Tuesday 4 April 2017

TIPS MUDAH MENGALAKKAN KANAK-KANAK BELAJAR MEMBERUS GIGI


Bab nak suruh berus gigi memang susah tapi kalau suruh main air sabun tersangat lah  senang kan. Cik lin anak ada yang berusia 6 dan 7 tahun pun selalu bising sebab mereka berdua tak nak memberus gigi.

Ok ni cik lin nak share beberapa tips mudah yang kita boleh gunakan untuk memujuk anak memberus gigi.

1,  JOM SHOPPING BERUS GIGI

Kita mak ayah kenalah spend kan sedikit kewangan untuk bawa anak keluar untuk membeli berus gigi. Biarkan  mereka memilih sendiri berus gigi yang macam mana mereka hendakkan. Dah namanya budak kan pasti mereka akan rasa seronok bila dapat membeli apa yang mereka inginkan




2. MEMBERUS GIGI BERSAMA-SAMA

Biasa kan kita dengar pengajaran melalui tauladan. Masa nil ah kita nak ajar mereka cara memberus yang betul. Kita sama-sama mereka memberus gigi, kita tunjukkan cara pegang dan macam mana caranya untuk memberus gigi dibahagian dalam.

3. BELI PERMAINAN YANG BERSESUAIAN UNTUK AKTIVITI MEMBERUS GIGI.

Belikan peralatan permainan seperti doktor-doktor atau anak patung yang sesuai untuk mereka praktikkan kepada permainan tersebut

4. CIPTA SUASANA MEMBERUS GIGI YANG MENYERONOKKAN

Apa kata kalau kita bagi mereka memberus gigi kita dan kita memberus gigi mereka , dari situ kita telah mencipta 1 suasana mengembirakan  untuk kanak-kanak

5. BUKTI YANG IA BERSIH

Cuba kita ambil makanan seperti coklat dan beri mereka makan. Ambil cermin dan biarkan mereka tengok berapa kotornya gigi mereka , Ajak mereka memberus gigi dan lihat kembali keadaan gigi selepas diberus. Bersihkan.








6. JUMPA DOKTOR

Sekiranya semua perkara di atas telah dilakukan, bawa mereka berjumpa doktor dan biarkan doktor yang terangkan kepentingan memberus gigi. Biasaalah kanak-kanak kekadang lebih mudah percaya kata doktor dari kata kita ibu bapanya.

Jaga permakanan anak kita, jaga kebersihan mereka untuk kesihatan yang berpanjangan. Amalkan pengambilan yang berkhasiat dan boleh ditambahkan dengan pengambilan supplement yang rendah kandungan gula.

TERCARI-CARI PENDAPATAN TAMBAHAN, MARI BERSAMA-SAMA CIK LIN DALAM MEMBINA EMPAYAR SENDIRI DENGAN MODAL SERENDAH RM79.00 SAHAJA.




Cik lin
018-776 5447
#pengedarshakleeskudai

#pengedarshakleeutm 

No comments:

Post a Comment