Tuesday, 5 August 2014

BAHAYA KEPUTIHAN KETIKA HAMIL




Keputihan kerap terjadi kepada kaum wanita . keputihan tidak mengira samaada kita remaja, bujang, atau telah berumahtangga. Keputihan juga boleh terjadi kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Walaupun keputihan itu dikatakan perkara BIASA tetapi ia boleh jadi luar biasa jika tidak ditanggani dari peringkat awal.

Sebenarnya keputihan mudah terjadi kepada  wanita yang sedang hamil kerana berlaku perubahan hormon semasa kehamilan  yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga  adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan  ketika seseorang wanita itu sedang hamil  boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri  ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai  abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan  perkara –perkara yang tidak diingini.




Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan yang bakal dibawa terhadap bayi

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro oranisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis  atau jangkitan kulat kandida  adalah penyebab keputihan terbanyak  yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan  kehamilan ibu dan keselamatan  janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :




Jenis-jenis keputihan. 

1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.


Banyakkan sebenarnya jenis dan risiko keputihan terutama kepada ibu yang hamil. Oleh sebab itu, kita wanita kena sentiasa peka dan mengambil sikap ambil tahu serta  sentiasa mengambil berat kepada kesihatan tubuh badan kita.  Keputihan yang kita anggap perkara biasa boleh mendatangkan risiko yang besar kepada diri kita dan anak yang kita kandungi.


ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN 

MARI BERSAMA-SAMA SAYA, MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SHAKLEE


Keanggunan, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami 

Pengedar Shaklee Skudai 
Azalin Adzhar 
ID : 915516
NO. Telefon : 013-2183181 
Fb : Azalin Adeq 
Pm : Azalin Adeq 
Page : Ummi Lin Vita Shop
Email : Ummiazalin@gmail.com




No comments:

Post a Comment