Thursday 26 December 2013

Enaknya fastfood





Corak kehidupan dan kewujudan restoran makanan segera yang tumbuh bak cendawan lepas hujan mengundang risiko kepada pertumbuhan dan kesihatan. Iklan, susunan kedai dan corak atau rupa makanan yang dihidangkan menarik kemahuan untuk kita menikmati keenakan makanan yang disajikan.

Kekerapan mengambil makanan segera mngundang pelbagai penyakit yang membahayakan mendatangkan risiko akan datang.

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

OBESITI

 Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

KETAHANAN BADAN MENJADI LEMAH

Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia. Dalam makanan segera akan ditambah bahan pengawet bagi melambatkan proses kerosakan makanan.

PENINGKATAN KOLESTROL & KALORI

Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan.Pengunaan minyak untuk mengoreng berkali-kali dan cara pemprosesan makanan yang tidak teliti mengundang pertambahan kolestrol dalam badan . Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.

DIABETES

 Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

KANSER

Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.

 


 

No comments:

Post a Comment