Tuesday 14 April 2015

WAHM 1 : IMPIAN DAN CITA-CITA




Setiap diantara kita mempunyai impian dan cita-citanya tersendiri. Begitu juga dengan lin, lin mempunyai impian untuk menjadi surirumahtangga sepenuhnya.

Surirumahtangga? kebanyakan orang mempunyai impian untuk kenaikan pangkat, mempunyai kenderaan mewah, rumah banglo, syarikat sendiri dan macam-macam lagi. Tetapi lin nak jadi surirumahtangga.. pelik.

Nanti dulu..

Jadi surirumahtangga pun boleh memiliki kenderaan mewah sendiri, rumah sendiri dan perniagaan sendiri. Lin nak jadi ibu dan isteri yang bekerja dari rumah. Lin nak mempunyai peniagaan yang feksibal yang mana lin boleh urusan anak-anak, suami, rumahtangga dan perniagaan dalam suasana yang lebih teratur.

Sebagai langkah permulaan lin telah memilih perniagaan makanan kesihatan dari brand Shaklee. Lin sendiri telah mengunakan produk shaklee semenjak dari tahun 2013 sehingga sekarang. Alhamdulillah banyak perubahan dari aspek kesihatan dan kewangan   yang lin sekeluarga telah nikmati.

Bagi menjayakan impian lin untuk menjadi WAHM atau nama panjangnya Work At Home Mom lin perlu merancang perjalanan perniagaan agar ia lebih tersusun dan tidak tersasar dari perancangan. Oleh sebab anak sulung lin akan mula bersekolah darjah satu pada tahun 2017 , Lin telah menetapkan target pada Oktober 2016 sebagai bulan terakhir lin bekerja sebagai kakitangan awam dan rasminya pada November 2016 lin adalah surirumahtangga moden yang menguruskan rumahtangga dan berniaga dari rumah.


INI KERETA IMPIAN LIN . INSYA ALLAH IA PASTI AKAN MENJADI MILIK LIN SUATU HARI NANTI


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment