Monday, 10 February 2014

Penting Susu Ibu

Setiap bayi yang lahir ke dunia mempunyai rezekinya sendiri. Antara rezeki yang dah tertulis adalah susu yang Allah beri melalui si ibu. Susu ibu adalah susu terbaik yang adalah di dunia. Susu ibu juga mampu mengawal si kecil dari dijangkiti penyakit dan selamat untuk usus si kecil yang masih terlalu muda.

Oleh sebab itu, sekarang terdapat pelbagai rupa , harga & jenama pump khas untuk ibu menyusu. Para ibu bapa boleh memilih mengikut kemampuan dan citarassa sendiri. Ramai ibu sekarang seakan-akan berlumba untuk memastikan si comel diberi susu ibu sehingga berusia  2 tahun.




KEBAIKAN SUSU IBU 

(1) Makanan awal terbaik!

(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan,  alergi, asma, kencing manis,  obesiti dan lain-lain penyakit.

(3) Bayi yang lebih cerdik!

(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.

(5) Ianya PERCUMA!

(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.

(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).

(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.

(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.


(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.



No comments:

Post a Comment