusia secara semulajadi.







KEBAIKAN ATAU KHASIAT ESP
  • Membantu pembentukan sel baru. 
  • Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
  • Bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak jadi boleh share dengan anak yang setahun ke atas dan seisi keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
  • Membekalkan protein yang mencukupi untuk ibu menyusu.
  • Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
  • Meningkatkan Keupayaan Memori