Tuesday, 16 December 2014

KERANA DIKAU SUAMI KU


Wah tajuk x leh blah.. bunga-bunga gitu kan. itu kerana itu juga lah buku yang pernah di baca dulu, di buka semula. menilai dan mengkaji semula kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan. bukan untuk apa.. semua ni untuk kebahagiaan kita bersama.


Buku ini Lin beli semasa bertugas di Kuala Lumpur lagi. Bila tengok tajuknya macam best je kan. Tu yang beli. Biasalah dah jadi seorang isteri ni, kena lah ambil tahu tentang isi hati seorang suami. Dan lagi satu perkara, kita ni manusia biasa kekadang kita terlalu ego sehingga tidak memahami hati seorang yang bernama suami.



Buku ni ada 3 bahagian dan 30 bab. Setiap bab mencerita kan luahan hati yang kalang kala kita tidak pernah terfikir , yang kita tidak pernah ambil peduli.

Dalam 30 bab, lin cukup suka dengan bab "ISTERIKU, SEMBUNYIKANLAH KEPINTARAN DAN KELEBIHANMU”. Setiap lelaki punya egonya sendiri, walaupun kalang kala mereka kata berbbangga mempunyai isteri yang bijak, isteri yang pintar tetapi ada kalanya mereka merasa dipandang rendah. Itu lah ego seorang lelaki.Tak salah kita menyuarakan pendapat tetapi biarlah dengan kata-kata yang beradab agar tidak terguris perasaan dan tercabar keegoannya.

Bagi lin buku ni memang sangat terbaik untuk di baca oleh mereka yang telah berumahtangga ataupun yang masih bujang.


“SETIAP HARI ADALAH SATU PEMBELAJARAN YANG PENUH PENGAJARAN”

NAMA BUKU : FAHAMILAH PERASAAN KU, 30 LUAHAN PERASAAN SUAMI

PENULIS : HASAN MOHD ALI, Ph.D

 

No comments:

Post a Comment