Thursday 23 July 2015

PUNCA KEBAS-KEBAS JARI

Setiap penyakit pasti ada punca dan cara merawatnya. HAri ini lin nak kongsi antara punca yang memungkinkan berlakunya masalah kebas-kebas jari atau semut-semut.

PUNCA-PUNCA KEBAS JARI ATAU TANGAN 

1. Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.

2. Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.

3. Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.

4. Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok danhypothyroidism

5. Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).

6. Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.

7. Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.

8. Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.


Ini adalah antara sebab-sebab berlakunya kebas-kebas tangan. Sekiranya anda merasai tangan atau kaki anda cepat terasa kebas atau semut-semut pastikan anda mengambil vitamin B yang mencukupi dalam diet harian anda . 



Anda juga boleh bertemu dengan pakar perubatan bagi mendapatkan nasihat yang lebih lanjut dan bersesuaian dengan masalah anda.

Azalin
Pengedar Shaklee Skudai
0132183181

No comments:

Post a Comment