Tuesday, 5 August 2014

CIRI-CIRI DAN PERMASALAHAN KEPUTIHAN


Punca Keputihan

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Kehidupan wanita kerap berlaku perubahan hormon terutama ketika kitaran haid, mengandung, dan bersalin. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika kitaran haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.  Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Tetapi keputihan ini juga ada yang normal dan ada yang abnormal.


Melalui keputihan kita juga boleh mengetahui kemungkinan  penyakit yang kita hadapi. Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. 

Warna-warna keputihan


1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, ia adalah keputihan normal yangtidak perlu dirisaukan. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.

Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar keputihan telah  dijangkiti  sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

Sumber Internet: Jangkitan kulat Candida Albicans pada dinding vagina boleh menyebabkan masalah keputihan

3. Putih pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1. Kelabu

Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan

Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning

Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.



Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.


Dari  laman Dr Zubaidi, beliau menegaskan bahawa masalah keputihan yang dialami oleh isteri yang berpunca daripada kulat candida ini juga boleh menjangkiti suami jika tidak dirawat. Lelaki yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah juga lebih mudah dijangkiti selepas mengadakan hubungan intim. Hal ini boleh menyebabkan suami mengalami masalah seperti ruam dan bengkak pada kepala zakar, keluar lendiran berbau daripada saluran kencing, rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil atau ketika melakukan hubungan intim dan juga boleh menyebabkan kulit zakar menjadi berkerak.

Oleh itu, suami haruslah memainkan peranan juga dalam hal ini dan membantu isteri merawat masalah ini untuk kebaikan mereka bersama.


Pembelian secara on line boleh Click DISINI

Bagi yang ingin penehanatran terus ketangan anda, lin Pengedar Shaklee Skudai, Tampoi dan Pulai .



ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com

No comments:

Post a Comment