Showing posts with label Set Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Set Diabetes. Show all posts

Sunday, 7 May 2017

MENGAWAL DIABETES DAN HB RENDAH DENGAN CARA YANG SELAMAT SEPANJANG KEHAMILAN


Assalamualikum, Mudah mengandung anak pertama tidak bermakna kita senang untuk mengandung anak yang kedua dan seterusnya. Puan Illiani sendiri mengalami pengalaman diuji lewat untuk hamil kali ke 2. Malahan bukan itu sahaja, beliau juga diuji dengan beberapa masalah ketika hamil seperti Hemoglobin rendah dan paras gula tinggi .

Bayangkan paras gula dalam darah 9.5 dan HBnya  8.9,  kesan dari paras gula yang tinggi dam HB yang terlalu rendah Puan Illiani perlu merujuk ke hospital Kuala Lumpur untuk pemantauan yang lebih teliti.

Ini Cik Lin kongsikan cerita Puan Illiani sendiri untuk tatapan kita semua

[SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU KAWAL DIABETES DAN HB LOW SEMASA HAMIL]
.
Bismillah...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang diberikan kepada hambanya. Yani nak berkongsi pengalaman yani sendiri menggunakan set kesuburan untuk hamil. Supplement ni asbab sahaja tetapi yang memberi sudah pasti pencipta kita kan!

Yani berkahwin pada tahun Mei 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada bulan April 2009. Pada yani, yani fikir yani seorang yang senang hamil (tapi tak boleh lawan dengan kuasaNYa)Jadi yani plan untuk hamil lagi bila Adi umur 2tahun lebih jadi bezanya dalam 3tahun la kan.Kuasa manusia mana boleh mengatasi kuasa Pencipta kan.Kita yang merancang tapi Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Yani berusaha dalam tempoh hamper 2tahun untuk hamil namun belum berhasil.

Masa dah suntuk sebab yani tak nak anak yani beza jauh sangat. Yani tidak mempunyai masalah kitaran haid.Alhamdulillah semua ok tapi rezeki belum berpihak kepada yani dan suami. Bulan Dec 2012 yani beli Set Kesuburan untuk yani dan suami.Yani tak beli yang budget tapi beli full set sebab yani nak pastikan untuk mnegatasi masalah yang yani hadapi sekarang ni rasa lebih berpuas hati dengan terus ambil full set.Kalau set tu ada 5jenis, 5 jenis la yani beli.

Apa yang yani beli untuk yani, B Complex, Vit C, VitaLea, Alfalfa dan GLA.Untuk suami yani beli zinc, Vit E. Yani berkongsi makan B complex, vitalea, alfalfa dan vit c dengan suami sebab setiap botol vitamin ini ada banyak biji. Yani dah tak kisah keluarkan belanja besar. Doa, solat hajat selalu yani buat sebab nak sangat anak.Teringin nak anak kecil sebab Adi dah pun 4tahun(2013).

Yani start makan GLA bulan Jan 2013 sebab kena makan masa hari pertama period sehingga hari ke 14.Vitamin lain dah makan masa beli bulan Dec 2012 lagi.Yani paksa suami makan semua vitamin sebab kita tak tahu apa masalahnya.

Bulan Jan 2013 yani masih datang bulan.Erm....sedikit kecewa tapi yani sabar dan terus berusaha. Alhamdulillah, Feb 2013 datang bulan terakhir yani.Syukur sangat-sangat tapi masa mula-mula test urin kat rumah, suami taknak terlebih gembira sebab lama tunggu kan.

Tapi kegembiraan dapat hamil kali ini dicampur sedikit kedugaan sebab selepas yani buat buku merah diklinik ibu & anak, buat ujian darah, yani disahkan mengidapi diabetes semasa hamil dengan bacaan gula dalam darah 9.5. Memang tinggi la kan dan HB pula low. Walaupun dalam keluarga tiada keturunan penyakit diabetes tapi cara pemakanan sebelum hamil banyak menyumbang dan salah satunya minum nescafe sebab kafein boleh menghalang insulin masuk ke dalam darah. Yani memang suka sangat minum nescafe. Setiap pagi memang wajib minum nescafe. Tapi selepas tahu yani perlu elak minuman kafein, memang terus berhenti. Tak minum langsung dah minuman kafein.

Di klinik kerajaan apabila kita mempunyai masalah kesihatan semasa hamil, memang terpaksa la datang ke klinik setiap 2 minggu sekali. Kena uji darah sebab hb low tu, kena cek darah dalam gula setiap kali sebelum rawatan, terpaksa jumpa doktor pakar pemakanan la. Sangat menyeksakan tapi terpaksa demi kesihatan ibu & bayi yang dikandung.




Disebabkan hb yani low sampai paling rendah 8.9, ujian darah terpaksa dihantar ke HKL dan disahkan pula yani mengalami Talasemia Treat. Doktor bekalkan yani Iberet untuk naikkan hb darah yani tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Jadi dengan inisiatif supplement Shaklee yang yani dah makan ni, yani telan 2biji Vitalea bersama-sama B complex dan Vitamin C. Alhamdulillah, hb yani semakin naik dan rawatan seminggu sebelum bersalin hb yani dah naik ke 10.9. Syukur sangat-sangat dan gula darah darah yani juga sangat terkawal.

