Wednesday 23 December 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Lama sungguh dah rasanya blog ni dibiarkan sepi tanpa cerita. Alhamdulillah sekarang lin dah melepasi tempoh "kemabukan". kesihatan badan pun dah kembali seperti biasa.Apa yang penting, Lin dah boleh menulis disini kembali.

Bila tengok tarikh terakhir lin update bulan September dulu, YA Allah lamanya lin mendiamkan diri. Rindu rasanya nak berkongsi cerita ngan semua. Maaf ya sebab kesihatan kurang mengizinkan.

 Sepanjang tempoh mabuk, banyak sebenarnya cerita-cerita penting yang perlu Lin kongsikan tetapi badan ni memang lemah betul. Bukan update blog je lin tinggalkan, aktiviti memasak pun terpaksa lin lupakan. Kepala ni terasa pening macam nak pitam bile dok kat dapur. Anak lelaki agaknya.

Kebetulan esok ( 24 Disember 2015) kita akan bercuti sempena Maulidur Rasul marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhamas SAW. Semoga peristiwa kelahiran dan perjuangan kekasih Allah mendekatkan lagi diri kita dengan yang Maha Esa.






No comments:

Post a Comment