Wednesday, 12 March 2014

Apa itu CoQ10



Sakit jantung.. saya percaya ramai dikalangan kita ada sejarah keluarga yang mengalami masalah jantung… Arwah ayah saya meninggal pun kerana serangan jantung…

TAHUKAH ANDA… PEMBUNUH  nombor satu rakyat Malaysia dan dua  setengah ( 2 ½) kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat kanser adalah… berpunca dari penyakit KARDIOVASKUAR seperti PENYAKIT JANTUNG & STROK.
Ramai doctor mengalakan gaya hidup sihat dengan cara penjagaan diet seimbang, senaman, pengambilan makanan tambahan berkualiti , tidak merokok dan berat badan ideal.

Berkaitan makan tambahan yang sesuai Coenzyme Q10 (COQ10) adalah salah satu supplement penting untk kesihatan jantung.

APA ITU COENZYME Q10 (COQ10)



Ia adalah zat makanan larut lemakyng hadir secara semula jadi & ditemui dalam setiap sel tubuh untuk berfungsi dengan baik. Ia banyak ditemui di dalam organ-organ badan yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

KEPENTINGAN CoQ10  DALAM  BADAN
1. CoQ10  penting untuk jutaan sel dalam tubuh badan . 
2.   CoQ10 adalah pencetus tenaga bagi pembakaran gula & lemak yang diperolehi dari apa yang kita makan. Proses pembakaran ini akan menguraikan gula dan lemak kepada tenaga.
3. CoQ10 dapat membantu untuk pengukuhan otot-otot jantung
4.   Berkeupayaan menyokong proses pengepaman darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh
5.    Menyokong pertalian darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat / normal.
6. Bertindak sebagai antioksida
7.       Membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL)






No comments:

Post a Comment