Monday 15 August 2016

KANSER? BAGAIMANA IA BERMULA


Sejak akhir-akhir ni kerap betul dengar cerita orang disekeliling kita kena kanser. Kalau setakat kanser payudara, kanser servik tu dah boleh dikatakan perkara biasa yang kita dengar. Lin nak share beberapa perkara tentang kanser . Info nil in dapat dari blog “Info Kesihatan”.

APA ITU KANSER DAN BAGAIMANA IA TERJADI

Kanser adalah pertumbuhan sel yang abnormal yang tidak terkawal. Pertumbuhan sel kanser tidak sama dengan sel normal yang mana sel kanser tidak mati tetapi ia akan terus berkembang dan membentuk sel barunya sendiri.  Sel kanser boleh menyerang tisu-tisu yang normal dan perkembangannya akan menyebabkan kanser berkembang.

Sistem pengawasan imunisasi badan yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik ( agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Sel kanser akan mula berkembang apabila imunisasi badan tidak aktif.  Mereka yang mempunyai sistem imun yangtidak berfungsi dengan baik akan berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.




BAGAIMANA KANSER MEREBAK 

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.


Nama kanser  akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh,kanser  yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.


Kekuatan imun badan sangat penting dalam mengurangkan risiko kepada penyakit kanser. 

Sayangi diri kita sebelum mereput dimamah kanser 

Azalin 
Pengamal makanan tambahan semulajadi
Pengedar shaklee skudai 
0132183181


No comments:

Post a Comment