Saturday 20 January 2018

SENAMAN HILANGKAN KEBAS-KEBAS TANGAN

Assalamualaikum

Korang pernah kena kebas-kebas jari tak atau semut-semut. Seingat Cik Lin kena semut-semut masa pertengahan 20an. Pastu hilang, tup-tup masa 2011 kena balik tapi masa ni sakitnya melampau sangat. Kalau bangun pagi tu jari-jari jadi keras pastu malam time tidur selalu tersedar sebab sakit sangat . Rasa macam ade aliran elektrik kat tangan.

Boleh dikatakan setiap malam Cik Lin tersedar memalam menangis sebab tak tahan sakit.  So tak kan nak dibiarkan sakit tu kan, Cik Lin p HKL untuk rawatan lanjut.

Biasalah kalau ke HKL ni bukannya amik masa yang pendek kan, Bos kat office pun dah menjeling sebab selalu beno kita masuk lambat. hehehehe.

Ni Cik Lin kongsikan senaman tangan yang Cik Lin buat sepanjang menerima rawatan kat HKL. Kalau dulu masa sakit nak menulis pun hanay mampu 2 patah perkataan je pastu jari mulalah rasa mencucuk. Sekarang kalau setakat nak tulis minit mesyuarat tak de hal . Insya Allah boleh.

Ini video senaman tangan Cik Lin, U alla leh tengok dan ikut step yang cik lin ajar ye. Kalau boleh buat sekerap mungkin . Di peringkat awal memang tangan akan rasa lebih semut-semut tau tapi nanti semut-semut akan berkurangan.





Dah saksikan video cik lin, Paham tak. Kalau x berapa jelas boleh hubungi cik lin ye. Vitamin yang Cik Lin makan tu, Cik lin makan sampai sekarang sebagai saraf kita yang dah pernah sakit tak kan sama dengan saraf mereka yang sihat.

Ok , untuk lebih konsultation dan info boleh hubungi cik lin di 018-7765447



No comments:

Post a Comment