Tuesday, 14 October 2014

MANFAAT VITAMIN B2 ( RIBOFLAVIN)


Vitamin B2 atau Riboflavin merupakan jenis vitamin yang memiliki sifat mudah larut dalam air yang juga sama seperti vitamin lain untuk memelihara kesihatan tubuh manusia. Vitamin B2 atau Riboflavin adalah nutrisi berkomponen  yang mudah diserap oleh tubuh. Umumnya, vitamin B2 memegang peranan yang sepadan dengan jenis vitamin B lainnya, iaitu membantu metabolisme tenaga , metabolisme lemak, karbohidrat dan protein. Selain itu, riboflavin juga banyak berperanan dalam pembentukan sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan metabolisme pelepasan tenaga dari karbohidrat.





Fungsi Vitamin B2 Bagi Kesihatan Tubuh

Berikut ini adalah fungsi vitamin B2 bagi kesihatan tubuh Anda:

1. Meningkatkan metabolisme

Riboflavin membantu proses metabolisme dalam membentuk tenaga yang diperlukan  oleh tubuh

2. Membantu penghasilan sel darah merah

Riboflavin juga membantu pembentukan sel darah merah yang dapat mengoptimalkan peredaran oksigen ke seluruh jaringan tubuh sehingga jumlah sel darah merah yang cukup ini boleh menjamin fungsi organ di seluruh tubuh.

3. Menjaga sistem pencernaan tetap sihat

Salah satu tanda akibat kekurangan riboflavin adalah gangguan pencernaan. Disinilah vitamin B2 berperan dalam melindungi membrane mukosa usus.

4. Menyembuhkan luka

Vitamin B2 membantu memulihkan bekas luka dan menyamarkannya kerana vitamin B  ini memiliki kemampuan untuk memperbaiki jaringan tubuh yang rosak .

5. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Mereka yang mengambilan Vitamin B yang mencukupi secara automatiknye telah membuat antibodi semakin kuat dalam melawan penyakit...


Oleh itu, mereka yang kerap sakit, kurang darah atau lemah tidak bertenaga.. elok sangatlah mengambil vitamin B. dan pastikan juga keperluan vitamin B yang diterima untuk sehari mencukupu.

Pengedar shaklee skudai 

azalin 

0132183181 


No comments:

Post a Comment