Masih ingat lagi tak cerita tentang lapisan
kulit. Serius cakap saya memang dah lupe. Tapi sejak bershaklee ni, buku-buku
yang berkaitan sains dibuka balik, sebab nak jadi pengedar yang berilmu.
Jom kite kenali lapisan kulit, agar kita
sama-sama faham dan tahu sebelum kita ambil apa-apa vitamin .
Kulit terbahagi kepada 3 lapisan
LAPISAN EPIDERMIS
Lapisan ini dalah lapisan yang berada atas
dan boleh dilihat secara. Lapisan ini mempunyai banyak sel mati tetapi
dilapisan ini proses pembahagian sel cepat berlaku dan membawa sel mati ke atas
dan digantikan dengan sel baru dan sihat. Proses pengantian ini mengambil masa
28 hari. Di lapisan epidermis sebenarnya mempunyai 5 lapisan iaitu stratum
korneum , lusidum, granulosum, spinosium dan basal.
Di lapisan stratum korneum terdapat Faktor
Pelembab Tabii (NMFs) iaitu badan yang menarik air. Sekiranya badan ini kurang
daripada 10% , kulit akan menjadi kering dan merekah.
Fungsi Epidermis adalah :
Lapian pertahanan
Mengaturkandungan sel
Menghasilkan vitamin D dan sitokin
Penyambung kepada dermis
Perwarnaan kulit
LAPISAN DERMIS
Lapisan dermis adalah lapisan tengah yang
mengandungi sel-sel konektif iaitu serat kolagen, elastin dan reticulum.
Lapisan ini berperanan memberi ketegangan dan mengekalkan kulit dalam bentuk
asal apabila berlakunya regangan . Pengurangan kolagen dan elastin menyebabkan
kedutan , lipatan dan kejatuhan kulit.
Perubahan kulit akan berlaku apabila usia
seseorang itu bertambah. Ketika usia seseorang itu bertambah, lapisan epidermis
akan menjadi nipis yang menyebabkan kulit mudah mengalami kecederaan.
LAPISAN SUBKUTIS
Lapisan Subkutis adalah lapisan yang berada
di lapisan bawah yang mempunyai banyak lemak. Di lapisan ini ia berfungsi
menyerap kejutan dan melindungi struktruk dalam kulit daripada kehilangan
haba.kelenjar sebum yang terdapat di lapisan subkutis akan mengahsilkan minyak
yang menjadi pelincir bagi kulit untuk mengekalkan kandungan air dan
membekalkan tenaga. Kelenjar ekrin pula
mengahsilkan peluh bagi menyejukkan badan. Kapilari pula mengangkat nutrient ke
lapisan dermis dan epidermis serta mengeluarka dan membuang bahan buangan dari kulit.
Apabila usia seseorang itu meningkat, keupayaan lapisan subkutis akan
berkurangan dan kedutan akan mula berlaku.
# apabila lapisan Dermis kurang berperanan
, serat kolagen akan berkurangan.
Antara Vitamin yang boleh membantu anda untuk memiliki kulit yang lembut, cantik dan sihat adalah :-
untuk pembelian secara online , anda boleh click ke gambar produk atau membuat tempahan melalui email ummiazalin@gamil.com atau whatsapp di nombor 0132183181
No comments:
Post a Comment