Friday, 14 November 2014

KENALI DAN FAHAMI "APA ITU DARAH TINGGI"


Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa.

Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Bacaan biasa bagi  Systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.





Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu darah tinggi primer dan darah tinggi sekunder.

Penyakit darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia.

Penyakit darah tinggi sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.

Punca-punca penyakit darah tinggi




Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Terdapat pelbagai petua untuk pengawalan “tekanan darah tinggi”, begitu juga dengan pengambilan makanan tambahan. Dengan Shaklee terdapat set atau produk tertentu yang boleh di ambil untuk membantu dalam pengawalan tekanan darah. Saya namakan set ini adalah SET DARAH TINGGI

Set ini Mengandungi:

Garlic - Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

 Omega Guard - minyak ikan yang mengandungi asid lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

 Alfalfa Complex - untuk membuang toksin dalam badan serta merendahkan tekanan darah

 Lecithin - membakar lemak dalam badan serta membakar lemak di sekeliling pembuluh darah agar darah beredar dengan lebih lancar

Pengambilan set ini bukan sahaja membantu dalam penurunan tekanan darah tetapi juga mmebantu dalam pemecahan lemak dan kolestrol dalam darah. Kolestrol dan lemak yang tinggi dalam seluran darah juga penyumbang kepada peningkatan tekanan darah.

Sila hubungi saya, Azalin Adzhar untuk keterangan lanjut dan akan akan dilayan dan diberi penerangan detail berkaitan produk dan cara pengambilannya.

Azalin Adzhar
Pengedar Shaklee Skudai 
0187765447

No comments:

Post a Comment