Thursday 25 October 2018

Tekanan Darah Dapat Diturunkn Dengan Supplement

Masalah tekanan darah tinggi ni sangat bahaya tetapi kebanyakan kita memandang rendah masalah ini.  contoh bagi seorang wanita yang sedang hamil dan menghadapi masalah tekanan darah, risiko paling besar boleh melibatkan nyawa si ibu dan nyawa si anak. Tanpa di disedari si anak boleh mati dalam kandungan tanpa disedari. 

Bercerita berkenaan hamil dan  masalah tekanan darah , Lin pernah melaluinya sebanyak 2 kali. Pertama masa mengandungkan anak sulung tapi masa ni tekanan darah boleh dikawal dalam masa 1 minggu . Berlainan pula ketika hamil anak ke 3. 

Pada kandungan  berusia 35 minggu tekanan darah naik masa tu dalam lingkungan 160/90. Masa ni lin just refer klinik panel je. Doktor ada bagi 1 jenis ubat darah tinggi tapi dah tak ingat apa namanya . Lin makan ubat tu sekali je, kesannya malam tu keluar darah fresh yang sangat banyak. Lin call suami ( masa ni suami p ngeteh ngan kawan dia) suruh balik cepat. Dalam kepala dah terfikir " dah nak bersalin ke aku ni" Kemas bag ala kadar, siapkan bag anak-anak untuk hantar umah mak. 

Selepas selesai uruskan anak-anak terus p hospital, doktor terus check jalan. Dari pemeriksaan jalan belum buka langsung pun. Doktor suruh balik, tapi Lin tanya doktor balik "Doktor selamat ke kalau saya balik". Ok doktor setuju tahan wad untuk sehari, sampai pakar datang buat pemeriksaan lanjut. Nak jadikan cerita tekanan darah tak nak turun-turun walaupun kat hospital doktor still bagi ubat darah tinggi tapi jenis lain lah. 

Doktor pakar round esoknya 

Lin : ( senyum kat doktor )
Doktor : ( tengok tapi tak senyum)
Lin : Doktor saya boleh balik tak ari ni ( dalam hati : semalam beriye nak dok hospital)
Nurse : Kalau macam ni tekanan darah awak, sampai bersalin awak dok sini

hahaha.. 




setiap kali buat pemeriksaan nadi bayi, memang jantung baby lemah tapi still ok lah. sampailah masuk hari ke 3, masa tu nak maghrib. Lin tengok ramai mak-mak p solat so Lin cakap dalam hati  " sat lagi lah, kang penuh dalam surau pulak". Dalam pukul 7.30 lin dah turun katil nak ke toilet tiba-tiba duss.. keluar air melambak. Yahoo.. dah nak bersalin.

Jalan p tempat nurse, duss.. lagi airnya. Bagi tau nurse dan mase ni nurse suruh masuk bilik pemeriksaan. Doktor yang check lelaki cina dan sangat muda. Adoi.. malunya. Dari pemeriksaan doktor jalan dah buka 3 cm. kandungan 36 minggu ++. Call husben bagi tau dah nak bersalin dan nurse terus tolak ke labour room. Masa ni husben dah siap-siap pakai sweater konon-konon nak teman lah tap malangnya labour room air cond rosak. 

Lin memang tak nak husben teman, pada lin biarlah sakit dan apa pun yang jadi dalam labour roon menjadi rahsia lin sesorang. Lagi pun bukannya cantik pun rupa orang bersalin ni. Pada masa tu nurse masukkan ubat drip untuk indius , walaupun dah maksimum lin tak de rasa contraction langsung. Jantung anak pun semakin lemah. Masuk 1 wanita berbaju ungu, Lin rasa dia doktor . Dia tengok data jantung bayi dan terus maklumkan yang kena operate. Masa ni lin rasa frush sangat sebab tak jangka langsung akan kena operate . 

Itu lah kesannya bila kita mak ada masalah darah tinggi, Jantung Anak boleh lemah kesan lemas dalam perut. Hikmah lin still kat hospital, anak lin dapat diselamatkan. kalau lin dok rumah dan hanya berpandu kepada pengerakan bayi ada kemungkinan  lin akan kehilangannya .




Itulah pentingnya pemeriksaan berkala bagi ibu hamil, pemantauan akan dibuat keatas ibu dan anak. Selepas melahirkan , tekanan darah lin masih lagi tinggi dan sangat susah nak turun sampaikan lin perlu diberi bekalan ubat darah tinggi sehingga 2 bulan.Selepas itu tekanan darah normal kembali tetapi sekarang ia datang balik. 

Bagi mengawal tekanan darah menjadi lebih teruk lin rujuk ke klinik kesihatan dan makan supplement sebagai sokongan kepada kesihatan. Antara supplement yang lin amalkan sekarang adalah 

Vivix - Anti oksida terbaik dan juga terbukti melindungi sel serta DNA badan. 

Garlic Complex - Boleh menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan jangkitan. 

Ostematrix - Menganjalkan saluran darah bagi melancarkan aliran darah.

Omega Guard - Sebagai anti radang dan memecah kolestrol yang menempel di dinding saluran darah

Coq Troll Plus - menguatkan dan memberi tenaga kepada sel supaya sentiasa sihat, bertenaga dan aktif. 

Bagi anda yang nak turunkan tekanan darah, boleh dapatkan set ini. Set ini sangat-sangat membantu lin untuk stabilkan tekanan darah. 

Azalin
018-7765447

No comments:

Post a Comment