Niat dihati nak buat kek kurma balance bulan puasa itu hari, beli tengok, kurmanya dah tak elok pulak, tapi hati ni berkobar-kobar nak buat kek.. cari punyacari terjumpalah buah campur ( kering) ngan badan cincang. Maka berlaku lah perubahan resepi ikut suka hari.. yang penting jadi dan sedap bila dimakan.. hehehe
bahan-bahannya
bahan A : di ayak
2 Cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikabonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan B : Di blend sehingga sebati
4 biji telor ayam
3/4 cawan gula pasir
Bahan C
3/4 minyak masak
2 sudu besar badam cincang ( Goreng tanpa minyak, sekejap je ye )
1 cawan buah campur
langkah-langkahnya
2. Blend Bahan B
3. Campurkan Bahan A + Bahan B
4. Masukkan minyak masak
5. Masukkan Badam dan buah campur
cara membakar :
1. panaskan loyang dalam anggaran 4 @ 5 minit
2. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar
3. suhu 150, api bawah selama 20 minit
4. suhu yang sama 150 juga, api atas bawah selama 20 - 25 minit.
# kalau nak ada warna sikit, campurkan pewarna ye.. terpulanglah nak warna apa
SELAMAT MENCUBA.. KALAU DAH CUBA SHARE LAH KAT SINI YE ...
No comments:
Post a Comment