Wednesday, 23 April 2014

10 Tips Nenyak Tidur Untuk Ibu Hamil



1. Tempat tidur yang selesa 

 Pastikan tempat tidur tiada longgokan baju, keadaan bilik kemas teratur dan nyalakan bau-bauan yang menenangkan.. Bagi Orang islam, baca doa tidur dan berzikir dalam hati agar diberi ketenangan dan perlindungan.

2. Mandi atau berendam dalam air suam

Kepanasan ketika hamil mungkin perkara biasa bagi ibu hamil. Untuk meredakan rasa kepanasan ini, mandi atau berendam dalam air suam boleh mendatangkan rase selesa & kesegaran untuk mendapat tidur yang lebih lena . Air suam dapat membuka liang roma dan mengurangkan sengal dan rase sakit dibahagian badan dan kaki.

3. Tidur dalam posisi mengiring. 

Tidur dalam posisi mengiring lebih baik terutama kepada mereka yang mempunyai kandungan air ketuban yang banyak dan mengandung anak kembar. Seeloknya tidur dalam keadaan mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus , uterus dan ginjal anda. Tidur telentang akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar ( vena cavar inferior)  dan menganggu peraliran darah kembali ke jantung anda.

4. Lebihkan bantal untuk sokongan 

Ketika hamil, posisi tidur yang selesa agak sukar diperolehi. Oleh yang demikian, cuba anda letak bantal di bawah perut ketika mengiring, belakang badan atau di celah peha bagi untuk penyokongan tulang belakang dan keselesaan untuk tidur dengan lebih lena.

5. Berurut sebelum tidur

Setelah penat seharian dengan tugasan seharian, apa kata anda minta pasangan anda mengurut badan anda. Urutan dikaki, bahu, belakang badan. urutan yang disertakan denga  kasih sayang bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga mampu mempengaruhi emosi ibu hamil .

6.Minum banyak air pada siang hari & kurangkan pengambilan pada malam hari 

Pengambilan air yang banyak pada malam hari akan membuatkan anda akan kerap bangun pada malam hari. ketika pundi kencing penuh, bayi dalam kandungan akan mengeras. Tindak balas ini akan menyebabkan anda kerap bangun pada malam hari.

7. Elakkan makan pedas & berasid . 

Pedih ulu hati kerap berlaku kepada ibu-ibu hamil. Pengambilan makanan pedas atau berasid akan menambah lagi kesengsaraan akibat pedih ulu hati. Ketika kandungan semakin berkembang, bayi kan memenuhi ruangan abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus  yang menyebabkan pedih ulu hati.  Selain itu kurangkan pengambilan makana dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa tetapi ambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

8. Minum susu panas atau coklat panas sebelum tidur. 

Tidur dalam keadaan lapar akan menyukarkan proses tidur yang selesa. Pengambilan susu atau coklat panas akan memberi keselesaan dan rasa kenyang semasa tidur.

9. Senaman ringan sebelum tidur 

Buat sedikit senaman atau regangan ringan yang sesuai untuk ibu hamil sebelum tidur akan memberi keselesaan dan rase relaks kepada ibu..

10. Dengar alunan muzik 

Seperti yang diketahui ramai, muzik boleh menenangkan fikiran sesiapa sahaja. Pilih  muzir yang lebih klasik atau bernada lembut untuk memberi ketenangan . Ibu-ibu juga boleh mendengar bacaan surah-surah pilihan khusus untuk ibu hmail bagi membantu proses meditasi sebelum tidur ...


Tidur yang cukup, yang berkualiti akan memberi kesegaran untuk keesokan hari...


No comments:

Post a Comment