Saturday 19 November 2016

SETIAP DUGAAN ALLAH ADA HIKMAH NYA

Tahun 2016 adalah tahun yang banyak kemanisan. Banyak memori2 indah dan banyak pengalaman baru.

ni kalau nak dicerita keseluruhan maunya 7 hari 7 malam tak habis. hehehehe.

ni antara memori manis sepanjang tahun ni.

Mei..
bulan 5 setiap tahun akan jadi bulan penting bagi keluarga Zadil hayat & azalin. bulan 5 adalah bulan kelahiran putera kami Abdul Jabbar. Lin tak sangka yang Allah memberi lin pengalaman baru dalam proses kelahiran. 2 anak terdahulu lin bersalin normal tapi yang ni lin bersalin operate walaupun air ketuban dah keluar dan jalan dah buka. Demi menyelamatkan nyawa si kecil yang semakin lemah jantungnya, maka lin perlu dibedah. Masa permulaan lin sukar gak nak terima kenyataan yang perut ni ade kesan belahan yang besar tapi bila dipikir balik pasti ade hikmah nya kan. kot-kot doktor terbuangkan sekali lemak2 yang dah bertingkat2 tu. ( ni namanya ayat memujuk diri)

julai
masa ni dalam pantang lagi, wah desas desus macam naik gred jawatan. masa ni lin mulalah sibuk whatsapp member2, betul ke.. betul ke. Diploma yang lin ada layak ke naik ni. Alhamdulillah layak. walaupun ade pihak unhappy dengan kenaikan gred kami, kami peduli apa janji kami yang naik ni happy je. Betul tak kawan-kawan. Dia jeles kan kite naik gred tak perlu interview. hahaha...

Ogos..
bulan kemerdekaan..apa yang syoknye bulan merdeka ni. bulan ogos adalah dimana bulan yang tak kan lin lupakan. Bulan ogos 2016 lin naik rank Dari SID kepada supervisor. Alhamdulillah merasa bonus 4 angka. Allah Maha kaya dan Dia juga Maha Penyayang. Terima kasih ummi @maisarah md saupi , terima kasih @nurul atikah mohd khalid dan terima kasih semua. Kalian semua begitu berharga buat lin. Luv u so much. Muuaahh muuahh.

dan yang terakhir..

November..
bulan yang penuh dugaan, bulan dimana putera yang lin lahirkan Mei lalu, sekarang berada dihospital. Apa pulak moment bestnya anak masuk wad. Sebenarnya melihat sikecil dicucuk jarum sana sini, masuk air, masuk darah,oksigen 24 jam bukanlah 1 memori indah tapi yang indahnya bila Allah ajar lin agar melihat disudut Lain. sekarang Allah sedang mendidik lin untuk bersyukur, untuk sentiasa sabar, untuk terus berdoa, untuk terus positif. Dalam kepahitan melihat insan kecil yang kita lahirkan sakit, Allah berikan kita kemanisannya. Sepanjang di hospital hari2 lin mengaji. Mengaji tak semestinya di sejadah. lin mengaji ketika menyusukan anak, lin bacakan ayat2 suci Al Quran ditelinga anak ketika tidur. Dan masa Doktor kata keadaan Jabbar semakin teruk ketika di hospital Kulai, masa tu dunia terasa gelap, sesak nafas, air mata berjujuran.. ketika tu lin terfikir Ya Allah aku terima ujianmu dan berikan aku kekuatan dalam melaluinya. Lin istifar.. istifar.. dan terus istifar. Alhamdulillah hati semakin tenang... Dan hari ini adalah hari ke 14 Abdul Jabbar di wad, dia dah tak perlu masuk air, tak perlukan bantuan oksigen, tak perlu tambah darah, tak demam, nadi dah normal cume sekarang dia masih perlukan nebulizer setiap 4 jam dan antibiotic setiap 6 jam. Sekarang selera makan dia pun semakin terbuka, sehari 4 kali makan. Insya Allah 2 @ 3 hari lagi kami akan pulang ke rumah.

terima kasih abang, terima kasih mak, terima kasih anak-anak, terima kasih adik2 beradik Ku, terima kasih kawan2, jiran2, saudara mara Dan terima kasih semua atas DOA dan sokongan.

2016 adalah tahun yang lin takkan lupakan sampai bila-bila. tahun yang menyimpan 1001 memori pahit dan manis.

ok dah abis.. eleh kata tadi 7 hari 7 malam tak habis, ni tak sampai 5 minit dah abis ceritanya.

** gambar ketika Abdul Jabbar masuk darah**

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#oms21
#pengedarshakleeskudai
#0132183181

No comments:

Post a Comment