Monday 3 April 2017

KECUAIAN IBU BAPA PUNCA KEPADA KEMATIAN ANAK DI RUMAH


Kerap kita dengar anak-anak kecil tercekik mainan, terminum ubat ataupun tercucuk garfu. Kenapa semua ini terjadi. Adalah ia semata-mata takdir atau ia adalah kecuaian kita orang dewasa. Pendapat ini semua ini terjadi siebabkan kecuaian kita orang dewasa yang tidak memantau dan memerhatikan persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita.

Antara barangan atau makanan yang boleh memudaratkan kanak-kanak terutamanya bayi.

GARAM

Garam antara bahan utama yang kita gunakan dalam masakan kita tetapi kecuaian dimana letakknya garam tersebut boleh menyebabkan KEROSAKAN SARAF  bayi atau kanak-kanak. Kebiasaan garam yang kita letakkan dimeja dan dibiarkan anak bermain dengannya. Sesudu kecil garam boleh merosakkan sistem saraf anak-anak.

UBAT KUMUR

Bahan untuk kumur mengandungi alcohol tidak kiralah ia yang dibeli di kedai-kedai atau yang diperolehi dari klinik. Semua bahan kumur mengandungi alcohol . Alkohol sangat bahaya kepada kanak-kanak walaupun dia terminum sedikit sahaja. Sekiranya kanak-kanak terminum alkohol boleh membawa kepada kematian ia kerana ia akan menurunkan paras gula secara drastic, rasa mengantuk, kejang . Antara produk lain yang mengandungi alkohol seperti minyak wangi, cologne, ubat selsema dan ubat batuk

MINYAK BAYI

 Minyak bayi hanya untuk digunakan untuk kegunaan luar sahaja bukannya untuk diminum. Kebanyakkan minyak bayi mengandungi hidrokarbon . sekiranyanya kanak-kanak terminum ia akan terus memasuki ke paru-paru dan boleh menyebabkan pneumonia. Cecair yang memasuki paru-paru akan menghalang oksigen dari memasuki paru-paru.

MADU
Ada yang kata madu ni bagus untuk kanak-kanak malahan madu biasanya digunakan sebagai pemanis untuk bayi yang baru lahir. Tapi pengunaannya juga perlu berhati-hati kerana di dalam madu ada mengandungi spora bakteria yang boleh merosakkan saraf bayi.

ROKOK ATAU CURUT

Kita biasa tengok barangannya dirumah perokok kadang kala ia diletakkan ditempat yang rendah dan tersangat mudah dicapai oleh kanakk-kanak. Setiap rokok mengandungi nikotik tidak kira samaada rokok murah atau mahal. Sekiranya kanak-kanak tergigit rokok atau curut ini akan menyebabkan rasa mual, berpeluhdan lebih mudarat boleh menyebabkan kejang dek mabuk tembakau

BATERI JAM

Bateri jam yang kecil dan leper mudah untuk ditelah dan kemungkinan juga boleh tersekat di kerongkong kanak-kanak.Bateri yang telah termasuk kedalam badan boleh berlaku kebocoran bahan kimia kerana didalam badan kita juga mengandungi asid pengurai.

SUPPLEMENT ZAT BESI

Supplement zat besi sangat baik untuk kita orang desa tetapi ia tersangat bahaya untuk kanak-kanak.

PERALATAN TAJAM

Semua peralatan tajam perlu disimpan di temapat yang tinggi atau berkunci. Yang dinamakan tajam itu bukan hanya pisau, garfu atau paku sahaja tetapi pencil, pen, pembaris  dan juga segala alatan menjahit. Cuba bayangan anak kita yang baru belajar berdiri tercucuk pencil ketika bermain.

So kita ibu bapa kena sama-sam memainkan peranan dalam memastikan seluruh ahli kelaurga kita berada dalam keadaan selamat ketika berada di rumah. Simpan semula peralatan pertanian, memasak, menjahit atau yang sewaktunya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai anak-anak. Anak-anak adalah anugerah dan tanggungjawab dari Allah untuk kita .

Tercari-cari supplement yang selamat untuk anak-anak kita, boleh hubungi lin di talian seperti dibawah.
















Cik lin
018-7765447
Pengedarshakleeskudai
Pengedarshakleeutm


No comments:

Post a Comment