Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus nasi aku mentah
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah
Apa yang anda perasan dengan lagu ni.. bangau tu kurus sebab nasi dia mentah.. bangau tu salahkan nasi. Nasi pula kenapa dia mentah, dia salahkan kayu api.. eh bila agaknya nak hasil agaknya, semua salah orang lain, kalau nasi tu mentah, carilah kayu api yang tak basah, dan masaklah nasi tu..
Selesai tak masalah.
Ha itu lah simboliknya tajuk buku ni. Bila baca buku ni pasti ada yang terkene batang hidung sendiri, tak percaya, cube beli dan baca.
Buku ini disertakan dengan gambar kartun yang membuatkan ia lebih menarik, jalan cerita yang santai dan mudah difahami.
Warna isi dalam buku yang lembut coklat, membuatkan kita terasa tenang untuk membaca. Setiap baba tau isi diceritakan dalam bentuk cerita , pengalaman membuatkan kita seakan-akan ada di dalam kisah tersebut .
Sekiranya anda sedang mencari buku motivation yang santai, saya cadangkan lah sesangat anda memiliki buku ni.
Nama buku : BANGAU OH BANGAU
Penulis : MOHD FAKHRUDDIN
No comments:
Post a Comment