Tuesday 24 December 2013

Resdung dan Shaklee



Apa itu resdung??

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
(Resdung)Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalurkan  ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnyakuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkanpenghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Tanda-Tanda  Resdung

# Hidung selalu tersumbat
# Lendir dari hidung dan tekak
# Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
# Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
# Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
# Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Punca Resdung


1.       Alahan. 

Alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tidak  dapat dikeluarkan. Udara yang terkumpul menyebabkan kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.


2. Struktur hidung yang tidak normal,

Tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.


3. Kerosakan atau sakit gigi

Kerosakan atau sakit gigi di  bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.


4.  Menyelam di sungai atau kolam yang kotor

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

Siapa yang berisiko dijangkiti resdung ?

- Alah kepada habuk, debu dan asap
- Elergi kepada makanan laut, pisang
- Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
- Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
- Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Risiko Resdung

Kanak-kanak


Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Tanda-tanda awal penyakit resdung

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah Pendengaran

Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan dibawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Rongga Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Cadangan Set Resdung shaklee untuk masalah resdung 





Untuk maklumat lanjut, hubungi lin

Rakan Shaklee Anda

Azalin Adzhar
ID : 915516
Fb : https://www.facebook.com/azalin.adeq
Pm : https://www.facebook.com/messages/azalinadeq
Page : https://www.facebook.com/ummilinyitashop
whataspp : 013-218 3181

No comments:

Post a Comment