Tetapi walaupun gula dalam darah sudah terkawal, doktor memang tak bagi yani bersalin lebih dari tarikh jangka. Terpaksa la ‘induce’ pada pagi 14 November 2013 seawal pukul 7pagi. Doktor sudah memberi penerangan awal sekiranya ubat induce pertama tidak memberi kesan, terpaksa induce untuk ubat kedua. Alhamdulillah, yani induce sekali sahaja tapi azab sakitnya induce memang tak terkata. Sakit induce bermula pukul 12tengahari semasa pelawat dibenarkan masuk dan suami yani banyak membantu mengurangkan kesakitan tersebut.

Selepas mendapat arahan yani akan ditolak ke labor room dalam pukul 3 lebih, yani minta tolong suami bancuhkan ESP dan yani telan bersama-sama B Complex dan Sustained release Vitamin C. Pukul 3.20 petang dipecahkan ketuban dan 3.40 petang yani selamat bersalin. Semua proses berjalan lancar. Kelahiran kedua ini walaupun mempunyai pelbagai masalah kesihatan, terpaksa induce tapi Alhamdulillah sangat-sangat kerana selepas je bersalin dan masih dalam labor room, badan yani rasa sangat bertenaga, macam tenaga telah recharge.

Masalah pening juga tiada jika disbanding semasa proses bersalin anak pertama dahulu. Yani tak boleh bangun sebab kepala pening sehingga nak pakai baju sendiri pun tak boleh tapi kali ini memang sangat berbeza. Sebelum di hantar ke wad biasa, yani sempat makan nasi yang dihidangkan oleh nurse di Hospital Ampang lagi.

Pengalaman dua kali hamil memang sangat berbeza dan yani memang bersyukur ditemukan dengan vitamin Shaklee ini kerana banyak membantu dari segi kesihatan yani sekeluarga.

MEI 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 15: NUR ILLIANI MAT YUSOF

Berminat dengan set yang diambil oleh Puan Illiani boleh hubungi Cik lin ye


Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma dan insya Allah terbaik dari Cik Lin

PM Facebook : azalin adeq
Like Page : Garage Supplement
Call / whatsapp : 018-7765447
Blog : ummiazalin.blogspot.com
Email : ummiazalin@gmail.com



COD : UTM Skudai, Taman Universiti , Taman Teratai, Taman Sri Pulai, Taman Tun Aminah, Taman Pulai Jaya, Taman Pulai Emas, Kangkar Pulai dan kawasan sekitarnya.

Pengedar Shaklee Skudai
Pengedar Shaklee Tampoi
Pengedar Shaklee UTM
Pengedar Shaklee JB
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar shaklee Kuala Lumpur



Tuesday, 3 March 2015

MENGENALI JENIS-JENIS KENCING MANIS ATAU DIABETIS

Anda tahu tak apa itu Diabetes dan jenis-jenis Diabetes. Jom kita kenali apa itu Diabetes dan jenis-jenisnya.



APA ITU DIABETIS / KENCING MANIS?
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya.  Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I)
juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II)
boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

inilah jenis-jenis kencing manis yang kita perlu tahu. Bahaya kencing manis bukan sahaja boleh membuatkan anda kehilangan anggota badan tetapi ia juga boleh menyebabkan strok dan buta.

JAGA PERMAKANAN ANDA UNTUK KESIHATAN YANG BERPANJANGAN. 

SET MAMPU MILIK DIABETES 



UNTUK MEMILIKI PRODUK YANG LEBIH MENAKJUBKAN VIVIX ADALAH PILIHAN TERBAIK 



Segala pertanyaan anda boleh menghubungi saya di talian 0132183181 atau anda boleh email ke ummiazalin@gmail.com. setiap pertanyaan atau kemusykilan anda akan saya balas dalam kadar segera.

Saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Skudai dan saya bersedia untuk bertemu dan membuat penghantaran terus kepada anda.

Terima kasih
Azalin

Thursday, 26 December 2013

Enaknya fastfood





Corak kehidupan dan kewujudan restoran makanan segera yang tumbuh bak cendawan lepas hujan mengundang risiko kepada pertumbuhan dan kesihatan. Iklan, susunan kedai dan corak atau rupa makanan yang dihidangkan menarik kemahuan untuk kita menikmati keenakan makanan yang disajikan.

Kekerapan mengambil makanan segera mngundang pelbagai penyakit yang membahayakan mendatangkan risiko akan datang.

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

OBESITI

 Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

KETAHANAN BADAN MENJADI LEMAH

Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia. Dalam makanan segera akan ditambah bahan pengawet bagi melambatkan proses kerosakan makanan.

PENINGKATAN KOLESTROL & KALORI

Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan.Pengunaan minyak untuk mengoreng berkali-kali dan cara pemprosesan makanan yang tidak teliti mengundang pertambahan kolestrol dalam badan . Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.

DIABETES

 Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

KANSER

Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.