Lin memang tak suka kalau buka je almari pinggan mangkuk dan terbau lipas.. Tolonglah baunya, tak sanggup rasanya nak dihidu.
Semalam keluarkan semua pinggan mangkuk, cuci dan lap semula almari tu. dan semalam dah buat keputusa, semua pinggan mangkuk tu akan di pindahkan ke rak pinggan lain.
Almari yang dibersihkan semalam akan jadi tempat simpan bekas-bekas plastik. Bekas-bekas plastik ni bertutup, dan ia jarang-jarang digunakan.
Nak tau tak kenapa lin memang tak suka dengan lipas ni, Meh baca cerita kat bawah ni.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup
meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar
daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz
pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan
cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan
anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta
mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama
kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka
terbuka.
Cuba anda bayangkan kalau cacing ni beranak penak dalam perut anak-anak anda.. geli tau.. Kalu anda rasa rumah anda ada banyak lipas, boleh cuba beberapa petua ni, dalam masa yang sama kebersihan perlu dijaga.
- Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
- Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
- Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
- Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
- Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
- Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Kebersihan dan kesihatan keluarga dan diri adalah tanggungjawab kita bersama.
No comments:
Post a Comment