lama sungguh rasenya tidak mencoretkan sesuatu kat sini. Entah tak tau lah kenapa mood nak menulis lari ke laut... apa kat kepala macam2 nak di tulis.. macam2 nak di kongsi.
nak tulis resepi lah..
nak tulis tentang buku lah
sudahnya semuanya terbengkalai.. hehehe..
sejujurnye rindu rasenya nak menaip kat sini.
last week badan ni memang rasa penat sangat. dah lah gaji awal, so semua kerja kene siapkan awal pastu minggu ni ade audit 5S.. banyak benda yang nak kena update. Sudahnya bila balik rumah, siapkan memasak, mengemas, badan dah lepak sangat.. itu yang kerjanya asyik tidur awal je,.. serius memang tak larat dan ditambah pulak mencuci longkang.. itu lah padahnya orang jarang mencuci longkang, sesekali cuci.. satu badan lepak berhari-hari. Minggu ni pulak ada audit 5S, bertambah lepak lah badan ni.
Kalau nak diceritakan tentang 5S ni, kalau kita sentiasa amal, tak lah penat sangat bila time-time audit, ni semua sebab "TIDAK SELALU AMAL" lah bila time audit macam lipas kudung nak siapkan semua.
tapi apa yang pasti 5S sememangnya bagus untuk diamalkan, sebab dulu masa lin bertugas kat UTMKL, masa tu kami baru mula nak "SISIH" . Masya Allah sebenarnya tertlalu banyak sampah yang kami simpan kat office ngan store. berlori lah rasanya sampah. Dan sejak amalkan 5S ruang lebih kemas , dokumen senang nak cari dan yang penting suasana dalam office ngan store teramatlah kemas.
So untuk memulakan 5S ni.. hati kene cekal gak, sebab kene cekal membuang benda-benda yang tidak berguna lagi. barang-barang atau kertas-kertas yang dah lama-lama atau kita tak guna pun sebenarnya, "buang" atau "sedekah je kat sesape".
hahaha.. bukan senang tau nak buang benda-benda yang kita rasa macam "bervalue" sangat tu..
Apa kata kita mulakan menyisih hari ni. Buang je atau bagi kat sesiapa yang memerlukan. Tak perlulah simpan atas alasan sayang. Kita mulakan hari ini, ruang yang paling sesuai untuk kita mulakan ...
jeng..
jeng..
jeng...
DAPUR..
SISIH - semua benda yang tidak berguna
SUSUN - susun mengikut keutamaan dan kepentingan
SAPU - bersihkan ruang dapur
SERAGAM - ni kalau tak buat , x pe kot...
SENTISA AMAL - dah susah-susah membuang, mengemas.. kene lah amal selalu. jangan pulak hari ni je beriya2.. pastu esok selerak balik.. penat tau mengemas..
ok lah, Selamat ber5S ye kawan-kawan. Mesti seronok kalau ruang dapur kita kemas nak bersih, mesti bertambah semangat nak memasak...
# kalau itu hari tak makan B complex ngan Ostematrix ada yg MC lepas cuci longkang.. serius memang kurang lah rase sengal badan.
No comments:
Post a Comment