Thursday 20 April 2017

TIPS MUDAH MENGAJAR ANAK BERPUASA

Tinggal beberapa hari je lagi kan kita nak menyambut Ramadan. Masa sekarang ramai yang pulun puasa ganti dan  puasa sunat. Secara tak langsung kita dah berlatih diri untuk hadapi bulan Ramadan. 

Anak-anak? kalau sekarang anak-anak nak Cuba puasa boleh je,  biar mereka tau rasa berpuasa tu macam mana. Tahun ni anak cik Lin seorang 7 tahun Dan seorang lagi 6 tahun. Memang masa Yang sesuai sangat untuk berlatih berpuasa. 

Tahun lepas yang sulung dah diajar berpuasa, Ini tips mudah mengajar anak berpuasa

1. Cerita kebaikan berpuasa. 
Cik Lin banyak cerita kan tentang kisah anak-anak yatim, orang Susah yang tiada makanan. Sebab tu Allah suruh kita berpuasa, untuk kita rasa macamana mereka rasa. 

2. Waktu sahur
Waktu sahur anak lebih lewat. Mereka akan bersahur pada waktu makan sarapan sebelum ke sekolah. Biasa nya pada jam 7.00 ke 7.20 pagi

3. Jenis  makanan ketika bersahur
Anak-anak memang diajar sarapan dengan nestum atau bijirin. 2 jenis  makanan ni buatkan mereka rasa kenyang yang lebih lama

4. Memujuk
Kanak-kanak ni bila kena gaya pujuknya mereka pasti akan mendengar kata-kata kita. Jangan lah dimarahi atau ditengking herdik.

5. Makanan tambahan.
Cik Lin memang bagi anak-anak supplement. Semasa bulan puasa biasa cik Lin akan bagi mereka 3 supplement ni

Mealshake
Rasa vanilla yang lemak buatkan minuman kanak- kanak lebih lazat. Mealshakes membekalkan mineral Dan vitamin yang lengkap untuk seharian bagi membantu kanak- kanak kekal bertenaga Dan aktif sepanjang hari. 

Performance Drink
Mengimbangi cecair dalam badan. Ia membantu Tubuh dari mengalami dehidrasi atau kekurangan cecair dalam badan.

Vitamin C
Membantu tubuh kanak-kanak dalam melawan penyakit Dan melindungi diri dari jangkitan penyakit disekeliling mereka. 

6. Sentuhan kasih sayang
Percayalah sentuh kasih sayang dari IBU bapa adalah aura yang terbaik untuk melembutkan hati dan  menguatkan semangat anak-anak untuk terus Berusaha dan
 berjuang. 

OK ini tips ringkas dari cik Lin. Dalam usia  seawal 6, 7 tahun kanak-kanak tak diwajibkan berpuasa, jadi kita tidak perlu terlalu memaksa tapi kita perlu bijak dalam mendidik mereka untuk mengenal erti berpuasa. 

Jadi IBU ayah dah boleh bermula dari sekarang memberi mereka supplement Dan ajar kan tentang ilmu berpuasa. Kita boleh mulakan dengan sama-sama berpuasa pada hujung minggu. Jadikan amalan berpuasa sesuatu yang indah bagi kanak-kanak. 

Mana nak dapat kan supplement berpuasa tu,  boleh hubungi cik Lin di 018-7765447. 

Bagi kawasan skudai, tampoi dengan pulai insya Allah cik Lin boleh COD ye. 

Pengedarshakleeskudai
Pengedar shaklee taman  university
Pengedar shaklee taman  teratai
Pengedar shaklee taman  pulai jaga
Pengedar shaklee desa skudai
Pengedar shaklee kangkar pulai

No comments:

Post a Comment