Misteri MH370 masih belum terjawab, masih tiada jawapan. tertanya apa nasib semua penumpang dan anak kapal. Masih hidup atau mreka semua telah pergi meninggalkan kita. Al fatihah untuk mereka . Semoga Allah menempatkan mereka dalam golongan yang beriman.
Sebagai seorang manusia yang lemah, terdetik juga hati ini " kenapa". Kenapa mesti MAS? Kenapa kapal terbang Malaysia. Kenapa bukan kapal terbang dari negara lain. Tapi siapa lah kita untuk melawan takdir. Semua ini telah ditentukan dan kita kena belajar menerimanya walaupun berat.
Walaupun nasib yang menimpa MH17 kita ketahui, di mana ia jatuh? Apa nasib semua penumpang dan anak kapal tetapi tetap tertinggal juga luka dihati kenapa ia ditembak. Apa salah mereka, Apa salah Malaysia. Kerana peperangan antara 2 kuasa besar, kapal terbang Malaysia menjadi mangsa. Tapi itu semua hanya sebab sahaja. Allah telah tetapkan bila, dimana dan bagaimana nyawa kita dicabut. Memang telah tertulis, mereka semua meninggal serentak dan ditempat yang sama. Bila sampai ajal kita tidak akan terlewat atau tercepat walaupun sesaat.
Al fatihah buat semua penumpang dan anak kapal
MH17 semoga Allah mencucuri
Rahmat dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman.
MH370 pula semoga Allah mempermudahkan usaha mencari dan
terungkai semua persoalan.
Al fatihah buat semua penumpang dan anak kapal
MH17 semoga Allah mencucuri
Rahmat dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman.
MH370 pula semoga Allah mempermudahkan usaha mencari dan
terungkai semua persoalan.
No comments:
Post a Comment