Saturday 20 October 2018

Resepi Bihun Bakso Simple Dan Mudah


(Terima kasih Mr google , pinjam gambar ye)


Resepi bakso cara lin. Lin ni orangnya simple jadi bila nak masak sesuatu kalau tak cukup bahan tapi bahan utama ada ok je. 

Lin tak sure bakso ni menu sarapan atau boleh makan bila-bila masa, bagi ni bila tekak nak makan lin masak je terus. 

Bebola lin beli brand ramly, cuma kuahnya je lin beli. 

Bahan-bahan kuah bakso

1. 1 ulas bawang merah*
2. 6-8 ulas bawang putih*
3. 1 inci halia *
4. 1 sudu kecil lada sulah
5. 1 sudu kecil lada hitam
6. 1/2 kg daging
7. Bebola daging
8. Garam
9. Daun sup
10. Sayur sawi
11. Air
12. Minyak masak

Bahan- bahan lain

Bihun yang telah dicelur
Daun bawang
Sambal kicap
Hirisan sayur kobis.

Cara-caranya

Kisar lumat bahan yang bertanda *

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan (jangan hangit ye)

Masuk air , selepas mendidih masuk daging yang telah di potong dadu. 

Masukan lada sulah dan lada hitam, biarkan kuah mendidih dan tunggu daging sehingga empuk

Selepas daging empuk masukkan bebola daging, sayur sawi dan garam. 

**lin masak memang tak letak ajinomoto, sekiranya anda nak masukkan pun boleh. Ikut selera rasa masing-masing.**

Masukkan hirisan daun sup, siap dah leh makan. 

(saya pinjam gambar ye)

Resepi sambal kicap

1. 1 mangkuk cili padi centil (nak pakai cili padi lain pun boleh)

2. 1 biji bawang merah

3. Kicap lemak manis ( lin pakai kicap jalen), 


Cara-caranya

Campur ketiga-tiga bahan dan kisar sampai separa lumut. Kicap letak sampai lada dan bawang tenggelam. 

Anda tidak perlu tambah garam, air atau gula ye. Rasa kicap jalen dah cukup perasa dan ia sedap. 




Ok itu je dari lin, resepi bakso ni ada pelbagai sebab ada resepi lin tengok ada yang letak buah keras, serai tapi kedua-dua bahan tu tak de so lin masak ikut bahan yang ada je

Ok selamat mencuba resepi bakso lin yang simple dan mudah. 

No comments:

Post a Comment