Tuesday 3 March 2015

MENGENALI JENIS-JENIS KENCING MANIS ATAU DIABETIS

Anda tahu tak apa itu Diabetes dan jenis-jenis Diabetes. Jom kita kenali apa itu Diabetes dan jenis-jenisnya.



APA ITU DIABETIS / KENCING MANIS?
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya.  Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I)
juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II)
boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

inilah jenis-jenis kencing manis yang kita perlu tahu. Bahaya kencing manis bukan sahaja boleh membuatkan anda kehilangan anggota badan tetapi ia juga boleh menyebabkan strok dan buta.

JAGA PERMAKANAN ANDA UNTUK KESIHATAN YANG BERPANJANGAN. 

SET MAMPU MILIK DIABETES 



UNTUK MEMILIKI PRODUK YANG LEBIH MENAKJUBKAN VIVIX ADALAH PILIHAN TERBAIK 



Segala pertanyaan anda boleh menghubungi saya di talian 0132183181 atau anda boleh email ke ummiazalin@gmail.com. setiap pertanyaan atau kemusykilan anda akan saya balas dalam kadar segera.

Saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Skudai dan saya bersedia untuk bertemu dan membuat penghantaran terus kepada anda.

Terima kasih
Azalin

No comments:

Post a Comment