Wednesday, 1 October 2014

KENCING TAK LAWAS

Kencing tak lawas atau dalam bahasa qhajarisnya URINARY INCONTINENCE (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.

Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan STRESS INCONTINENCE.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil URGE INCONTINENCE atau OVERACTIVE BLADDER.



Ada beberapa penyebab UI contohnya seperti:

1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan MULTIPLE SCLEROSIS
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik

Masalah kencing tidak sahaja Mengganggu aktiviti harian dan Ibadan kita.






No comments:

Post a Comment